Friday, August 24, 2012

RAMADHAN SYAWAL 2012


Alhamdulillah, Ramadhan 2012 sudah pun berlalu. Syukur jugak tahun ini aku dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan secukupnya. Harapan aku, tahun hadapan aku akan dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Seperti tahun-tahun yg sebelumnya Ramadhan merupakan bulan di mana para dermawan, badan-badan amal dan lain-lain badan menjalankan aktiviti kebajikan terutamanya menyampaikan sumbangan dan derma kepada anak-anak yatim, orang-orang tua, dan lain-lain lagi yg memerlukan. Tahun lalu aku berkesempatan untuk mengikuti dan menyertai aktiviti kebajikan ini. Malangnya tahun ini, atas sebab kesihatan, aku terpaksa merehatkan diri untuk beberapa minggu atas nasihat doktor. Sedihnya, kerana aku tak dapat untuk bersama-sama menyumbang sedikit tenaga untuk bersama-sama menyemarakkan aktiviti kebajikan ini. Walau bagaimanapun, aku berasa gembira dan berbangga kerana rakan-rakan bikers aku masih ramai yg sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk turut bersama-sama menyempurnakan aktiviti kebajikan ini; samada secara bergabung dengan badan kebajikan yg lain, atau bergabung dengan jabatan kerajaan; syarikat swasta ataupun dengan inisiatif kumpulan bikers itu sendiri. Tahniah kepada kalian semua. Sebab pada aku, apa yg penting, bukan siapa yg menganjurkannya, tetapi usaha dan sumbangan yg diberi serta kegembiraan yg terpancar di mata orang yg menerima. Kepada penganjur program kebajikan ini, tahniah dan teruskan usaha murni kalian. Moga kita semua sama-sama mendapat keberkatan.
anak yatim lah yg banyak mendapat sumbangan..
bersama anak-anak yatim
selesai majlis dengan anak yatim, buka puasa la pulak..
sambil berkempen kibarkan jalur gemilang
berkumpul beramai-ramai sebelum ke rumah anak yatim
inilah saat yg dinantikan oleh anak-anak yatim…. dapat naik moto besar..
bukan selalu anak-anak ni dapat naik moto besar camni..
yang baby pun dapat naik moto besar jugak..
dermaan untuk anak yatim
anak yatim mendapat barangan dermaan..
bergambar beramai-ramai dengan anak yatim
bikers dan team sehelai baju… salah satu badan penggerak utama aktiviti kebajikan..
lawatan dan sumbangan ke rumah orang-orang tua juga tak dilupakan..
orang-orang susah jugak diberikan sumbangan
bergambar beramai-ramai sebelum ride untuk memberi sumbangan
lawatan & sumbangan kepada anak-anak positif HIV juga tidak dilupakan..
di POSHE..
menyampaikan sumbangan duit raya dan vitamin c kepada anak-anak yatim….. t/kasih kepada sdra zuhri iskandar & pharmaniaga atas sumbangan vitamin tersebut..
menunggu masa untuk berbuka puasa dengan anak-anak yatim
Syawal kali ini aku berkesempatan balik berhari raya di kampong. Dah lama jugak aku tak balik kampong masa Aidilfitri ni. Selalu balik masa Aidiladha je. Or kadang-kadang tak balik pun raya. Raya kat KL je. Hari Sabtu 18 Ogos, jam 0700 hs aku berlepas balik ke kampong melalui Lebuhraya PLUS. Ingatkan kereta atas jalan dah kurang. Rupanya tak. Dah macam peak hours la pulak. Dari Sg Buloh sampai Tapah cuma boleh bawak dengan kelajuan 30-40 kmj je. Lepas Tapah baru okay sikit tapi kembali jem bila nak naik ke terowong Menora tu. Tempat hentian rehat dengan RnR tak payah cakap lah. Penuh dengan orang. Nak masuk toilet pun kena beratur macam nak beli tiket wayang. Hehehe..
kesesakan atas hiway PLUS
restoren baskin robbins pun dah ada kat hentian rehat.. memang menggoda betol..
Akhirnya selepas 10 jam dalam kereta, aku pun sampai ke kampong. Tak banyak berubah pun kampong aku ni. Masih macam dulu jugak..
Sampai je kat pekan, aku terus je ke hotel. Nasib baik dah buat reservation awal-awal. Kalau tidak tak tau nak tido kat mana. Full house jugak hotel ni. Aku kalau balik kampong memang dok kat hotel ni je sebab senang dan dekat dengan rumah mak aku. Nak dok kat rumah mak, dah penuh jugak. So, dok hotel je senang. Breakfast pun ada. Hehe..
parking kat hotel pun full
hotel penginapan aku tiap kali balik kampong….tapi tiap kali check kat receptionist, nama aku tak pernah pun ada dalam rekod..
Hari raya kedua aku dah terpaksa balik ke KL sebab hari Rabu aku dah kembali kerja. Lagipun tak boleh nak dok hotel lama-lama. Mau lari bajet bulan ni. Hehe.. Apapun, aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin”. Kepada yg akan memandu atau yg akan ride di musim perayaan ini, “Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang sentiasa menanti kepulanganmu…”
“Selamat Hari Raya Aidilfitri”
“Maaf Zahir & Batin”
(Pics from Azuna Wahab, Harmee Bahardin, Ultraman Mebius. Wan A Aziz & me)

