Thursday, January 5, 2012

KEMBARA TAHUN BARU 2012

Kata orang, manusia hanya mampu merancang. Tapi yg menentukan adalah Allah swt jua. Mungkin ini kata-kata yg terbaek untuk menggambarkan perjalanan aku kali ni. Sebab banyak perancangan yg tak menjadi. Apa pun aku tetap bersyukur.

Plan aku kali ni adalah untuk sambut tahun baru di Thailand. Ajak a few friends tapi akhirnya yg confirm 3 orang je. So, gerak jugak la. Yg pegi kali ni… aku, Amri dan Boy + Sue. Jam 4 pagi kita orang bergerak dari Shell Plaza Tol Jalan Duta. Tapi malang tak berbau, sampai Lembah Beringin, tayar moto aku terlanggar sesuatu dan terus pancit. Terpaksa berhenti di tepi. Maklumlah, keadaan masih lagi gelap jadi tak tau apa yg dilanggar dan macam mana kecederaan tayar pun aku tak tau. So, boy masukkan cacing dan pam balik angin. Nasib baik boy dan amri ada. Tq bro.

Dari situ kami meneruskan perjalanan. Sampai di RnR Tapah, stop kejap untuk tengok keadaan tayar. Ternyata angin masih lagi keluar. So, terpaksa la aku pam foam ke dalam tayar. Yg menariknya, aku pun tak baca instruction kat tin. So, asyik dok tunggu foam tu berhenti masuk. Rupa, selepas tayar penuh kena jalan dulu 2-3 km. Then check angin balik. Adoi…rugi masa betul.

Dari RnR Tapah, kita orang move ke Utara. Hiway masa ni penuh dengan puluhan moto kapcai dan moto 125, 150 dan lain-lain moto yg dalam perjalanan ke Penang untuk sambut tahun baru di sana. Banyak kali jugak la dia orang cuba cucuk aku. Dengan gaya superman la, dan macam-macam lagi. Nasib baik la tayar belakang aku kurang sihat. Kalau tak, nak jugak aku layan dia orang. Hehe..

Sampai Juru, singgah pekena nasi kandar kat Pelita Autocity dulu. Call bro Fazrul tanya kedai nak tampal tayar, rupanya kedai dekat-dekat situ je. Then bro Fazrul dengan orang umah dia sampai, then bro Nik Saifudean and Antu Koner pun sampai. Kita orang breakfast dulu, then pegi ke kedai moto. Masa kat kedai moto bro Nik and bro Antu Koner teman kita orang sampai kita orang bertolak menyambungkan perjalanan. U guys memang terbaek. Tq very much..

breakfast dgn NVOG namely Fazrul, Nik Saifudean & Antu Koner

sementara tunggu moto aku siap, dia orang layan V1000

boy on v1000

aku layan ni lagi best....hehe..

Masa kat kedai tu, mekanik bagitau tayar tu ditampal dari dalam tapi tak berani nak bagi gerenti berapa lama boleh tahan sebab koyaknya agak besar. Masa tu aku terpikir jugak nak tukar tayar baru tapi tak jadi sebab pikir maybe tayar ni boleh tahan. Dah settle semua kita orang pun move. Ongkos kerugiannya RM45.00.

Dari Autocity, kita orang terus gerak ke RnR Gurun untuk re-fuel dan tukar duit. Masa nak tukar duit, tengok ada banyak stiker geng bikers kat situ. So, apa lagi cari punya cari, ada 1 stiker FRO dalam beg aku. Ambik stiker dan pelekat kat situ. Dah pelekat tengok ada stiker lama VOG.

dua stiker VOG yg berlainan zaman....huhu..

Masa mengisi minyak kat sini, kita orang bertemu dengan 2 Versys Owner dari Singapore. Rupanya dia orang pun on the way ke Hatyai. So, since kita orang jugak nak ke tempat yg sama, kita ajak dia orang konvoi sekali. And dia orang pun bersetuju untuk follow kita orang masuk sempadan melalui Padang Besar.

bersama VO dari Singapore

Dari RnR Gurun, kita orang bergerak ke Changloon-Chuping-Padang Besar. Perjalanan melalui ladang tebu dan ladang kelapa sawit. Kita orang juga lalu ikut satu tempat yg diwartakan sebagai spot yg paling panas di Malaysia. Aku dah lalu jalan ni masa Kembara 1Malaya hari tu ( http://atasmoto.blogspot.com/2011/10/kembara-1malaya-5th-day-dannok-ppinang.html ). Ingat nak stop ambik gambar tapi tengok semua terus je tak stop. So, aku pun terus jugak la. Sampai pekan Padang Besar, kita orang minum dulu dengan Falcon.

on the way..

tunggu falcon sampai

falcon belanja minum petang.....tq bro..

