Thursday, August 11, 2011

VOG BUKA PUASA AT RES WADI HADRAMAWT 10AUG2011

SEMINGGU SEBELUM

Seseorang tiba-tiba bertanya kepada aku, apa yg seronoknya di bulan puasa ni selain dari menunaikan ibadah dan mencari keberkatan dan pahala dari ibadah yg dilaksanakan. Jawapan aku, berbuka puasa dengan orang yg kita sayang….keluarga, kekasih atau kawan-kawan yg kita sayang.. itulah seronoknya bulan puasa ni. Aku tak tau samada jawapan aku tu menepati kehendak soalan yg ditanya atau pun tak. Tapi itulah jawapan yg keluar dari mulut aku. Selepas 2-3 hari MF ajak aku buat event buka puasa untuk geng CVOG (Central VOG). Since aku dah selalu sangat up event, kali ni aku suruh MF je up kan invitation. Sebelum up event kita orang cari dulu restoren yg sesuai. Cari punya cari, kita orang setuju untuk berbuka di Restoran Wadi Hadramawt, masakan ala Yaman dan Arabic di Jalan Ampang KL. Buffet ramadan kat sini RM49.00. So, MF pun up invitation untuk event berbuka puasa ni. Seramai 21 orang bagi respon akan hadir.

SEHARI SEBELUM

Jam 1600hrs, aku dengan MF pegi ke Res Wadi ni untuk tengok tempat. Tempatnya okay cuma masalah yg timbul, parking space takde. So. selepas aku dan MF bincang-bincang dgn tauke dia, bila aku bagitau esok 20 bijik V nak datang buka puasa kat situ, terus tauke dia bagitau yg dia akan reserve space kat depan restoran untuk parking moto. Cantek…

HARI JADI

Pagi hujan turun dengan lebatnya. Sampai tengahari masih hujan. Aduh! Risau gak aku. Takut-takut sampai petang hujan tak stop. Alhamdulillah, jam 1400hrs hujan dah stop dan langit kembali cerah. Jam 1800 hrs, aku move dari rumah ke Res Wadi. Jalan cam biasa la….sentiasa jemm sebelah petang especially bulan-bulan puasa ni…ramai orang berebut untuk balik berbuka.

Jam 1830 hrs aku sampai di Wadi, tengok ramai yg dah sampai. Yg tak bagi nama untuk datang pun ada. Bagus-bagus. CVOG memang best. Sentiasa support event yg kawan-kawan buat. Tu yg buat aku sayang kat grup CVOG ni. Dan yg paling best Bro Mohd Norfadzly dari Temerloh pun sanggup datang untuk berbuka puasa bersama dan balik semula ke Temerloh. Wa cayalah sama lu bro..

Satu lagi yg aku perasan tentang geng VOG ni, bila ada benda baru kat moto je, semua pegi tengok. Bertanya, bagi pendapat etc.. Tu lah yg best VOG ni. Sentiasa perihatin dengan moto kawan-kawan…hehe..

ZAA tengah check kenapa top box HB Azim yg baru harum semerbak...

akhirnya ZAA dapat jawapannya.....

ZAA check pulak dari mana datangnya muzik dan lagu kat moto

rupanya datang dari speaker moto jihad...sambil ride dengar lagu tu....cayalah...

Semakin lewat petang semakin ramai yg datang. Keseluruhannya seramai 23 orang yg datang berbuka. 19 versys, 2 er6, 1 dtg dgn kereta dan 1 pillion.

Dan seperti biasa, CVOG ni takkan cukup korum kalau dua orang ni takde. Collin & Sukan. Dan yg best nya, Collin pun ikut berpuasa pada hari tu. Salute to you bro…

bro collin

bro sukan..

Selain dari dua orang ni, ada lagi dua orang yg menjadi perhatian sepanjang majlis berbuka ni. Dua kuntum bunga yg menjadi penyeri sepanjang majlis ni berlangsung. Patut la bro Bintang3 asyik cakap banyak je malam tu. Hihi….thanks to both of u yg sudi join dan memeriahkan majlis berbuka ni…..:)

JM & RZ

Makanan kat restoran ni memang sedap. Masakan Yaman dan Arab. Ada hummus, mandy, khabsa, madghut dan lain-lain lagi yg aku pun tak tau nak sebut. Dua round jugak la aku makan. Desert pun ada dan termasuk kopi. Tapi kopi dia kopi arab la. Kopi arab ni cam ada rasa campur buah pelaga je.. Anyway, aku minum habis secawan jugak…hihi..

Macam biasa, VOG ni memang meriah. Puasa ke, tak puasa ke, sama je. Havoc tetap havoc. Itu yg meriahnya VOG ni.

Selepas selesai berbuka, dan semua dah kenyang, kita orang pun move ke NZKLCC untuk tts sebab makanan buffet pun dah habis. Tapi sebelum move kita orang sempat amik gambar group foto.. Dan yg menariknya salah sorang pekerja Wadi pun join sama. Maybe kat kampong dia, dia pun bikers gak kut. Jadi rindu nak bergambar. Atau mungkin dia ingat gambar ni kaum kerabat dia kat kampong boleh tengok kut. Hihi..

Dan as usual, VOG ni memang camera friendly. Pantang nampak lens camera dihalakan, semua akan posing. Tu lah antara satu keunikan VOG ni. Keep it up guys…hihi..

ustaz shahril al islam dgn tuan tanah lemang raya....hihi

Selesai sesi fotografi, kita orang move ke NZKLCC untuk tts.. meninggalkan kenangan manis berbuka puasa kat Res. Wadi Hadramawt. Akan datang sini lagi? Insyallah…

Pics courtesy of bro Sukan7 & Bro Collin Toh. TQ bros..

No comments:

Post a Comment