Saturday, May 26, 2012

RIDE TO PULAU MUTIARA


Ride ke Penang ni sebenarnya takder plan pun. Izzar nak ke Penang sebab nak melawat ayah dia yg admitted sebab hernia. So, dia ajak aku. Then Zuna, Kamal dan Utoman pun nak ikut. So, set rv jam 0800 hrs kat Shell Tol Duta and move.

Singgah breakfast kat Hentian Tapah before proceed. Sampai Butterworth, kita orang naik feri. Since hari tu hari Sabtu, ramai la jugak orang naik feri. Sepanjang perjalanan, cuaca pun cantik je. Turun dari feri, terus ke Kassim Mustafa dulu untuk lunch. Izzar belanja. Hehe…
Perut dah kenyang, kita orang pegi check-in dulu since semua mengadu tak larat and tak nak day trip. Nasib baik aku dah bawa pakaian spare. Dah standby. Kalau tak, mau terpaksa shopping-shopping pulak kat Penang. Dah lama jugak tak shopping kat sini.
Selepas check-in kat hotel, mandi and refresh, kita orang move ke hospital. Since motor dah simpan elok kat parking hotel, kita orang decided untuk ke hospital dengan teksi je. Kena rm12.00. Oklah. Reasonable.
Alhamdulillah, ayah Izzar pun dah makin sembuh. Dah operate dan dah tak lama nak discaj pun. Ok la tu. Kita orang pun dok sekejap je. Nak bagi dia berehat.
Nak balik ke hotel, tanya satu brader bawak teksi ni. Dia nak caj rm18.00. Kita orang cuba nak nego minta kurang sikit. Maklumlah datang tadi baru rm12.00. Tapi punya la sombong pulak brader ni. Dah ler cakap pun kasar je. Siap cakap kalau nak naik bas, ada hentian bas kat depan jalan sana. Bengang jugak aku. Bukannya kita orang takder duit tapi geram dengan sikap mamat ni yg begitu sombong. So, last-last kita orang decided untuk naik bas je. Lagi pun dah lama tak naik bas. Ok jugak tu.

tunggu bas..

dah lama tak naik bas…huhu

seronok jugak sekali sekala naik bas ni….hehe
Sampai hotel, kita orang rest dulu. Petang Hafiz datang and join kita orang. Malamnya hujan pulak. Bila hujan dan stop, kita orang pegi makan malam kat gerai makan kat Padang Kota Lama. Lepas tu ronda-ronda sampai Hard Rock Hotel.
Bangun pagi, kita orang breakfast nasi kandar Line Clear. T/kasih kepada En. Kamal yg open table. Moga murah rezeki dan dapat belanja selalu. Hehe.. Dah kenyang singgah Pasar Chowrasta untuk beli jeruk dan asam then move ke Balik Pulau. Nak try rasa laksa pokok janggus yg popular tu. Bila kita orang sampai tengok kedai masih tutup. Jam 1530 hrs baru buka. Masa kita orang sampai baru jam 1300 hrs. Takkan nak tunggu lagi 2 jam setengah. So, kita orang gerak ke gerai laksa pokok ketapang. Bila sampai kedai pun baru buka. Tapi dapat jugak makan laksa. Cuma rasa kurang sikit sebab kuah baru masak. Belum cukup-cukup sebati kot. Yg paling best, kopi ‘o’ kat sini memang sedap. Lain dari yg aku rasa selalu. Bila tanya pakcik tuan punya kedai, dia tunjuk paket kopi tu. Kopi ‘O’ Cap Motokar. Hehe..

gerai laksa pokok ketapang
Dari Balik Pulau, kita orang terus gerak balik ke KL. Tapi singgah Kuala Sepetang dulu untuk pekena mee udang yg famous tu. Kita orang exit Simpang Pulai dan rv dengan Md Faz di situ. Then terus ke restoren Mee Udang Mak Jah. Sedap jugak..

mee udang mak jah..

jom makan..

terbaek..
Selesai makan, perut pun dah kenyang, kita orang move balik. TQ pada Md Faz yg sudi join kita orang diseparuh jalan untuk makan mee udang ni.
Alhamdulillah, kita orang semua sampai rumah dengan selamatnya. Waiting for another ride, another day.