Dah minum, kita orang move ke Immigration Checkpoint. Lepas cop paspot, tengok moto aku pancit balik. Aduss.. So, patah balik. Isi angin dan shoot ke Kangar. Kita orang berpisah dengan geng VO Singapore di sini. Masa ni aku dah buat keputusan untuk tukar je tayar baru. Malangnya sampai Kangar tengok tayar takde. So, bincang punya bincang, last-last atas cadangan Falcon, aku tinggalkan V kesayangan aku kat rumah Mie Motor. Esoknya Falcon dan Mie akan urus tayar moto aku. Tq guys…korang memang terbaek. Luv u guys.. So, terpaksa le aku jadi pillion. Adoi..

selesai minum.....on the bike..

akhirnya aku terpaksa jadi pillion....

Kita orang meneruskan perjalanan. Nasib baik kat checkpoint imigresen tak ramai orang so takder la nak kena beratur panjang-panjang. Dari Padang Basa, kita orang move ke Sadao untuk ke Hatyai. Lepas Sadao je sikit, kita orang dah kena hujan. Dan, hujan pulak tak stop hinggalah kita orang sampai Hatyai.

Sampai Hatyai tengok banyak jalan yg ditutup sebab malam nanti ada New Year celebration kat depan Odean Shopping Mall tu. Nak pergi ke hotel OH yg aku penah stay dulu tak boleh. Hujan pulak lagi. So, last-last kita orang check-inj kat Hotel Siam Central. 940 baht semalam. Lepas check-in, kita orang mandi, refresh dan turun semula untuk dinner. Nak makan kat restoren muslim yg sedap tu. Rindu sizzling seafood. Hehe..So, call Ali tut-tut and suruh dia datang ambik kita orang untuk pegi dinner.

tunggu ali sampai posing dulu..

atas tut-tut on the way to dinner

bagi sizzling seafood...

udang masak asam jawa + kerabu mangga + ikan goreng + sizzling seafood...

sizzling seafood.....terbaek...

Selepas makan, kita orang balik ke hotel. Hujan masih lagi tak berhenti. Ingat nak pegi ke depan Odean tempat new year celebration tu tapi malangnya takde payung atau baju hujan. Kalau jalan kaki sampai sana, sure basah. So, kita orang lepak-lepak kat lobi hotel sekejap, then naik bilik & tido.

Hari kedua 1 Jan 2012. Selamat tahun baru semua. Bangun pagi tu tengok hujan masih lagi turun. Aku dengan Amri pegi pusing-pusing cari hotel yg murah sikit sebab plan nak stay 1 malam lagi. Tengah jalan-jalan tu jumpa sebuah restoren muslim, so kita orang stop breakfast dulu. Masa tengah breakfast, ada sorang brader datang dan bagitau yg kat Sadao dah banjir dan jalan ditutup tak boleh lalu. Dah masuk berita katanya. Aduh! Camne nak balik ni. Pas makan kita orang terus balik ke hotel. Kat hotel aku tanya receptionist and dia bagitau Sadao dah banjir. Begitu jugak Patthalung dan beberapa tempat di selatan Thai. Wuaa…camne nak balik ni.

Masa kat lobby hotel, aku sempat bersembang dengan beberapa orang Malaysia dari Perlis. Ikut cakap dia orang, jalan ke Bukit Kayu Hitam dah ditutup sebab banjir kat Sadao. So, dia orang cakap dia orang nak balik ikut Nathawi dan keluar di Chekpoint Durian Burung. So, kita orang pun ambik keputusan untuk lalu jalan yg sama jugak. Masa kita orang nak move dari parking hotel tu, guard situ suruh lalu Chana-Nathawi-Durian Burung. Tapi masa tu aku tak berapa paham apa yg dia cakap, so terus ambik jalan ke Sadao untuk ke Nathawi.

ready to move..

ada gaya pillion tak? huhu

guard ni yg banyak membantu bagitau jalan yg perlu diikuti walaupun kita orang tak paham.......khop khun kap..

