Thursday, June 30, 2011

1st VOG RE-UNION 25JUN2011

Kehadapan ayahanda dan bonda yg berada di kampong semoga tika dan saat ini ayahanda dan bonda sihat sejahtera dan lindungi Allah swt selalu. Ayahanda dan bonda janganlah bimbang kerana anakanda dan keluarga di sini sihat-sihat selalu Cuma kekadang itu wallet anakanda je yg selalu kurang sihat. Faham-faham lah anakanda dok di kota metropolitan ini yg segalanya memerlukan duit. Sini tol sana tol, nak kencing pun kena bayar.

Anakanda jugak ingin memohon maaf kerana anakanda tidak dapat balik pada hujung minggu yg lalu iaitu pada 25hb Jun 2011. Ini adalah kerana anakanda telah menghadiri 1stRe-union Versys Owner’s Group (VOG) yg telah diadakan di Permaisuri Resort, Port Dickson,N/Sembilan selama 2 hari 1 malam. Kalau ayahanda dan bonda nak tau, VOG ni adalah kumpulan pemilik moto Kawasaki Versys, sama macam kumpulan moto Norton ayahanda dulu. Re-u ini telah dirancang sejak beberapa bulan yg lalu oleh bro shawal aka longman. Ada 3 pakej disediakan iaitu pakej A dan B yg melibatkan penginapan 1 malam + dinner + souvenir (2 tshirt + sticker) + tiket cabutan bertuah. Pakej C pulak ada semua kecuali penginapan 1 malam. Majoriti kengkawan anakanda yg tinggal di lembah kelang memilih pakej C memandangkan jarak antara KL – PD dekat sahaja, dan akan balik ke KL selepas habis dinner.

Perancangan untuk bertolak ke PD telah dibuat dan diselaraskan oleh bro bintang3 semasa anakanda dan kengkawan VOG tts di NZ KLCC pada hari rabu 22 jun 2011. Kami semua bersetuju untuk untuk rv di dua tempat iaitu di Shell selepas Plaza Tol Sg Besi (rv1) pada jam 1230 hrs dan Petronas RnR Seremban (rv2) jam 1300 hrs.

Pada hari yg dijanjikan, anakanda telah sampai di rv1 jam 1215 hrs. Semasa anakanda sampai, dah ada beberapa V yg dah pun sampai. Anakanda ingat anakanda yg awal sampai. Rupanya dah ada yg lagi awal. Mungkin depa lebih bersemangat dan tak sabar-sabar untuk ke PD kut. Selepas yg lain semua sampai, kita orang briefing sikit tentang perjalanan ni dan sebelum bertolak, bro lobai telah memimpin bacaan doa. Memohon agar perjalanan kita orang selamat hendaknya.

Jam 1245 hrs, kita orang berlepas ke rv2. Konvoi seramai 15 bijik V ni diketuai oleh bro ayie. Kali ni anakanda jadi last man pulak. Takut ada yg tertinggal kat belakang. Sampai di rv2, kita orang bergabung dengan grup yg dah ada disitu. Setelah berbincang, kita orang decided untuk pecah kepada 2 grup. Grup rv2 akan berlepas dulu dan selepas 10-15 minit, grup rv1 pulak akan berlepas. Selepas briefing oleh bro bintang3 dan bacaan doa, grup rv2 pun berlepas. Selepas 15 minit baru konvoi kita orang move ke PD.

Lebih kurang jam 1415 hrs, anakanda dan kumpulan sampai di Permaisuri Resort PD. Wah! memang seronok tengok banyak V yg parking kat situ. Macam-macam color. Tak sangka pulak ramai yg datang. Kalau ayahanda tengok pun mesti ayahanda rasa cam nak terus beli V sebijik. Hihi..Lepas parking moto, anakanda terus pegi register dulu.

Selepas register dan dapat goodies, anakanda sempat jugak berkenal-kenalan dengan rakan2 VOG yg datang dari tempat lain seperti mr42 yg datang dari Kuantan dan jugak rakan2 VOG dari Utara. Jam 1500 hrs, kita orang semua dijemput masuk ke dewan untuk menikmati hi-tea dan sesi beramah mesra. Semasa hi-tea ni, kita orang telah dipertontonkan dengan video2 dan gambar2 perjalanan dan achievement ahli2 VOG. Antara achivement yg dipertontonkan adalah kembara solo bro hadi hussein yg menunggang kapcai dari kl ke london. Huh….tengok video bro hadi lalu ikut lereng2 bukit pun buat anakanda rasa gayat. Memang anakanda salute la bro hadi ni. Tengok video dia, memang menjadi aspirasi dan cabaran untuk anakanda mencuba benda yg sama walaupun tak sampai london, maybe boleh sampai dekat2 kut. 4 nations ke. Insyallah. Montage Kembara ke Bumi Suci jugak dipertontonkan. Ikut cerita, kembara ke bumi suci ni pun akan ditayangkan di tv. Tapi anakanda tak ingat lak kat channel mana. Nanti kalau dah keluar kat tv, ayahanda dan bonda tengoklah ye. Sure teruja dengan pengalaman depa ni. Haa…sorang lagi selebriti yg datang adalah bro bintang3 sendiri. Dia pun pemegang Malaysia Book of Records, solo ride dari KL hingga ke sempadan China. Naik scooter lak. Hebat jugak moto buatan Malaysia ni ayahanda. Sampai London dan sampai China. Enjin tak rosak pun.

