Monday, July 18, 2011

RIDE TO BUKIT FRASER 16JUL2011

Hari ni 16 julai 2011, entah macam mana, tanpa dirancang, akhirnya aku sampai jugak ke Bukit Fraser. Sebenarnya dah lama aku teringin nak ride ke Bukit Fraser ni tapi asyik tak kesampaian je. Plan asal aku untuk weekend ni ialah ikut dia orang ke Betong, Thailand tapi tak jadi. So, tak tau nak pegi mana. Member VOG ada buat ride ke Temerloh, makan ikan patin. Tapi oleh sebab aku tak makan tempoyak (jangankan makan, bau tempoyak pun aku dah loya), aku tak dapat ler nak ride ikut dia orang. Plan B, IM ajak gi Cameron via Sg Koyan. Tapi disebabkan ada member aku nak ikut tapi minta pegi hari Ahad, maka tertangguh ler pulak plan ke Cameron. Last-last aku ajak IM pegi makan landak kat Restoren Selera Rimba je. Set RV kat tempat biasa Esso Tesco Selayang. Bila IM cakap okay, aku ajak la jugak 2-3 orang kengkawan yg lain tapi malangnya semua tak dapat nak ikot atas sebab-sebab yg tersendiri. Tinggal aku dengan IM je. Nak up invitation kat FB, aku takut mengganggu plan orang lain. So, carry on kami dua je..

Jam 1000 pg aku dah sampai kat Rv. Tunggu punya tunggu jam 1115 baru IM sampai. Lepas IM sampai, isi minyak dan kita orang pun move ke Tg Malim ikut jalan lama. Sampai Rasa, IM ajak stop jap sebab dia dah start pening. Tak breakfast katanya. Since dah dekat dengan KKB, aku ajak IM stop and breakfast kat warung jual cendol kat tepi jalan sebelum sampai Dataran KKB tu. So, kita orang stop and makan cendol & mee rebus dulu. Sedap jugak cendol kat sini. Masa tengah makan kat sinilah segala plan nak pegi makan landak berubah. Bincang punya bincang, last-last kita dua bersetuju untuk ke Bukit Fraser.

rv di esso selayang..

panas kat luar, lepak dulu kat dalam..

Selesai breakfast, kita orang pun move. Dari warong cendol tu, kita orang masuk ke pekan KKB dan terus ke Bukit Fraser. Dari pekan KKB ke Empangan Sg Chiling, jalan memang cantik dan luas. Kereta pun tak banyak. Aku dengan IM siap posing atas jalan raya lagi. Macam jalan ni bapak kami yg punye. Hehehe…

jalan yg luas & sunyi..

posing tepi jalan dulu..

sunyi je...tiada kesibukan lalu lintas..

jalan ini bapak aku yg punye...hehehe..

bapak aku yg punye jugak...hahaha...

Sampai di empangan, kita orang singgah sekejap. View kat sini memang marvelous. Cantek dan menenangkan. Kita orang pun tak nak lepaskan peluang untuk bergambar…

view yg cantek..

menenangkan...

cantek..

apa lagi, posing arr...

depan information center

v for versys...

Dari empangan, aku dan IM meneruskan perjalanan ke atas. Pemandangan sepanjang melalui empangan ini memang cantek dan mengasyikkan. Sejuk mata memandang…

ada pulau di tengah2 tasik..

posing jgn tak posing...

Perjalanan dari empangan ke GAP memang mencabar. Jalannya pun tak berapa elok. Di setengah-setengah tempat jalannya baru berturap. Masa lalu kat jalan yg baru diturap tu, batu-batu kecik berpelantingan. Takut jugak kalau-kalau termasuk dalam radiator. Maklum la, radiator aku takde radiator guard. Jalan ni selekohnya pendek-pendek dan tajam. Jalan tu pulak memang kecik. 2 way yg cukup-cukup untuk 2 kenderaan. Kalau overshoot memang bahaya. Belah kiri boleh masuk gaung. Dan yg paling bahaya, kenderaan yg turun dari atas pun laju2 dan overshoot ke jalan kita. 2 kali jugak la aku hampir-hampir bercium dengan lori treler yg turun dari atas. Lori tu dah la laju, overshoot lak tu. Nasib baik tak jadi apa-apa yg tak diingini. Alhamdulillah.

Sampai GAP, kita orang stop dan berposing lagi. Hehe… Cantik jugak kat sini pun. Ada bangunan Inggeris lama yg tengah renovate. Dari tahun 2009 sampai sekarang tak siap-siap. Tak tau kenapa…

bangunan yg tak siap2 renovate sejak tahun 2009

jalan sini ke bukit fraser

IM atas jambatan gantung..

yes..

Dari GAP kita orang move ke atas. Jalan ni pun masih corner-corner cuma jalannya agak elok sikit dan one way. Jadi tak perlu risau pasal kenderaan dari atas. Memandangkan tak banyak kereta yg naik jalan ni, kita orang sempat jugak posing atas jalan. Hehe..

jalan naik ke atas..

sempat lagi posing atas jalan..

relax abis...mentang2 takde kereta..

Akhirnya setelah 40km mengharungi pelbagai jenis selekoh dan jalan yg berbatu dan baru berturap, kita orang pun sampai kat atas. Rasa seronok pulak. Hilang rasa penat layan korner dan takut hampir-hampir dilanggar treler tadi. Dah sampai kat atas tu, apa lagi, posing time la..

akhirnya aku jejakkan kaki di Bukit Fraser dgn V ku..

2v dpn the famous clock tower

2 v dpn the famous clock tower (another shot)

me at the clock tower..

Selesai berposing kat tengah-tengah pekan Bukit Fraser ni, kita orang stop untuk makan dulu. Cari jugak sup tulang power kat sini macam yg member VOG cakap tu tapi takde pun. Tanya orang kat situ, depa pun tak penah dengar. Sure kena tipu. So, last kita orang makan kat Scott’s Restaurant kat sini. ..

menu scott's restaurant...

scott's restaurant

makan kat luar sambil menikmati pemandangan..

jom makan...

licin.....lapar rupanya selepas layan korner...huhu...

Scott’s Restaurant ni terletak betul-betul tengah town. Depan Kelab Golf. Bangunannya bangunan Inggeris yg lama. Memang old English style. Suasana kat dalam pun ala-ala lama. Termasuk toilet. Memang nampak cantik & menarik..

scott's restaurant

dalam restoren..

ruang menunggu...boleh jgk kalau nak makan kat sini...

Selesai makan, kita orang pusing-pusing pekan Bukit Fraser ni. Actually kat sini takde tarikan cam kat Genting Highlands or Cameron Highlands. Kat sini lebih kepada menikmati keindahan alam semulajadi di samping suasana yg nyaman dan sejuk. Aktiviti yg ada kat sini adalah jungle tracking, horse riding, golf, dan rest & relax sambil bersantai. Ada jugak air terjun kat sini tapi kita orang takde la pergi sampai sana. Maybe next time kut. Kebanyakan bangunan kat sini adalah bangunan-bangunan lama zaman Inggeris dulu. Bangunan-bangunan baru majoritinya adalah resort atau hotel…

pekan bukit fraser..

clock tower

klinik kesihatan..

balai polis..since 1919 tu..

post office

lagi pekan bukit fraser..

selamat datang..

fraser hill golf club..

Hampir 2 jam lebih kita orang pusing-pusing dan posing-posing kat atas Bukit Fraser ni, kita orang pun move untuk balik. Plan asal nak balik ikut Raub-Bentong- Hiway Karak tapi bila budak yg kerja kat gift shop tu cakap jalan teruk, kita orang pun ambik keputusan untuk balik ikut KKB jugak.

Perjalanan turun melalui jalan yg one way jugak sampai GAP. Ok sikit. Tak risau kalau-kalau overshoot dan bercium dengan kenderaan lain. Jalan pun sama. Banyak selekoh pendek-pendek. Sempat stop kat jambatan untuk posing walaupun gayat. Bawah jambatan tu memang gaung..

atas jambatan..

IM atas jambatan ...bawah gaung...

Sampai kat GAP, posing lagi. Hehe..

fraser's hill..

IM tengah cari angle yg cantik nak shoot..

my bike dah sampai Fraser's Hill..

jalan turun....one way..

mana nak pergi??

jalan ke raub..

jalan ke kl..

Dari GAP kami terus bertolak balik ke KL. Stop sekejap kat pekan Kuala Kubu Bharu untuk minum. Then terus balik melalui Batang Kali – Ulu Yam – Sg Tua – Bt Caves. Dan singgah makan mee rebus Hameed di Ulu Kelang. Dah lama tak makan mee rebus ni. Sedap.

pekena mee rebus dulu sebelum balik..

Walaupun sekejap je kat atas tu, bagi aku ianya satu pengalaman yg best. Dapat layan korner, dapat tengok pemandangan yg cantik, dapat bersantai dalam suasana yg nyaman dan segar. Dan yang penting dapat capture gambar-gambar yg cantik walaupun terpaksa guna kamera handphone je. Sebab dua-dua tak bawa kamera. Hehe…Next time kalau pegi mana-mana nak kena standby kamera dalam poket.

Last but not least, kalau ada peluang, aku nak revisited lagi Bukit Fraser ni. Insyallah..

Gambar-gambar lain…

sanctuary ikan kelah....terletak di antara KKB dan GAP..

sungai chiling

tourist information center kat empangan..

empangan..

hotel yg renovate tapi tak siap2

jambatan gantung at GAP

stop kejap sbb tuannya nak posing..

welcome to fraser's hill..

v at clock tower..

at clock tower..

No comments:

Post a Comment