Friday, September 30, 2011

VOG IRING YAB PM DI MAEPS 29 SEPT 2011

Kata orang sesuatu yg tak disangka seringkali mendatangi kita. Itukah suratan atau itukah kebetulan? Tak siapa yg tahu mana satu jawabnya.

29 Sep 2011, VOG telah dijemput untuk mengiringi YAB Perdana Menteri Malaysia untuk ke satu majlis hari raya di MAEPS, Serdang. Pada asalnya hanya 20 biji moto diperlukan. Tapi memandangkan ramai VOGians yg berminat dan bersemangat untuk join, Bro Mazlan aka Bintang3 telah berbincang dengan pihak penganjur dan akhirnya seramai 39 orang pemilik Versys telah diberi kebenaran untuk mengiringi YAB PM di majlis tersebut.

Kita orang berkumpul di Stesen Shell selepas Tol Sg Besi pada jam 6.00 ptg. Di sini, VOG akan bergabung dengan NBDC dan Kelab Triton untuk iring PM..

Selepas taklimat oleh Bro Mazlan, kita orang move ke MAEPS untuk tunggu arahan lanjut untuk iring PM. Sampai MAEPS tengok punye ler ramai jemputan yg datang. Berbas-bas. Dalam hati aku, memang takde chance la nak makan kalau dah ramai macam ni. Apa pun, kita orang posing dulu…

Jam 7.45 mlm kita orang dah on the bike untuk ke pintu masuk MAEPS. Sebab arahan terkini kita orang dikehendaki eskot PM dari pintu masuk MAEPS ke dewan tempat function. Jam 8.40 mlm PM sampai dan terus masuk ke MAEPS. Kita orang, NBDC dan Triton owner follow kereta PM ke dewan tersebut. Selepas PM dah masuk ke dewan jamuan, kita orang rest sekejap dan kemudiannya move untuk pergi TTS kat tempat lain. TTS kali ni kat Bukit Bintang Bistro kat depan Bukit Bintang Plaza. Saja pilih lokasi ini untuk rehat & dengar live band. Sampai je, semua order makanan sebab perut dah lapar sangat-sangat. Lepas makan relax dan dengar lagu.

Selepas jam 12 mlm kita orang pun balik. Walaupun ride ni tak seperti yg diharapkan, Namun semua VOGians tetap enjoy. Yg penting kita orang semua dapat bersama-sama, lepak, bergurau senda & bergelak ketawa. Apa pun, VOG tetap best..

No comments:

Post a Comment