Selepas habis hi-tea, masing2 mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan kawan2 baru dan ada jugak yg ambil kesempatan untuk berjalan2 di sekitar Telok Kemang dan Port Dickson..

Selepas maghrib kita orang bersiap2 untuk dinner pulak. Anakanda bersyukur kerana kawan2 anakanda sudi menumpangkan bilik mereka untuk anakanda mandi dan bersiap. Kalau tak, terpaksa la anakande mandi dalam public toilet je. Kepada bro wan fazrul/wife, bro man/wife and bro sukan7/angie, thank you very much for your hospitality.

Dinner diadakan di dewan yg sama jugak. Semasa anakanda masuk dewan, anakanda tengok semua tempat dah penuh. Ramainya sungguh yg datang. Tak sangka jugak. Baguslah. Biarlah ukhwah dan persahabatan antara VOG ini akan bertambah erat selepas pertemuan ini.

Makanan yg disediakan memang best. Ada ayam panggang, gril beef, gril lamb, ketam goreng dan macam2 lagi. Hingga tak habis. Lepas makan, kita orang tengok slide presentation aktiviti VOG Central. Yg sediakan video tu bro zuhri. Tahniah bro. Video yg cantik. .

Selepas tengok video ni, anakanda dan kawan2 telah dihiburkan dengan show oleh Diva2 dari NS. Fuh! Memang meriah. Satu dewan riuh rendah dengan persembahan ni. Kawan2 anakanda pun ada yg meroyan bila tengok diva2 ni menyanyi dan menari. Hinggakan meja kita oranglah yg paling havoc sekali. Apapun ayahanda janganlah risau. Kesemua diva2 tu adalah paperdolls yg dijemput untuk memeriahkan malam tersebut. Memang meriah..

Selesai dinner, kita orang ambil gambar beramai2. Malang, masa dia orang ambil gambar ni, anakanda dan bro wan fazrul berada di luar tengah tengok-tengok moto. Bila anakanda masuk balik dalam dewan, tengok depa semua tengah bergambar. Anakanda dan bro wan fazrul sempat jugak menyelit last2 minit. Cuma sayang gambar yg dimasukkan dalam Kosmo dan Utusan Malaysia merupakan gambar yg tiada muka anakanda. Kalau tak, boleh ayahanda bawak Utusan dan Kosmo tu tunjuk kat satu kampong. Mesti orang kampong kita akan turut berbangga melihat muka anakanda ada dalam Kosmo dan Utusan..

KOSMO 29 JUN 2011

Selesai sesi fotografi, kita orang pun bersiap untuk balik. Tapi rasanya masih belum cukup beramah mesra. So, semua bersetuju untuk minum-minum dulu di Bt. 4 PD. Lepas minum baru kita orang berangkat pulang ke KL. Sampai di Hentian Seremban kita orang stop lagi. Bincang punya bincang, dari NZKLCC, Concorde, Bukit Bintang, last-last stop minum kat sini je. Lepas minum kita balik ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah, semua sampai rumah dengan selamat.

Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda, event ini antara event yg terbaik yg pernah anakanda hadiri. Memang best. Tahniah kepada bro shawal aka longman di atas penganjuran event ini. Tahniah jugak kepada semua VO (versys owner) yg hadir dan sama2 memeriahkan majlis ini disamping mengeratkankan tali persaudaraan dan persahabatan sesama kita. Anakanda harap persahabatan dan persaudaraan yg telah dibina dan dijalin ini akan terus berkekalan hingga selamanya.

Ayahanda dan bonda yg disayangi, rasanya dah banyak yg anakanda coretkan dalam warkah anakanda kali ini. Nanti anakanda akan cerita lagi perjalanan dan kembara anakanda untuk tatapan ayahanda dan bonda. Jadi bolehlah ayahanda ceritakan kepada cucu2 ayahanda dan juga kepada kawan2 ayahanda semasa ayahanda lepak-lepak minum kopi janda setiap kali habis solat Isyak di kampong.

Dengan ini izinkanlah anakanda mengundurkan diri dulu. Sampaikanlah salam anakanda kepada semua saudara-mara dan orang-orang kampong kita. Akan anakanda kirim warkah lagi kepada ayahanda dan bonda nanti.

Sekian. Wassalam.

Ikhlas dari

Anakanda yg jauh diperantauan.

1 comment:

  1. Assalam. Saya tengok-tengok gambar kat atas. Tahniah kerana berjaya tiba di destinasi. Amat bagus membacakan doa slamat sebelum memulakan perjalanan. Tapi yang mushkil, ada jugak diselitkan program dimana tarian, mungkin juga joget lambak. Pakaian kakak berbaju hitam tu pulak, masyaallah, terbonjol buah dadanya. Teguran saya, di masa hadapan lebih elok kiranya tidak campurkan yang haram dengan yang sunat (berdoa). Itu saja. Maaf ya!

    ReplyDelete