Wednesday, May 23, 2012

REDANG ESCAPISM TRIP 20 MEI 2012


Trip ke Pulau Redang ni tak penah pun ada dalam plan aku. Entah camner boleh sampai sana aku sendiri pun masih tak percaya. Plan asal cuma nak pergi ke Kuala Terengganu. Nak ride and lepak-lepak kat situ. Maybe jalan-jalan ke Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, makan nasi dagang etc. Tu pun member aku si Zainun yg ajak pegi sana. Pegi Kuala Terengganu je pun. So, since aku pun free masa tu, aku ajak la Izzar, Utomen dan Zuna teman. Malangnya Utomen and Zuna dapat follow separuh jalan je. Tak dapat nak ikut sampai ke Kuala Terengganu. Hmm tak kisahlah. At least takde la aku ride berdua dengan Izzar je. Ada ler kawan ramai sikit. Baru meriah.
Dari BHP Gombak kita orang masuk lebuhraya Karak untuk ke Kuala Terengganu. Singgah breakfast kat RnR Temerloh. Plan asal nak singgah breakfast je, tapi borak-punya borak dah lajak sampai lunch. Lepas lunch, kita masuk LPT dan keluar di Cherating coz semua nak lalu jalan pantai dan nak singgah minum kopi Hai Peng Kemaman tu.
Dari Hai Peng Kemaman, kita orang meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Tapi singgah sebentar di Dungun untuk mengambil gambar di tepi laut. Lokasi depan UITM Dungun. Cantik.
Di sini kita orang terpaksa berpisah dgn Utoman dan Zuna yg terpaksa balik ke KL. So, tinggal aku dengan Izzar je yg meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Melalui jalan yg pernah kita orang lalu semasa Kembara 1Malaya yg lalu. Masa tu kita orang lalui jalan ni seramai 4 orang dengan 4 biji Versys. Sekarang ni, aku dengan Izzar je. Terimbau jugak kenangan lalu. Since kita orang sampai Kuala Terengganu pun dah petang, terpaksa tido di sana dulu sebab bot ke Pulau Redang dah takde.  Kita orang tido di chalet kat dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Ok jugak chalet dia. Cantek dan bersih. Nama chalet pun menarik. Hehe..
Malamnya, Zainun bawa kita orang makan udang galah. Apa nama tempat tu, aku tak ingat. Tapi okay jugak la. Cuma rasa aku sedap lagi udang galah yg kat Kuala Rompin tu. Pas makan malam, kita orang pusing-pusing sekejap bandar Kuala Terengganu dan balik rest.
Pagi esoknya, jam 0730 hrs kita orang dah standby. Bila Zainun sampai je, terus move ke Merang. Moto kita orang tinggalkan kat Balai Batu Rakit dan continue dengan kereta Zainun. Sampai di jeti, kita orang breakfast dulu dan kemudiannya naik speedbot ke Pulau Redang. Dengan speedbot ambil masa lebih kurang 30 min. Tetapi kalau dengan bot biasa ambil masa 1 ke 1.5 jam.

jeti ke pulau redang
 
 
 

atas speedbot on the way ke redang..
 
 
 
 
 
 
Sebelum bot kita orang mendarat di jeti, Pak Mat (pilot bot) bawa kita orang pusing-pusing tengok penyu dulu. Memang menarik. Penyu tu pun ada yg pandai. Bila nampak bot kita orang, dia lalu di bawah dan kadang-kadang timbul untuk ambik oksigen.
Mendarat kat jeti, aku terkesima dengan kejernihan dan kebiruan air lautnya. Rasa cam tak sabar nak terjun laut. Menggelitik je kaki aku. Nasib baik la akak manager resort ni suruh kita orang pegi masuk bilik dan lunch dulu. Kalau tak memang aku dah terjun.

jeti redang mutiara

landed..

disinilah tempatnya..

pandangan dari jeti….betapa jernih dan birunya laut..

another view…
Resort yg kita orang duduk ni namanya Redang Mutiara Beach Resort. Resort ni berkonsepkan penginapan di chalet samada share 4 orang sebilik atau 5 orang sebilik. Chaletnya dilengkapi shower air panas dan juga air-condition. Biliknya bersih dan kemas. Dewan makan disediakan. Makan bagi tiap meal jugak disediakan termasuk air panas, air jus dan roti serta biskut yg free flow. Sentiasa ada. Malam pulak dinner barbeque style. Karaoke pun ada tetapi tak banyak pilihan lagunya. Kalau ada cd lagu boleh bawa sendiri. Akak managernya memang ramah tamah. Boleh bergurau dan boleh lebih kurang. Ramai yg yg suka dengan sikap kemesraan akak ni. Bila aku borak-borak dengan akak ni, baru tahu rupanya ada 2 pakej yg disediakan. Pakej pertama, penginapan 3 hari 2 malam yg melibatkan 3 kali snorkeling di 3 tempat yg berbeza. Yg kedua pakej 2 hari 1 malam, snorkeling cuma 1 kali sahaja. Pakej ni yg kita orang ambil sebab kita orang dah lewat sampai ke sana.

Redang Mutiara Beach Resort

chalet penginapan kita orang..

chalet lainnya..

chalet lain..

lagi gambar chalet

pantai yg cantek & bersih

dewan makan..
Melihat kejernihan dan kebiruan air laut ni, aku dengan izzar dah tak dapat nak menahan sabar. So, lepas lunch je kita orang terus terjun laut. Memang best… Tapi Zainun pulak yg tak nak turun mandi. So, dia jadi kameraman ler…hihi..

mandi time..