Dari hotel, kita orang bergerak ke Sadao. Keadaan jalan masa tu memang jemm teruk sebab semua orang ingin keluar dari Hatyai sebab takut terperangkap dalam banjir di sana. Ikut cerita, bandar Hatyai penah tenggelam sedalam 1 tingkat. Maybe sebab tu semua bergegas nak keluar dari situ, termasuk la kita orang. Keadaan masa tu masih lagi hujan. Bila kita orang sampai di Thanon Kamjanavanit, tengok air dah mula naik ke atas jalanraya. Di tempat yg rendah sebelah jalan raya tu tak payah nak cakap la. Memang dah tenggelam pun. Masa tu hati kecik aku dah berkata, silap-silap kita orang tak boleh lepas ni. Dan ternyata firasat aku betul. sampai je di persimpangan Route 43, tengok air dah paras pinggang. Jalan pun dah ditutup. Polis tak benarkan siapa pun lalu. So, terpaksa pusing balik.

keluar dari hatyai..

Bincang punya bincang last kita orang decided untuk gerak ke Songkhla sementara tunggu air surut. On the way singgah kat 7-11 dan beli peta. Nak tengok laluan alternatif yg ada. Ternyata dari Songkhla ada banyak laluan alternatif untuk ke Malaysia. Sampai Songkhla, kita orang singgah makan dulu kat salah satu restoren Muslim yg banyak kat situ.

hujan pun tetap diredahi...

awek thai ni lama dia dok tengok moto ni...last-last datang ambik gambar jgk...

Lepas makan kita orang tanya tuan kedai tu kut-kut ada chalet atau resort yg murah-murah kat situ. Maklum la nak tido pun sekejap je. Buat apa nak ambik yg mahal-mahal. Nasib baik ada sorang pakcik ni bawa kita orang ke satu motel kat dalam tu. Murah jugak bilik kat sini. 350b bilik ada tv, 300b takde tv dan bilik 150b. Semua bilik ada aircond. Cuma yg tak bestnya, shower air panas takde….wuaaa…

tempat rehat belakang motel..

Masa kita orang makan, cuaca dah semakin baik. Hujan pun dah slow. Selepas kita orang check-in tengok hujan dan stop. So, mandi-mandi dan keluar ronda-ronda..

Balik dari Samila Beach kita orang refresh-up then keluar makan malam kat salah sebuah restoren muslim yg ada kat Chalathat Street. Kamera dah habis bateri masa ni. Tak dapat nak snap pic menu kita malam ni. Dah kenyang, kita orang pusing-pusing pekan Songkhla ni waktu malam. Takde apa sangat berbanding HatYai atau DaNok.

Habis pusing, kita orang pun balik motel dan tido. Plan on the bike jam 8 pg waktu Malaysia. Tengah tido best-best jam 5 pg Boy dah ketuk bilik aku. Aduhhh.. ingat ada apa rupanya sebab air takde. Aku suruh dia pegi cakap dengan yg jaga motel ni. Nak tido dah tak boleh, so jam 6 pg aku kejut semua orang dan jam 7pg kita orang move. Lagi pun member dah bagitau yg jalan dah clear. Air pun dah surut, dah boleh lalu. So dari Songkhla, kita orang terus gerak ke DaNok. Sampai DaNok, breakfast dan shopping dulu. Then gerak ke Padang Besar untuk ambik moto aku kat sana.

Sampai pekan Padang Besar, kita orang makan dulu kat Bazaar sambil tengok-tengok barang. Then terus ke rumah Mie Motor untuk ambik moto aku. Wah…tengok moto aku dah bersih dan berkilat. Macam baru keluar dari spa la pulak. Rupanya Mie dah basuh dan wax sekali. Walawei…thank you very much Mie Motor. Pak Tuan dan Falcon jugak datang sama. Terima kasih geng…korang semua memang terbaek..

Dari rumah Mie, kita orang shoot ke hiway Changloon, then stop sekejap kat RnR Juru untuk makan dan rest dan sambung perjalanan. Singgah di RnR Ulu Bernam untuk makan dan berpisah di situ. Walaupun trip kali ni tak sebagaimana yg diharapkan. Nak kemana-mana pun tak boleh sebab hujan tapi aku tetap happy sebab punya kengkawan yg sudi membantu aku di waktu dalam kesusahan. VOG bukan setakat berkongsi idea, pengalaman, pengetahuan, ride tetapi juga telah mempamerkan semangat setiakawan yg kuat diantara kita. Pengalaman yg aku lalui dalam kembara ini membuktikannya. VOG Terbaek.

6 comments: