Friday, September 30, 2011

VOG IRING YAB PM DI MAEPS 29 SEPT 2011

Kata orang sesuatu yg tak disangka seringkali mendatangi kita. Itukah suratan atau itukah kebetulan? Tak siapa yg tahu mana satu jawabnya.

29 Sep 2011, VOG telah dijemput untuk mengiringi YAB Perdana Menteri Malaysia untuk ke satu majlis hari raya di MAEPS, Serdang. Pada asalnya hanya 20 biji moto diperlukan. Tapi memandangkan ramai VOGians yg berminat dan bersemangat untuk join, Bro Mazlan aka Bintang3 telah berbincang dengan pihak penganjur dan akhirnya seramai 39 orang pemilik Versys telah diberi kebenaran untuk mengiringi YAB PM di majlis tersebut.

Kita orang berkumpul di Stesen Shell selepas Tol Sg Besi pada jam 6.00 ptg. Di sini, VOG akan bergabung dengan NBDC dan Kelab Triton untuk iring PM..

Selepas taklimat oleh Bro Mazlan, kita orang move ke MAEPS untuk tunggu arahan lanjut untuk iring PM. Sampai MAEPS tengok punye ler ramai jemputan yg datang. Berbas-bas. Dalam hati aku, memang takde chance la nak makan kalau dah ramai macam ni. Apa pun, kita orang posing dulu…

Jam 7.45 mlm kita orang dah on the bike untuk ke pintu masuk MAEPS. Sebab arahan terkini kita orang dikehendaki eskot PM dari pintu masuk MAEPS ke dewan tempat function. Jam 8.40 mlm PM sampai dan terus masuk ke MAEPS. Kita orang, NBDC dan Triton owner follow kereta PM ke dewan tersebut. Selepas PM dah masuk ke dewan jamuan, kita orang rest sekejap dan kemudiannya move untuk pergi TTS kat tempat lain. TTS kali ni kat Bukit Bintang Bistro kat depan Bukit Bintang Plaza. Saja pilih lokasi ini untuk rehat & dengar live band. Sampai je, semua order makanan sebab perut dah lapar sangat-sangat. Lepas makan relax dan dengar lagu.

Selepas jam 12 mlm kita orang pun balik. Walaupun ride ni tak seperti yg diharapkan, Namun semua VOGians tetap enjoy. Yg penting kita orang semua dapat bersama-sama, lepak, bergurau senda & bergelak ketawa. Apa pun, VOG tetap best..

Monday, September 26, 2011

JAMUAN RAYA FB CERITO NOGORI 9 @ PD 25SEP2011

Salam. Kali ni den nak cerito pasal ride ke Port Dickson pado 25 Sep 2011 yg lalu. Biaso la, dah event buek kat nogori kan, den pun kono la cakap ala-ala nogori jugak. Tapi kalau ado yg tak faham tu jangan la marah yo. Sobab den sendiri pun tak faham. Hehe…Laie pun den bukannyo orang nogori. Den ni orang utaro.

Kita orang rv di Mc D sebelum plaza tol Sg Besi. Masa den sampai cuma ada Sis Deida and Sis Mai je. Then datang Otoman. Kita orang minum-minum kejap dan move. Jumpa IM di Hentian Nilai dan terus move ke PD. Before masuk tol ke PD, kita orang rv di shell mambau tunggu En Hisham dari Tourism N9 sampai.

rv shell mambau..

parking moto kasi elok dulu..

Di shell ni kita orang bergabung dengan grup dari MSC (Malaysian Scooter Club). Depa pun kepala best. So, di sini ada 4 versys dan 8 scoot kut. Den pun tak berapa ingat. Bila En Hisham sampai, kita orang move terus ke Golden Straits Villa Resort di PD. Sampai sana tengok moto dah banyak. Majoriti scrambler. Bila kita orang sampai, versys la yg paling besar sekali. Jadi tumpuan la jugak. Hehe.. Sementara menunggu MB sampai, kita orang posing dulu.

Bila MB sampai, kita orang pun beratur untuk bersalaman dengan dia, then masuk ke dewan untuk makan. Ramai orang yg datang sampai penuh dewan. Tempat duduk pun full. Nasib baik ada makcik-makcik & akak-akak dari Jab. Perpaduan yg baik hati panggil kita orang ddudk kat meja dia orang. Terima kasih ye akak-akak semua. Macam biasa, function bermula dengan ucapan dan ucapan. Tapi lepas makan kita orang dipanggil gak untuk bergambar dengan MB. Sebelum tu masa kat luar pun dah bergambar. Hehe…

Habis function klat sini, kita orang move ke Telok Kemang untuk minum-minum. Macam biasa bila kehadiran moto banyak-banyak ni, memang jadi tumpuan ramai orang.

Telok Kemang memang pantai yg cantik. Lagi pun hari tu hari Sabtu. So ramailah orang yg datang mandi manda dan berpiknik di sini.

Dari Telok Kemang kita orang move balik ke KL. Singgah dinner kat RnR Seremban.

Satu pengalaman yg menarik walaupun hanya 4 je V yg hadir. Kalau boleh dapat 10 or 20 V yg datang, sure gempak habis GSV tu. Apa pun terima kasih pada IM, Otoman, Fadzly & Azim yg sudi join kita orang. Terima kasih jugak pada Sis Deida yg sudi menjomput den dan kengkawan. Dapek jugak den bersalam dongan Dato MB. Bukan sonang nak salam dan bergambar dengan dia. Hehe..

Alhamdulillah, semua jugak selamat sampai rumah dengan selamat tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini.