Thursday, August 11, 2011

VOG BUKA PUASA AT RES WADI HADRAMAWT 10AUG2011

SEMINGGU SEBELUM

Seseorang tiba-tiba bertanya kepada aku, apa yg seronoknya di bulan puasa ni selain dari menunaikan ibadah dan mencari keberkatan dan pahala dari ibadah yg dilaksanakan. Jawapan aku, berbuka puasa dengan orang yg kita sayang….keluarga, kekasih atau kawan-kawan yg kita sayang.. itulah seronoknya bulan puasa ni. Aku tak tau samada jawapan aku tu menepati kehendak soalan yg ditanya atau pun tak. Tapi itulah jawapan yg keluar dari mulut aku. Selepas 2-3 hari MF ajak aku buat event buka puasa untuk geng CVOG (Central VOG). Since aku dah selalu sangat up event, kali ni aku suruh MF je up kan invitation. Sebelum up event kita orang cari dulu restoren yg sesuai. Cari punya cari, kita orang setuju untuk berbuka di Restoran Wadi Hadramawt, masakan ala Yaman dan Arabic di Jalan Ampang KL. Buffet ramadan kat sini RM49.00. So, MF pun up invitation untuk event berbuka puasa ni. Seramai 21 orang bagi respon akan hadir.

SEHARI SEBELUM

Jam 1600hrs, aku dengan MF pegi ke Res Wadi ni untuk tengok tempat. Tempatnya okay cuma masalah yg timbul, parking space takde. So. selepas aku dan MF bincang-bincang dgn tauke dia, bila aku bagitau esok 20 bijik V nak datang buka puasa kat situ, terus tauke dia bagitau yg dia akan reserve space kat depan restoran untuk parking moto. Cantek…

HARI JADI

Pagi hujan turun dengan lebatnya. Sampai tengahari masih hujan. Aduh! Risau gak aku. Takut-takut sampai petang hujan tak stop. Alhamdulillah, jam 1400hrs hujan dah stop dan langit kembali cerah. Jam 1800 hrs, aku move dari rumah ke Res Wadi. Jalan cam biasa la….sentiasa jemm sebelah petang especially bulan-bulan puasa ni…ramai orang berebut untuk balik berbuka.

Jam 1830 hrs aku sampai di Wadi, tengok ramai yg dah sampai. Yg tak bagi nama untuk datang pun ada. Bagus-bagus. CVOG memang best. Sentiasa support event yg kawan-kawan buat. Tu yg buat aku sayang kat grup CVOG ni. Dan yg paling best Bro Mohd Norfadzly dari Temerloh pun sanggup datang untuk berbuka puasa bersama dan balik semula ke Temerloh. Wa cayalah sama lu bro..

Satu lagi yg aku perasan tentang geng VOG ni, bila ada benda baru kat moto je, semua pegi tengok. Bertanya, bagi pendapat etc.. Tu lah yg best VOG ni. Sentiasa perihatin dengan moto kawan-kawan…hehe..

ZAA tengah check kenapa top box HB Azim yg baru harum semerbak...

akhirnya ZAA dapat jawapannya.....

ZAA check pulak dari mana datangnya muzik dan lagu kat moto

rupanya datang dari speaker moto jihad...sambil ride dengar lagu tu....cayalah...

Semakin lewat petang semakin ramai yg datang. Keseluruhannya seramai 23 orang yg datang berbuka. 19 versys, 2 er6, 1 dtg dgn kereta dan 1 pillion.

Dan seperti biasa, CVOG ni takkan cukup korum kalau dua orang ni takde. Collin & Sukan. Dan yg best nya, Collin pun ikut berpuasa pada hari tu. Salute to you bro…

bro collin

bro sukan..

Selain dari dua orang ni, ada lagi dua orang yg menjadi perhatian sepanjang majlis berbuka ni. Dua kuntum bunga yg menjadi penyeri sepanjang majlis ni berlangsung. Patut la bro Bintang3 asyik cakap banyak je malam tu. Hihi….thanks to both of u yg sudi join dan memeriahkan majlis berbuka ni…..:)

JM & RZ

Makanan kat restoran ni memang sedap. Masakan Yaman dan Arab. Ada hummus, mandy, khabsa, madghut dan lain-lain lagi yg aku pun tak tau nak sebut. Dua round jugak la aku makan. Desert pun ada dan termasuk kopi. Tapi kopi dia kopi arab la. Kopi arab ni cam ada rasa campur buah pelaga je.. Anyway, aku minum habis secawan jugak…hihi..

Macam biasa, VOG ni memang meriah. Puasa ke, tak puasa ke, sama je. Havoc tetap havoc. Itu yg meriahnya VOG ni.

Selepas selesai berbuka, dan semua dah kenyang, kita orang pun move ke NZKLCC untuk tts sebab makanan buffet pun dah habis. Tapi sebelum move kita orang sempat amik gambar group foto.. Dan yg menariknya salah sorang pekerja Wadi pun join sama. Maybe kat kampong dia, dia pun bikers gak kut. Jadi rindu nak bergambar. Atau mungkin dia ingat gambar ni kaum kerabat dia kat kampong boleh tengok kut. Hihi..

Dan as usual, VOG ni memang camera friendly. Pantang nampak lens camera dihalakan, semua akan posing. Tu lah antara satu keunikan VOG ni. Keep it up guys…hihi..

ustaz shahril al islam dgn tuan tanah lemang raya....hihi

Selesai sesi fotografi, kita orang move ke NZKLCC untuk tts.. meninggalkan kenangan manis berbuka puasa kat Res. Wadi Hadramawt. Akan datang sini lagi? Insyallah…

Pics courtesy of bro Sukan7 & Bro Collin Toh. TQ bros..

Saturday, July 30, 2011

RIDE TO KUANTAN 30JUL2011

Kata orang, manusia hanya mampu merancang. Yang menentukan adalah Yang Maha Esa. Ada ketikanya apa yg kita rancang tidak menjadi kenyataan. Tetapi itu tidak bererti segalanya telah berakhir atau musnah. Setiap perkara yg terjadi dalam hidup kita ini ada sebabnya dan ada hikmahnya. Sama ada nak percaya atau tidak, terserah kepada diri masing-masing. Sebab segala-galanya adalah atas ketentuan Illahi jugak. Uiks…macam dah jadi ustaz la pulak aku ni. Cam nak bagi ceramah agama je. Hehehe ….Mungkin sebab mode Ramadhan dah nak masuk kut.

30 Julai 2011, aku merancang untuk kembara ke Cameron Highlands. Laluan yg aku rancang: Home – Tol Gombak – Sg Koyan – Cameron Highlands – Simpang Pulai – Tol Jalan Duta – Home. Plan untuk ride ni timbul bila aku dengan IM balik dari Bkt Fraser tempoh hari. Since kita dah nak berpuasa pada hari Isnin 1 Ogos 2011 ni, aku mengambil keputusan untuk ride ke Cameron Highlands pada hari ni. Invitation aku up kat wall FBVOG dengan rv di Stesen BHP selepas Tol Gombak.

Jam 0830 hs, aku sampai di tempat rv. Tengok yg dah sampai hanya WF seorang. Tengah breakfast kat dalam kedai mamak dalam stesen minyak tu. Lepas isi minyak, aku pun join in. Baru sekejap aku duduk, hujan dah turun. Lebat pulak tu. Kemudian sms masuk, member lain bagitau tersangkut sebab hujan lebat. Since kita orang pun takde nak mengejar apa-apa, aku pun bagitau yg nak join tu untuk take their time. Kalau hujan dah stop, baru move. Jangan rushing. Sambil minum kat situ, aku dapat jugak berkenalan dengan beberapa kawan baru. Geng bikers jugak. Geng Pielang, Harley dan jugak dari LBM. Rupanya ada konvoi ke Kuantan untuk eskot PM dan wife esok di sana. Patut la stesen BHP tu penuh dengan big bikes dari bermacam jenis dan size. Jugak penuh dengan Marshal-Marshal yg berjaket putih. Aku je yg bukan Marshal yg pakai jaket putih….huhu..

minum dulu kt bhp gombak sebelum move

muka-muka yg tension sbb tak boleh nak gerak.....hujan lebat...

Bila hujan dah kurang. Konvoi ke Kuantan tu pun move. Kita orang lepak-lepak dulu sebab tak nak tersangkut bersama konvoi dia orang. Sambil lepak-lepak tu, kita orang berbincang mengenai ride ke Cameron ni. Memandangkan keadaan cuaca yg kurang elok, termasuk hujan lebat dan jalan yg licin terutamanya jalan berbukit dan korner-korner ke Cameron, kita orang ambil keputusan untuk tukar destinasi perjalanan kami. Akhirnya Kuantan pulak yg menjadi destinasi. Lebih kurang jam 1130 hs, kita orang pun move. Aku mula-mula minta SR jadi leader, tapi SR tak nak. Dia suruh Ky jadi leader. Bila cakap Ky, jadi leader je, terus dia pecut. Terkebil-kebil semua orang. MF yg belum ready pun tak terkata apa. Bila kita ride langsung tak jumpa Ky ni. Jumpa pun kat pit-stop kt Hentian Temerloh.

Sampai Hentian Temerloh, kita orang stop untuk rest dulu. Kat sini pun kita orang berjumpa balik dengan Konvoi ke Kuantan tu. Sempat juga borak-borak dengan dia orang. Terutamanya dengan geng-geng LBM. Hahaha…

stop kat hentian temerloh untuk rest jap..

sempat lagi posing..

lepak sekejap...

WF tengah mandrem apa, aku pun tak tau...

ajib yg basah lencun dari gombak sampai temerloh....kesian...tapi dia steady..

30 minit selepas Konvoi ke Kuantan move, kita orang pun move. Tu pun Ky dah laju pergi dulu. Mentang-mentang jadi leader. Hehe…terus berdesup. Kita orang ride pun dengan kelajuan 160-170 km/j je. Dekat nak sampai Gambang, kita orang terserempak dengan Konvoi ke Kuantan ni. Terpaksa overtake dia orang sebab dia orang bawa dalam kelajuan 110-120 km/j je. Nasib baik ada Evo Peronda Lebuhraya yg eskot kita orang masa tu. Kalau tak sure geng-geng Marshal tu bengang kat kita orang. Tu pun masa aku tengok, muka dia orang masam je.

Sampai Kuantan, kita orang terus ke Teluk Cempedak. Konon nak lunch tepi pantai. Sampai Telok Cempedak, tengok orang ramai. Maklum la hari Sabtu. Situ pun memang tempat orang lepak-lepak dan bersantai. Menarik jugak kat situ. Sambil lunch dan lepak-lepak, beberapa geng VOG Kuantan datang teman dan borak-borak dengan kita orang. Amir yg mula-mula sampai. Then diikuti oleh Mr42 dan yg lain. Thank you Mr42, Abang Long and the geng…Ada masa Insyallah kita jumpa lagi..

v sampai telok cempedak...susun moto kasi cantek ...

central VOG at Telok Cempedak..

pantai telok cempedak...angin kuat tu...best..

pantai yg cantek..

mcD jugak untuk lunch....hahaha....

mini tts cum lunch dgn VOG Kuantan....(kita org je yg makan pun...huhu)

Jam 1730 hs, kita orang move ke Tanjong Lumpur untuk cari keropok lekor. Maklum lah, dah tak dapat nak bawak balik strawberry. Terpaksa ler ganti dengan keropok lekor dan sata ikan. Ada yg takut visa untuk next trip tak lulus kalau tak bawa balik buah tangan.. hehe..Apa pun terima kasih pada Mr42 dan Amir yg sudi eskot kita orang pegi beli keropok lekor dan satar ikan tu. Dari Tanjung Lumpur, kita orang stop sekejap untuk bergambar di Sg Kuantan.

refill before balik...

tapau keropok lekor & satar ikan.....

at kedai keropok lekor & satar ikan pak soh......hihi

KUANTAN ni..

bila time posing....

we at kuantan..

