Ride ke Penang ni sebenarnya takder plan pun. Izzar nak ke Penang sebab nak melawat ayah dia yg admitted sebab hernia. So, dia ajak aku. Then Zuna, Kamal dan Utoman pun nak ikut. So, set rv jam 0800 hrs kat Shell Tol Duta and move.
Singgah breakfast kat Hentian Tapah before proceed. Sampai Butterworth, kita orang naik feri. Since hari tu hari Sabtu, ramai la jugak orang naik feri. Sepanjang perjalanan, cuaca pun cantik je. Turun dari feri, terus ke Kassim Mustafa dulu untuk lunch. Izzar belanja. Hehe…
Perut dah kenyang, kita orang pegi check-in dulu since semua mengadu tak larat and tak nak day trip. Nasib baik aku dah bawa pakaian spare. Dah standby. Kalau tak, mau terpaksa shopping-shopping pulak kat Penang. Dah lama jugak tak shopping kat sini.
Selepas check-in kat hotel, mandi and refresh, kita orang move ke hospital. Since motor dah simpan elok kat parking hotel, kita orang decided untuk ke hospital dengan teksi je. Kena rm12.00. Oklah. Reasonable.
Alhamdulillah, ayah Izzar pun dah makin sembuh. Dah operate dan dah tak lama nak discaj pun. Ok la tu. Kita orang pun dok sekejap je. Nak bagi dia berehat.
Nak balik ke hotel, tanya satu brader bawak teksi ni. Dia nak caj rm18.00. Kita orang cuba nak nego minta kurang sikit. Maklumlah datang tadi baru rm12.00. Tapi punya la sombong pulak brader ni. Dah ler cakap pun kasar je. Siap cakap kalau nak naik bas, ada hentian bas kat depan jalan sana. Bengang jugak aku. Bukannya kita orang takder duit tapi geram dengan sikap mamat ni yg begitu sombong. So, last-last kita orang decided untuk naik bas je. Lagi pun dah lama tak naik bas. Ok jugak tu.
Sampai hotel, kita orang rest dulu. Petang Hafiz datang and join kita orang. Malamnya hujan pulak. Bila hujan dan stop, kita orang pegi makan malam kat gerai makan kat Padang Kota Lama. Lepas tu ronda-ronda sampai Hard Rock Hotel.
Bangun pagi, kita orang breakfast nasi kandar Line Clear. T/kasih kepada En. Kamal yg open table. Moga murah rezeki dan dapat belanja selalu. Hehe.. Dah kenyang singgah Pasar Chowrasta untuk beli jeruk dan asam then move ke Balik Pulau. Nak try rasa laksa pokok janggus yg popular tu. Bila kita orang sampai tengok kedai masih tutup. Jam 1530 hrs baru buka. Masa kita orang sampai baru jam 1300 hrs. Takkan nak tunggu lagi 2 jam setengah. So, kita orang gerak ke gerai laksa pokok ketapang. Bila sampai kedai pun baru buka. Tapi dapat jugak makan laksa. Cuma rasa kurang sikit sebab kuah baru masak. Belum cukup-cukup sebati kot. Yg paling best, kopi ‘o’ kat sini memang sedap. Lain dari yg aku rasa selalu. Bila tanya pakcik tuan punya kedai, dia tunjuk paket kopi tu. Kopi ‘O’ Cap Motokar. Hehe..
Dari Balik Pulau, kita orang terus gerak balik ke KL. Tapi singgah Kuala Sepetang dulu untuk pekena mee udang yg famous tu. Kita orang exit Simpang Pulai dan rv dengan Md Faz di situ. Then terus ke restoren Mee Udang Mak Jah. Sedap jugak..
Selesai makan, perut pun dah kenyang, kita orang move balik. TQ pada Md Faz yg sudi join kita orang diseparuh jalan untuk makan mee udang ni.
Alhamdulillah, kita orang semua sampai rumah dengan selamatnya. Waiting for another ride, another day.
No comments:
Post a Comment