Tuesday, April 26, 2011

DAH DAPAT

Alhamdulillah akhirnya pada 26 April 2011, dapat jugak gue bawak balik moto gue. Member gue hantar gue pi kedai lepas tu gue bawak balik moto tu sendiri. Mula-mula bawak tu rasa gayat jugak. Maklumlah dah lama tak bawak moto besar ni. Last gue bawak moto besar adalah CBX750 masa gue ikut konvoi ke Sabak Bernam. Tapi bila moto dah on the road tu, memang seronok la.. Gua pun tak berani nak pusing-pusing ke mana-mana pun dulu. So bawak balik terus ke rumah je..

versys 2011

my bike

my bike 2

my bike 3

Sunday, April 24, 2011

ALL GEARED UP

24 April 2011 (Ahad) Bangun pagi ni hati den masih panas lagi. Almaklumlah, kalau diikutkan perancangan den, hari ni dah boleh ride pergi tempat-tempat yg dekat dulu. Nak sesuaikan diri dengan kuda besi baru ni. Tapi tak kesampaian jugak. Hishh bongang betol den. Bertambah bengang bila awal pagi si Azman, kawan den dah call tanya moto dah dapat ke belum. Kalau dah dapat nak ajak ride ke Karak. Aduh! Lagi la bertambah bisa di hati den ni. Lepas mandi den pun tak tau apa nak buat. So, den check la den punya gear semua. Ingat dah boleh pakai hari ni. Nampak gayanya terpaksa simpan lagi. Next week baru boleh guna kut.

Mem ckp beli jaket putih sbb moto dh hitam..

My leather jacket

my helmet

my boot. custom made..

Saturday, April 23, 2011

MANA MOTO AKU NI???

Hari ni dah 23 April 2011. Den sebenarnya dah bengang sangat-sangat ni. Ada ke patut Miss Lim telefon den dan bagitau moto den tak boleh nak keluar hari ni. Mau den tak geram, hari Isnin 18 April, den dah bayar duit moto tu. Bukannya bayar sikit-sikit, bayar kasi habis. Takkan dalam masa 5 hari pun tak boleh nak urus moto den. Nasib baik tauke kedai tu member kawan den. Kawan den pun beli moto and servis kat situ. Dia jugak yg rekomen den suruh beli kat situ. Kalau bukan kerana kawan den, mau den hentak meja kedai tu. Mentang-mentang dah dapat semua duit den, boleh buat lambat-lambat pulak. Kalau den tau macam ni, baik den bayar sikit dulu. Bayar habis bila moto sudah boleh keluar.

Den ingat kalau moto boleh keluar hari ni (Sabtu), esok hari Ahad boleh ler den buat virgin ride pergi mana-mana tempat yg dekat-dekat dulu. Nak biasakan diri. Pergi pekena mee rebus Haji Wahid kat Putrajaya ke, atau pekena Nasi Ambang kat Hulu Langat ke, atau pergi bootsale kat Shah Alam ke. Malangnya tak dapat. Terpaksa ler tunggu next week. Wuaaa…