Sunday, August 5, 2012

VERSYS OWNERS’ CLUB MALAYSIA


Alhamdulillah, akhirnya selepas beberapa usaha dan kerja keras, Kelab Pemilik Versys Malaysia atau Versys Owners’ Club Malaysia (VOCM) telah pun didaftarkan berkuatkuasa pada 21 Mei 2012. Terimakasih kepada usaha berterusan Tuan Setiausaha VOCM saudara Mohd Irman aka Jebat.
Sebenarnya cadangan untuk menubuhkan sebuah kelab yg berdaftar bagi Versys ini telah timbul sejak setahun yg lalu. Pada asalnya cadangan adalah untuk mendaftarkan Versys Owners’ Group (VOG) sebagai satu pertubuhan yg berdaftar. Malangnya ia mendapat tentangan dari otai-otai VOG, maka cadangan itu terus senyap begitu saja.
Selepas kejayaan Flood Relief Ops (FRO) pada December 2011 (http://kudin22.wordpress.com/2011/12/29/vog-fro-16dec-18dec-2011-part-ii/), sekali lagi isu untuk bergerak di bawah satu kelab yg berdaftar ini timbul. Ini adalah kerana kita dapati terlalu sukar untuk mendapat sokongan penajaan apabila bergerak di bawah perkumpulan yg tidak berdaftar. Kejayaan FRO sebenarnya adalah hasil inisiatif individu yg mendapatkan penajaan dari syarikat-syarikat yg dikenali secara peribadi. Bukan atas nama VOG. Kita juga mempunyai perancangan untuk  menganjurkan banyak aktiviti-aktiviti yg lebih besar yg pastinya memerlukan penajaan dan bantuan dari pelbagai organisasi.
Sekali lagi cadangan untuk mendaftarkan VOG dibawa semasa mesyuarat dengan otai-otai VOG di Oldtown Setapak pada 20 Mei 2012 yg lalu. Tetapi sekali lagi cadangan ini mendapat bangkangan.

borak-borak sebelum mesyuarat kelab
Ekoran dari itu, beberapa ahli VOG yg merasakan pentingnya sesuatu pertubuhan tersebut didaftarkan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yg dirancang dan dianjurkan di masa depan; dan juga untuk kepentingan generasi akan datang telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan kelab ini dibawah Pendaftar Pertubuhan. Hasil perbincangan ramai, datanglah nama kelab ini iaitu Versys Owners’ Club Malaysia (VOCM) atau Kelab Pemilik Versys Malaysia.

isi borang keahlian dulu

ayie isi borang dulu..

sambil makan sambil isi borang..hehehe

mesyuarat…
Kelab ini kemudiannya telah didaftarkan dan diluluskan pendaftarannya pada 21 Mei 2012 dengan No. Pendaftarannya PPM-021-10-21052012. Bermula dengan keahlian seramai 12 orang, kelab ini sudah mempunyai fanpage tersendiri dan mula bergerak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk ahlinya.
Fanpage VOCM ini boleh dilayari di facebook seperti berikut:
Apapun dengan keikhlasan dan semangat serta kerja keras ahlinya, adalah diharapkan kelab ini akan beroleh kejayaan dan dapat melaksanakan segala perancangan yg telah dirancang dengan jayanya.