Saturday, April 23, 2011

MANA MOTO AKU NI???

Hari ni dah 23 April 2011. Den sebenarnya dah bengang sangat-sangat ni. Ada ke patut Miss Lim telefon den dan bagitau moto den tak boleh nak keluar hari ni. Mau den tak geram, hari Isnin 18 April, den dah bayar duit moto tu. Bukannya bayar sikit-sikit, bayar kasi habis. Takkan dalam masa 5 hari pun tak boleh nak urus moto den. Nasib baik tauke kedai tu member kawan den. Kawan den pun beli moto and servis kat situ. Dia jugak yg rekomen den suruh beli kat situ. Kalau bukan kerana kawan den, mau den hentak meja kedai tu. Mentang-mentang dah dapat semua duit den, boleh buat lambat-lambat pulak. Kalau den tau macam ni, baik den bayar sikit dulu. Bayar habis bila moto sudah boleh keluar.

Den ingat kalau moto boleh keluar hari ni (Sabtu), esok hari Ahad boleh ler den buat virgin ride pergi mana-mana tempat yg dekat-dekat dulu. Nak biasakan diri. Pergi pekena mee rebus Haji Wahid kat Putrajaya ke, atau pekena Nasi Ambang kat Hulu Langat ke, atau pergi bootsale kat Shah Alam ke. Malangnya tak dapat. Terpaksa ler tunggu next week. Wuaaa…

No comments:

Post a Comment