Sunday, April 8, 2012

SANTAI RIDE KUALA SELANGOR- SABAK BERNAM- TELOK INTAN- KL 11 MAC 2012

Ride kali ni tak dirancang pun. Sebenarnya dah lama aku plan nak lalu jalan Kuala Selangor – Sabak Bernam – Telok Intan ni. That’s why masa design route Kembara Rentas Desa 1, aku set jalan tu. Tapi penghujungnya, aku pulak yg tak dapat nak ride.

So bila ada time free ni, aku plan nak ride ke Kuala Selangor- Sabak Bernam- Telok Intan. Bagitau a few friends, dia orang nak join. Cantekk.

Rv di Esso Jalan Kuching depan Tesco Selayang tu. Situ pun memang port rv big bikes ni. Selalu yg nak layan koner la…samada yg nak ke Genting atau yg lalu Ilu Yam. Kul 0830 hrs aku dah sampai rv..

Dari tempat rv, kita orang move ke Kuala Selangor via Lebuhraya KL-K/Selangor yg baru buka tu. Ok jugak hiway ni. Sekejap je dah sampai Kuala Selangor. Yg follow kali ni.. Ayie, Amri, Kamal & Azuna (+ their daughter), Khairol + wife & Utoman.

Sampai K/Selangor, kita orang breakfast dulu..

Lepas breakfast, apa lagi, pusing-pusing sekitar Bukit Melawati untuk sesi fotografi. Hehe..

Selepas sesi bergambar sekitar kawasan Bukit Melawati tu, kita orang bergerak ke Sabak Bernam. Pitstop seterusnya ialah Pantai BNO kat Sabak Bernam. Masa nak gerak, Ayie terpaksa pisah dari grup sebab dia terpaksa balik. Ada urusan yg perlu diselesaikan. On the way, kita orang singgah di kawasan sawah padi Tanjong Karang untuk bergambar. Sayang padi baru nak semai. Kalau padi tengah menghijau atau menguning, memang cantik..

Dalam perjalanan, kita orang singgah makan mentarang di gerai tepi jalan. Kalau tak silap kat Tanjong Karang jugak. 3 jenis mentarang yg kita orang makan. Sup, goreng tepung dan bakar. Aku prefer yg bakar. Ada rasa mentarang dan manis manis sikit. Apa pun terima kasih pada bro Kamal yg sudi belanja kita orang makan mentarang ni..

peminat V bergambar dgn moto..

peminat V bergambar dgn tuan-tuan punya moto..

hidangan siput mentarang..

mentarang goreng tepung

sup mentarang

mentarang bakar

makan time

Dari gerai siput mentarang ni, kita orang gerak ke Sabak Bernam. Destinasi Pantai Bagan Nakhoda Omar. Semasa on the way tu, ternampak gerai cendol durian. Adoii…perut pun masih kenyang dengan mentarang. Baru je pulak makan tu. Kalau dah lama sikit tadi mau jugak singgah pekena cendok durian kat situ. Next time kut..

Sampai Pantai BNO, kita orang lepak-lepak dulu. Rehat jap. Cuaca pun agak panas. Kat sini popular mee udang. Tapi since semua masih kenyang dengan mentarang, tak de sapa pun yg makan. Next trip boleh kut..

pose untuk kulit album duet terbaek..

happy family..

minum dulu...

Kita orang seterusnya meneruskan perjalanan ke Telok Intan. Kali ni Amri pulak yg pisah kat sini. Terpaksa balik rumah kerana ada perkara yg perlu dibereskan. So aku, Kamal, Azuna, Utoman dan Khairul meneruskan perjalanan ke Teluk Intan. Perjalanan okay cuma jalan agak bumpy di beberapa tempat. Kita orang pun tak laju. Ride santai je. Lebih kurang jam 1430 hrs kita orang sampai di Jam Condong Teluk Intan. Apa lagi, posing time..

Perjalanan kita orang diteruskan ke rumah ayah bro Khairul. On the way, kita orang disirami oleh hujan yg lebat. Basah kuyup la. Tapi perjalanan tetap diteruskan. Sampai rumah ayah bro Khairul, tengok makanan dah siap. Rupanya dia dah call awal-awal. Alhamdulillah, perut pun dah lapar, sejuk lagi. Memang tengah kelaparan. la. Terima kasih bro Khairul.

Bila hujan dah stop, perut pun dah kenyang, rehat pun dah cukup, kita orang meneruskan perjalanan untuk balik ke KL. Kali ni kita orang ikut jalan baru yg terus menghala ke Sungkai tanpa melalui Bidor. Ok jugak jalan ni. Sempat jugak singgah posing-posing kat tepi tasik. Tak tau tasik apa tapi view agak cantik.

khairol & wife

zuna & hubby

alyssa bakal lady bikers tegar..

Selesai posing, kita orang meneruskan perjalanan balik. Dari tasik ni kita orang terus ke Sungkai dan masuk lebuhraya PLUS dari Sungkai. Singgah sebentar di RnR Hulu Bernam untuk rehat seketika dan sambung perjalanan pulang. Alhamdulillah semua riders telah sampai rumah dengan selamat. Tahniah ke pada Alyssa yg sangat-sangat bersemangat untuk ride bersama dan berjaya mengharungi panas dan hujan lebat sepanjang ride ini. Besar esok confirm jadi rider tegar macam mummy dia. Terbaek…hehehe..

Apa pun trip kali memang best. Sebab ride pun santai je, Then singgah makan and makan. Dan yg penting, tiada kejadian yg tak diingin dan semua selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah. So until kita berjumpa lagi…… lets on the bike!!

1 comment:

  1. Ye la..jalan dari sabak bernam ke Teluk Intan memang terukkan...takut pun ada..memang tak boleh laju... enjoy tengok ur ride dan makan2...

    ReplyDelete