Alhamdulillah… pada 18 Julai 2012, bertempat di Restoren Kayu Manis, Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor, telah diadakan Majlis Doa Selamat VOG Sempena Menyambut Kedatangan Ramadhan 2012. Difahamkan majlis ini adalah atas inisiatif bro Easy Diver Shuk dengan dibantu oleh Pn Azuna Wahab. Selain dari menyambut kedatangan bulan puasa, ianya jugak bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dan silaturrahim sesama VOGians. Alhamdulillah dan tahniah to both of you.
Sebenarnya malam tu aku 50-50 samada nak pegi join atau tak. Almaklumlah, penat dan keletihan setelah satu hari merayau ke 3 kementerian untuk projek akan datang. Tapi bila mengenangkan bro Shuk 2-3 kali jemput dan mengingatkan aku, walaupun letih, aku gagahi jugak la.
Bila sampai depan restoren, tengok moto dah banyak. Ada dalam 30 kut. Ramai. Alhamdulillah. Walaupun dah malam, bermacam kemelut yg berlaku, masih ramai VOGians yg turut serta. Menunjukkan masih ramai lagi VOGians yg menyayangi ukhwah yg telah terbina sekian lama.
Masuk ke dalam, tengok ramai yg dah makan pun. So, cari la makan. Dah lambat tu paham-paham ler. Alhamdulillah , seronok tengok ramai yg datang pada malam tu walau pun ramai jugak yg aku tak kenal. Yg pasti, semangat VOGians tetap kuat. Tahniah dan terima kasih kepada yg datang.
Selepas makan, kita orang bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan..
Selesai bergambar, masing-masing beredar ke destinasi masing-masing. Apa yg menarik, ramai jugak VOGians yg hadir pada malam tersebut. Menunjukkan ukhwah dan silaturrahim tersebut masih kukuh. Harapan aku, persahabatan dan silaturrahim ini akan terus berkekalan.
Akhirkata, Selamat Menyambut Ramadhan 2012. Moga kita akan diberi kesihatan yg baik untuk menunaikan ibadah puasa dan lain-lain ibadah pada bulan yg mulia ini. Jua moga kita dilimpahi keberkatan dari Allah swt.
p/s: T/kasih kepada Bro Easy Diver Shuk yg menjemput aku ke majlis ini, T/kasih juga kepada Pn Azuna Wahab yg turut sama coordinate majlis ini. T/kasih juga kepada bro Harmee Bahardin yg membenarkan gambar-gambar yg dia shoot untuk digunakan dalam blog aku ni. TQ guys… u r the best..