best…
Jam 1430 hrs, kita naik bot pegi snorkeling. Lokasi di Pulau Akar sebab Taman Laut ditutup pada waktu petang. Ramai jugak penginap resort yg ikut serta pergi. Sampai kat tempat snorkeling, tengok nampak macam cetek. Bila terjun dan mula snorkle, mak datuk dalam tu… ada dalam 15-20 kaki jugak la. Ada tempat yg sampai 30-40 kaki dalammnya. Tapi pemandangannya tak dapat aku nak gambarkan. Kecantikan coral, rumpai laut, ikan-ikan yg berenang, hanya orang yg pernah snorkeling kat situ or pernah diving kat situ je yg tahu. Betapa hebat ciptaan Allah. Marvellous, magnificent, hebat, tiada perkataan yg dapat ku gambarkan. Sayang sekali camera water proof aku dah rosak. Kalau tidak, dah tentu aku record video dasar laut masa aku snorkeling tu. Maybe itu untuk lain kali kut. Insyallah.

on the way ke tempat snorkeling..

snorkling time..

zainun sedang belajar jadi pemandu bot. nak buat part-time kot lepas ni???
Balik dari snorkeling, rehat and minum petang sekejap. Pastu apa lagi sambung bercanda di tepian pantai.
Sebelum maghrib kita orang naik ke chalet. Mandi dan bersiap untuk dinner. Dinner barbeque style. Sendiri bakar, sendiri makan. Okay jugak. Masa ramai-ramai barbeque tu, kita orang dapat berkenalan dengan gueat-guest lain yg menginap di situ. Sempat jugak berkenalan dengan seorang Doctor dari India yg datang bercuti dengan famili dia, seorang businessman Arab tapi tinggal di Manchester, dan lain-lain termasuk grup dari KEMAS dan student-student universiti. Mungkin sebab resort ni pun tak besar sangat, so pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang yg sama je. So, jadi kawan.
Lepas makan, kita orang lepak-lepak tepi pantai dan borak-borak dengan akak manager tu dan dengan guest-guest yg lain. Ada jugak sebahagian guest yg bawa fishing rod dan pegi memancing kat jeti. Aku dengan izzar plan nak buat under the moonlight swimming tapi bila salah sorang guest yg memancing tu dapat anak ikan yu, tak jadi ler nak mandi malam-malam tu. Takut jugak. Mau kena ngap dengan ikan yu, tak berbaloi. Nanti jadi macam cite Jaws pulak.
Esok paginya lepas breakfast, terjun laut 1 round lagi. Last call before balik. Hehe. Jam 1100hrs, kita orang naik speedbot Pak Mat lagi. Best. Naik speedbot ni laju skit. Cepat sampai.

ahli kemas yg balik bersama kita orang dlm speedbot

izzar pun nak try bawak speedbot. Habis orang dalam bot ketakutan….hahaha

nelayan baru balik dari mencari rezeki…
Sampai di jeti terus pegi lunch dulu. Sebab semua dah kelaparan. Masa makan tu terjumpa dengan adik YB Batu Rakit, dia pulak yg bayar makan kita orang. Siap bawak kita orang pegi ke kedai jual keropok lekor lagi. Murah rezeki kita orang hari tu.

lunch time…makanan yg sedap dan murah..

inilah keropok yg paling sedap. dapatkan di sini… hehe

sesi food testing….test makan kerpok lekor…hehehe…..memang sedap.

adik YB bagi keropok… hehe rasa cam terima bantuan mangsa banjir la pulak….adoii
Dari kedai keropok lekor Zaleha Embong tu, kita orang terus ambik moto dan bertolak balik ke KL. Risau jugak nak balik lewat sebab perjalanan masih jauh dan kita dua orang pun agak keletihan sebab banyak sangat terjun laut di Redang. Untuk jimat masa, kita orang cross melalui LPT. Lalu Bukit Besi terus ke Jabor. Dalam masa 2 jam kita orang dah sampai Kuantan. Then masuk hiway Karak dan terus pecut ke KL. Singgah sebentar di Genting Sempah untuk refresh. Then ride straight back home. Aku sampai rumah dalam jam 2300 hs jugak lah. Alhamdulillah.
Bagi aku trip kali ni memang best. Walaupun terpaksa ride jauh, dari KL ke Kuala Terengganu – Merang, tapi pada aku memang berbaloi. Percutian di Redang ni memang best. Cuma 1 yg aku frust. Tak sempat nak scuba. Tengok dari atas pun coral dan hidupan laut dah cantik, bayangkan kalau dapat scuba. Fuhh! Mesti lagi best.
Apapun, terimakasih pada Zainun yg ajak aku ke sana. Terima kasih jugak pada En. Khairul, tuan punya Redang Mutiara Sdn Bhd yg menjadi host yg terbaek. Terima kasih pada akak manager resort, dan terima kasih jugak kepada adik YB Batu Rakit.
Kepada kengkawan, kalau nak cari tempat berehat dari kesibukan kota, nak mandi di air yg jernih sambil boleh melihat ikan-ikan berenang di celah-celah kaki, aku syorkan resort ni… Redang Mutiara Beach Resort. Tempatnya bersih dan belum tercemar. Memang terbaek. Kalau tak kerana aku kerja, dah tentu aku sambung semalam lagi kat situ. Apa pun escapism ini memang terbaek. Five Star.