Dari tepi sungai tu, kita orang bergerak balik. Perjalanan balik dengan kelajuan average 150-160 km/j je. Sebab kalau boleh kita orang nak sampai kawasan Karak sebelum langit gelap memandangkan jalan situ gelap dan koner-koner. Bila sampai situ terdapat jalan yg baru berturap. Licin jugak.

Lebih kurang jam 2130 hs, kita orang sampai ke Hentian Gombak. Stop sekejap untuk minum dan rest. Aku sempat jugak makan mee soto. Lapar la bro. Selesai minum dan bersalaman, kita orang balik ke destinasi masing-masing.

Sepanjang perjalanan ini, ada 3 perkara yg aku pelajari bersama VOG ni. Yg pertamanya, memang semua VOG ni camera friendly. Pantang ada ruang untuk bergambar je, mesti posing. Termasuk la aku. Kalau tak percaya, ini buktinya….

WF

ayie..

aku pun sama..

wan arisi

macam-macam gaya.....

Perkara kedua yg aku sedar, setiap kali aku nak ambik gambar solo, mesti ada yg interfrem…aku pun tak tau kenapa? Dengki la tu…..hahaha….jangan marah bro….gue gurau je….Aku tak kisah pun kalau nak interfrem pun….yg penting, kita ada gambar sebagai kenang-kenangan kita…

interfrem 1.....cam dlm cite hantu je....huhu...

interfrem 2: yang ni ramai sikit yg interfrem....huhu....

interfrem 3.....cuba teka sapa...

Perkara terakhir yg aku pelajari dari perjalanan ni ialah, jangan sekali-sekali bagi VOG ride santai 110-120 km/j. Sebab kalau depa ride dengan kelajuan macam tu, macam-macam boleh berlaku. Silap-silap orang yg follow kat belakang boleh hilang fokus dan overshoot. Bahaya. Kalau nak tau apa bahaya dia, kena la follow ride dengan VOG dan tunggu bila depa ride santai 120 km/j tu. Aku tak nak citer…..hahaha…

Apa pun ride ke Kuantan yg tidak dirancang ni memang best. Macam aku cakap awal tadi, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Antaranya, kita tak dapat beli strawberry, tapi dapat pulak beli keropok lekor dan satar ikan. Hehehe….Actually hikmah yg penting sebenarnya, kita dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kita terutamanya dengan VOG Kuantan yg melayani kedatangan kami dengan baik sekali. Juga menjalin tali persahabatan dengan other bikers. Especially dengan LBM. Hihi…

Apa pun terima kasih kepada semua yg sudi join aku ride. T/kasih pada VOG Kuantan, i.e. Mr42 and the geng, T/kasih pada Evo Peronda Lebuhraya yg eskot kita orang, T/kasih pada pegawai Majlis Perbandaran Kuantan yg bagi kebenaran untuk letak V atas tempat yg orang lain tak boleh letak semata-mata untuk bagi kita orang ambik gambar. Dan jugak bagi kita parking kat tempat No Parking. Hehe….Apa pun bak kata WF..”Best Bro!”..Akhir sekali, Alhamdulillah sebab semua sampai rumah dengan selamat adanya.

Ky

ajib

wan arisi

WF

MF

ayie dengan gaya otomannya...hahaha

bro amir (VOG Kuantan)

MR42 (VOG Kuantan)

aku....