Salam. Rasanya dah lama aku tak update blog Kembara Kuda Besi ni. Kenapa dan mengapa, aku pun tak tau. Mungkin sebab takde bahan kut. Or mungkin sebab asyik sibuk dengan tts yg tak habis-habis. Atau mungkin jugak sebab dah mula terasa malas kut. Kata orang kalau lama-lama tak menulis, nanti skil menulis akan hilang. Atau idea akan mati. Betul ke? Entahlah. Aku pun tak tahu.
Kali ni aku nak cerita pasal CVOG yg ‘jiwa kacau’ di Flag-off Dinner Kembara 1Malaysia yg berlangsung di PWTC pada malam 1 September 2011 yg lalu. Invitation untuk dinner ni datang dari Bro Azim dan meja VOG ditaja oleh TWG. Terima kasih kepada kedua-dua insan yg baik hati ini..
1800-1930 hrs (16 Sept 2011)
Kita orang rv di McD Jalan Pahang. Keadaan cuaca pada ketika tu memang tak menarik. Sekejap hujan, sekejap tidak. Jam 1730 hrs aku dah berlepas dari rumah. Tu pun sebab aku tengok langit dah gelap semacam je. So, sebelum hujan turun, aku harap dapat sampai rv. Bila aku sampai, tengok Utoman dah ada. Park moto je, hujan pun turun. So, apa lagi, masuk mcD la. Sementara tunggu yg lain sampai, sempat minum-minum dulu. Jam 1900 hrs, 9 orang dah sampai kecuali sorang je. Jam 1930hrs kita orang move ke PWTC.
2000-2300hrs (16 Sept 2011)
Sampai PWTC dan parking moto cantik-cantik. Then masuk dan duduk di meja. Aturcara majlis, macam majlis rasmi yg lain. Ucapan, ucapan & ucapan. Ucapan perasmian oleh DYMM Sultan Johor.
Lepas ucapan, makan time. Memang CVOG ni semua geng huru-hara. Selesai doa makan je, semua berebut-rebut ambik makan. Sekejap je nasi dan lauk licin. Memang takde sivik langsung. Hahaha….Kesian kat bro Aidil. Terpaksa tunggu waiter hantar nasi.
Dalam semua meja-meja bikers yg ada, meja kita orang la yg paling havoc sekali. Paling meriah dan paling huru-hara. Sambil makan kita orang dihiburkan oleh adik Afiq (Idola Kecil), Jaclyn Victor, Nash & Siti Nurhaliza. Kita orang siap sama menyanyi dan berhibur hati. Sampai ada LB meja sebelah yg asyik dok menggedik je sebelah meja kita orang. Wakaka…
Selesai makan. kita orang bergambar-gambar dengan rakan-rakan bikers yg ada..
Tak sangka pulak ramai jugak selebriti yg datang. Sempat ler jugak kita orang bergambar dengan selebriti-selebriti ni…
Selesai makan, kita orang ke luar untuk tengok flag-off. Yg menariknya, tiba-tiba pelakon Jue Aziz datang untuk interview kita orang untuk liputan program kembara ni. Tak sangka tiba-tiba dia orang nak interview VOG. Pasni popular la kut VOG. Cayalah..
2300-2400 hrs (16 Sept 2011)
Selepas selesai peserta kembara beredar dan interview pun dah habis, kita orang pun move ke NZ KLCC untuk minum-minum. Cuaca pun still tak berapa elok. Masih gerimis. So, kat NZ lepak kat ruang dalam je. Pemandangan memang menarik. Membuatkan kita orang jadi semakin jiwa kacau.
0030-0200 hrs (17 Sept 2011)
Memandangkan semua semakin jiwa kacau, Bro WanF ajak kita orang lepak kat Traders Hotel. So, tanpa buang masa, kita orang move ke sana. Parking kat basement, dan move ke tingkat 6 untuk simpan gears. Dari tingkat 6, kita orang naik ke tingkat 33 ke Skybar. Menarik jugak kat sini. Set up dia menarik. Tengah-tengah ada swimming pool. Kalau buat wet party or pool party memang sesuai. Hahaha…
Hanging out dengan CVOG yg baru mendapat gelaran GJK adalah yg terbaek. Riuh rendah, huru-hara, happy go-lucky itu lah yg membuat keadaan tu menjadi seronok dan lively. Hinggakan ada kamera yg datang merakam kita orang semasa kita orang riuh-rendah waktu dinner tadi. Tu pun, hanya meja kita orang yg paling happening sekali. Meja lain semua senyap je. CVOG GJK terbaek..
Apapun terima kasih kepada Bro Azim yg sudi mengajak dan menjemput kita orang ke dinner tersebut. Terima kasih kepada Bro Azman Baharudin (tauke TWG) yg sudi menaja meja untuk kita orang. Terima kasih kepada Bro WanF yg sudi open table di Skybar Hotel Traders…..Lastly, bak seperti yg selalu dikatakan oleh Bro WanF……Best Bro!!!
No comments:
Post a Comment