Tahun baru, semangat baru, facebook baru dan ramai kengkawan baru. Memandangkan dah ramai muka-muka baru dalam facebook baru VOG, ada yg tak penah jumpa and tak kenal, we decided untuk buat 1 ride untuk menyambut tahun baru disamping bagi membolehkan kita orang berkenal-kenalan dengan ahli-ahli baru disamping mengeratkan persahabatan yg telah terbina di kalangan ahli lama.
Hasil perbincangan ringkas, kita orang bersetuju untuk organize satu ride untuk tahun baru ni dan Bro Zuhri telah dipilih sebagai PM. Laluan yg telah dipilih kali ini adalah KL-Bangi-Dengkil-Banting-Morib-Port Dickson-Melaka-KL. Sampai di Melaka kita orang plan makan masak asam pedas dan minum petang coconut shake di Pantai Klebang. So, Rv was set at Shell selepas Plaza Tol Sg Besi at 0800hrs and tayar golek at 0830 hrs.
14jan2012, jam 0815, aku dah sampai di tempat rv. Tengok ada bermacam-macam moto kat situ. Wah…dah macam bike week la pulak. Hehe….ok jugak tu. Boleh jadi Sg Besi Mini Bike Week..
Seperti biasa, sebelum move, sedikit briefing oleh PM dan bacaan doa agar perjalanan dilindungi dari sebarang perkara buruk.
Selesai briefing dan doa, kita orang pun move. Laluan: exit tol Bangi-Jenderam-Dengkil-Banting-Morib. Di exit tol ada lebih kurang 10 bike lagi menunggu dan join our konvoi bila kita orang sampai.
Our 1st pit-stop adalah di Pantai Morib. Sampai je stop sekejap untuk pegi toilet, hisap rokok dan yg paling penting, posing arr..hehe..
Dari Pantai Morib, kita orang bergerak ke Port Dickson melalui Tg Sepat-Sg Pelek-Lukut. Gempak jugak la pekan Sg Pelek bila hampir 50 bijik moto Versys lalu situ. Sampai di Lukut, ada roadblock la pulak. Lesen dan roadtax diperiksa. Hanya sorang yg dapat surat jemputan sebab tak gantung ‘L’. Yg lain selamat.
Di Port Dickson, pit-stop kita orang adalah di Shell sebelum round-a-bout Marina Apartment tu. Kat sini seramai lebih kurang 10 bike lagi join in. Tapi ada jugak yg terpaksa berpisah dengan konvoi atas sebab-sebab lain. All together ada lebih kurang 60 bike jugak la.
Dari Port Dickson, kita orang move ke Melaka. Mission di Melaka adalah untuk makan asam pedas di Restoren Selera Kampung yg depan Taming Sari tu. Perjalanan tetap melalui jalan kampong. Baru best sikit. Kalau lalu hiway, semua pecut je.
Sampai di restoren asam pedas dah jam 3. Semua dah kelaparan. Apa lagi, parking moto dan cari makan.Tapi sempat jugak posing. Hahaha..
Perjalanan diteruskan. Kali ni kita orang gerak ke Kota A’Famosa pulak. Ke sana just untuk bergambar je. Maklumlah dah sampai Melaka. Tak sah kalau tak ambik gambar depan kota yg famous tu..
Plan asal lepas ni adalah pekena coconut shake kat pantai Klebang tapi memandangkan terlalu ramai moto yg ada dan takut terpaksa menghadapi jem yg teruk on the way ke sana, bro Shawall mencadangkan kita orang pekena coconut shake di Alai. So, off we shoot to Alai.
Sampai kat warung coconut shake tu, apa lagi semua parking moto dan serbu. Walau pun baru lepas lunch, aku tengok 2 gelas jugak la semua balun coconut shake tu. Sedap ke atau sebab dahaga ke, aku tak tau. Yg pasti, aku pun balun 2 gelas jugak. Wakaka..
Dari warung coconut shake, kita orang bergerak ke hiway untuk balik ke KL. Last pit-stop adalah RnR Seremban. Malang, selepas restoren Jejantas Ayer Keroh, rantai moto Doc putus. Maybe klip rantai tu dah tertanggal. Bahaya kalau guna rantai yg berklip ni. So, sapa yg guna rantai berklip, better pegi tukar. Memandangkan moto dah tak boleh jalan, terpaksa ler ditolak. Bro Hadi tolak moto tu sampai RnR Seremban. Cayalah bro. Wa salute sama lu. Yg lain sebanyak 20 bike lagi follow dan iring bro Hadi dan Doc sampai RnR Seremban walau kelajuan hanya 90-100 kmh sahaja. Terbaek ar u guys..
Di RnR Seremban, kita orang rest dulu sampai menunggu bantuan tiba. Peluang diambil untuk berkenal-kenalan dengan ahli-ahli yg baru join ride ni. Alhamdulillah, semua memberi kerjasama dengan memperkenalkan diri termasuk pillion masing-masing.
Rescue team sampai lebih kurang jam 7.00 ptg. Sampai elok-elok sesi suaikenal pun dah habis. So, majoriti VOGians berlepas balik dan tinggal a few yg tunggu untuk membantu… Dan seperti kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, sekejap je moto dah diatas Hilux. Geng VOGians ni angkat V cam angkat kapcai je. Caya lah..
Selepas hilux bergerak, kita orang pun balik ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah, disebalik beberapa masalah kecil, semua sampai rumah dengan selamat dan tiada kejadian buruk yg berlaku. Bolehla dikatakan kembara ini berjaya mencapai matlamat yg diharapkan. Diharapkan di masa yg akan datang akan lebih ramai ahli-ahli bari VOG menyertai ride kita.
Kembara ini juga telah berjaya mempamerkan semangat esprit-de-corps yg tinggi bila semua riders sanggup membantu rakan yg menghadapi masalah teknikal. T/kasih kepada bro Shawal, bro Nolan Yusof. Capt Adli dan 2 lagi sahabat (sori geng tak sempat nak tanya nama) yg sanggup datang untuk rescue moto Doc. T/kasih kepada bro Hadi Hussein yg sanggup tolak moto Doc dengan kaki dari Ayer Keroh sampai Seremban, terima kasih kepada 20 riders yg sanggup iring Hadi dan Doc walaupun dengan kelajuan 90-110 kmj je, sampai kebas bontot…hehehe…Apa pun korang semua memang terbaek. Moga persahabatan dan esprit-de-corps yg telah wujud ini akan terus berkekalan..Jua, tak lupa ucapan t/kasih kepada Suria Manja yg menjadi kamera woman den sepanjang kembara ini...
Seperkara lagi, yg ni aku nak pesan kepada sahabat-sahabat dalam VOG maupun yg lain, kalau belum ada lesen B Full tu, pegi la ambik. Kalau takde lesen tu, jangan la bawak moto. Bahaya. Begitu jugak kalau lesen L tapi bawak pillion. Kita bukan minta, tapi kalau jadi sesuatu yg tak diingini, lebih banyak susah dari senang.
Dan before pegi ride tu, check la moto kita sikit especially rantai dah kering ke, angin cukup ke tak, minyak enjin di paras yg betul ke. Kena la jaga dan sayang moto kita, baru moto kita pun sayang kat kita. Hehehe..
Cukuplah sampai disini dulu cerita untuk kali ini. I leave u all with a few of other interesting pics..