Day: 5
Date: 10 Okt 2011
Route: Dannok – Bkt Kayu Hitam – Chuping – Padang Besar – Kangar – Kuala Perlis – Simpang Ampat – Air Hitam – Alor Setar – Butterworth – Georgetown
Distance: 250 km.
Hari ke 5. Jam 0900 hs semua dah bangun. So, apa lagi, cari breakfast la. Nasib baik Dannok ni masih banyak orang Muslim. Nak cari makanan halal memang takde masalah. Dari hotel, kita orang berjalan kaki ke kedai makan kat jalan utama. Dah lama jugak aku tak breakfast kat Dannok ni. Dulu masa aku keja dekat sini, memang hari-hari breakfast kat dalam Thailand. Bukan sebab sedap, sebab bangun lewat, makan kat mes dah takde. Hehe.. Since dah kat Thailand, breakfast pun ala-ala orang Thai jugak la. Masing-masing order pulut. Pulut ayam dan pulut durian. Itu round pertama. Dah habis round pertama, order lagi untuk round kedua. Terkejut makcik tuan kedai ni. Dua tiga kali jugak la dia tanya. Hehe…geng VOG ni kuat makan ke?
Lepas makan, MF balik ke bilik sebab perut sakit. Biasala lepas makan. Aku, IM dan UM pegi ronda-ronda kat tempat jual barang-barang. Sempat jugak jumpa kawan lama aku yg berniaga jual baju kat situ. 12 tahun jugak la tak jumpa. Tak sangka dia masih ingat kat aku. Siap cerita kat IM dan UM pasal sejarah aku masa keja kat sana. Dalam kenangan……hihihi…
Selepas check-out, kita orang pun move. Meninggalkan bumi Dannok yg 12 tahun lalu pernah menjadi tempat lepak aku setiap hari. Dulu ramai kawan-kawan Siam aku kat sini. Drebar teksi, ulat moto, tokey kedai, bouncer, termasuk kepala gengster nama Adom. Tapi Adom pun dah mati kena tembak. Kalau dia masih hidup rasa aku, tentu dah jadi kepala gengster yg lebih besar kut. Apa pun, masa merubah segalanya. Kawan-kawan aku pun dah tak nampak muka kat pekan Dannok ni. Maybe dah mati kut macam Adom, atau dah pindah ke tempat lain. Yg ada lagi pun cuma sorang dua yg masih jual baju kat sini. Seronok jugak dapat jumpa kawan lama.
Kita orang keluar dari Dannok dan move ke Chuping. Chuping ni tempat orang tanam tebu gula. Sampai sekarang masih ada lagi ladang tebu dan kilang tebu di Chuping ni. Chuping jugak tempat yg paling panas di Malaysia. Jalan ke Chuping ni kiri kanannya pokok tebu. Memang satu pemandangan yg cantik. Especially bila tengok jalan yg lurus di penghujungnya gunung dan di kiri kanannya pokok tebu yg menghijau. Terpana aku seketika. Sayang tak sempat nak ambik gambar.
Dari kawasan terpanas di Malaysia, kita orang move ke Padang Besar. Belum pun sampai dah kena hujan. Plan asal nak lunch kat sini tapi tak jadi sebab hujan. So, selepas perbincangan kita orang bersetuju untuk lunch di Kuala Perlis.
On the way ke Kuala Perlis, kita orang singgah sekejap kat tepi Empangan Timah Tasoh. Nasib baik masa tu hujan dah stop. Dapat jugak ambik gambar. Memang cantik pemandangan kat empangan ni. Dari sini kita orang masuk pekan Kangar dan terus ke Kuala Perlis.
Sampai di Kuala Perlis, kita orang bergambar sekejap dan kemudian mencari restoren laksa kuala yg popular tu. Dua tempat kita orang pegi, dua-dua tutup. Malang betol la. Masa kat traffic light, sempat tanya budak pompuan yg naik moto sebelah kita orang. Dia cakap ada kedai laksa yg sedap. Nama D’Adna. Bila tanya kat mana, budak-budak tu suruh kita orang follow. So, kita orang pun ikut sampai ke kedai. Terima kasih adik ye…. Sampai kat kedai, apa lagi, perut pun dah lapar, sorang 2 mangkuk jugak la kita orang bedal. Sedap laksa dia.
Dah kenyang, kita orang pun move. Kali ni lalu ikut jln Sb Bharu ke Simpang Ampat. Lalu tepi jalan tepi pantai. Cantik jugak pemandangan kat sini. Petang-petang jadi tempat dating kut. Hihihi…
Dari Sg Bharu, kita orang move terus ke Simpang Ampat, masuk Air Hitam danterus ke Alor Setar. Kalau ikutkan plan asal, kita orang nak lalu Kuala Muda tapi since Geng NVOG dah tunggu kat Butterworth, kita orang decided untuk masuk hiway dan terus ke sana. Sampai Alor Setar time orang tengah balik keja. Aduh…..jamm. Tapi berjaya jugak mengharungi jamm, masuk hiway dan terus pecut ke Butterworth. Sampai di Butterworth, kita orang ke Restoren Subaidah Jln Chain Ferry untuk minum-minum dengan NVOG. Terima kasih pada bro Fazrul, bro Nik Saifudean, bro Samsul Azly, bro Falcon Lee, sapa lagi ek? Sorry dah tak ingat. Apa pun tq kepada NVOG yg sudi tunggu dan belanja kita orang minum. You guys terbaek…
Kita orang sambung perjalanan ke Pulau Pinang. Kali ni naik feri. Dah lama aku tak bawak moto naik feri. Last tahun 1991 kut. Masa bawak rxz dulu. Naik feri malam banyak pulak moto. Sampai tak dapat nak berjalan-jalan dan posing atas feri. Hihihi…
Atas feri, member call bagitau dia dah book hotel. Hotel Garden Inn. Aku pun tak tau hotel ni kat mana. So, pasang GPS la apa lagi. Sampai hotel tu, semua tak berapa berkenan pulak. Sebab agak jauh dari Gurney Drive. Kalau boleh nak dok area situ. So, pusing tanya 2-3 hotal, banyak yg penuh. Last-last kita orang check-in kat satu hotel yg baru buka. Hotel Georgetown. Memang cantik hotel ni. Bersih dan baru. 1 bilik twin baru rm100. So, kita orang kongsi 1 bilik 2 orang. Lepas mandi and refresh, kita orang keluar makan. Member aku datang ambik dengan van. Tq Tahir.. Lepas makan, ronda-ronda sekejap dan balik tido…
No comments:
Post a Comment