Tempat RV yang pertama adalah di Shell Tol Jalan Duta, then ke 2nd RV di Restoren Jejantas Sg Buloh.




Dari Restoren Jejantas Sg Buloh, kita orang gerak ke Kuala Selangor via Hiway PLUS- Hiway LATAR. Destinasi pertama adalah breakfast soto ayam di Warung Ibu kat Tanjung Karang.






Selesai breakfast, kita orang gerak ke Pantai BNO. Saja pergi lepak-lepak dan bersantai di sana…





Dalam jam 1400 hs, kita orang gerak ke Sekinchan untuk melaksanakan misi yang sebenarnya iaitu makan mentarang.



Inilah rupa mentarang…




Mentarang ni sejenis siput air masin. Macam kupang atau kepah juga. Boleh dimasak dengan pelbagai cara. Goreng tepung, masak cili, buat sup, dan lain-lain. Kita orang makan mentarang bakar, mentarang goreng tepung, mentarang masak cili, nasi goreng mentarang dan lain-lain. Rasanya….. kena ler try makan sendiri. Hehehe…


Selesai makan kita orang bergambar beramai-ramai sebelum pulang. Sambil melahirkan simpati kepada MH370..

Selepas tu kita orang semua balik ke destinasi masing-masing. On the way balik, kena hujan la jugak. Basah kuyup. Tapi kenangan ride mentarang ni tetap menggembirakan. Looking forward to the next ride…