Macam biasa. Mula-mula rv di Shell Tol Sungai Besi.
Destinasi pertama adalah breakfast di Port Dickson. Kali ni breakfast kat PD Waterfront.
Lepas breakfast, gerak ke Melaka via jalan lama iaitu lalu Si Rusa- Masjid Tanah- Sg Udang- Melaka. Sampai Pantai Klebang, singgah minum coconut shake dulu.
Kenyang minum coconut shake, kita orang bergerak ke bandaraya Melaka. Ke mana lagi kalau bukan tak ke kota A Famosa. Biasa la tempat popular. Mesti kena ambil gambar kat sana.
Dari A Famosa, kita orang lepak sekejap di Hard Rock Cafe Melaka.
Kemudian minum cendul durian yang famous depan bangunan merah tu.
Selesai makan cendul, kita orang bergerak balik. Ride santai yang simple.