Tuesday, April 10, 2012

RIDE UDANG GALAH KUALA ROMPIN 07 APRIL 2012


Plan nak ride pegi makan udang galah ni dah lama sebenarnya. Tapi asyik tak jadi je. Last-last, bila ad-hoc pulak yg jadi. Sebenarnya aku dah penah singgah makan udang galah di sini semasa Kembara 1Malaya yg lalu ( http://kudin22.wordpress.com/2011/10/24/kembara-1malaya-3rd-day-tg-balau-kuala-terengganu-09okt2011/ ). Singgah makan udang galah kat Leban Chondong. Smoke yg belanja masa tu. TQ Smoke.
So kali ni lepas a few ad-hoc discussion, we decided untuk pegi makan udang galah kat Leban Chondong ni. Rv kat RnR Beranang @ 0700 hrs. Bila aku sampai, takde sapa pun. Sunyi je. Yg ada cuma seorang guard je. Tu pun jam 0800 hrs dia balik. Tinggal aku sorang-sorang kat situ. Menakutkan jugak sebab sorang pun takde. Bahaya..
Dari tempat rv kita orang gerak ke Seremban melalui Hiway LEKAS. Singgah breakfast kat Kuala Pilah. Sejam jugak la breakfast. Haha.. Sebab asyik borak je..

stop kat kolo pilah..
Selesai breakfast, kita orang bergerak ke Bahau – Bdr Muadzam Shah untuk rv dengan M. Syahrulnizam dan Wan Zack. Dari situ akan bergerak ke Kg Leban Chondong.
Bila semua dah ready, kita orang sambung perjalanan ke Kg Leban Chondong. Perjalanan kali ni kurang menarik sikit sebab lalu kawasan ladang kelapa sawit je. Tak macam perjalanan dari Kuala Pilah ke Bahau yg lalu kawasan kampong.
Sampai je Kg Leban Chondong, terus ke Medan Selera. Maybe sebab semua dah kelaparan kut. Terus order dan menikmati kelazatan udang galah. Hilang rasa penat ride tadi. Hehe..

menunggu hidangan udang galah..

udang galah masak tomato..
Alhamdulillah. Kenyang. Hehe.. Sedap punya pasal, ada jugak yg tapau bawak balik termasuk ler aku. Selepas makan, cam biasalah, posing dulu..
Dari medan selera, kita orang pusing-pusing cari udang galah yg belum dimasak untuk dibawak balik.. Rupanya bekalan tak banyak. Tapi sempat ler jugak beli sebelum habis.
 
 

penangan VOG.. sampai habis udang galah..
Dari Kg Leban Chondong, kita orang bergerak balik ke KL. Singgah sebentar untuk minum petang di Bdr Muadzam Shah. Tima kasih bro Syahrulnizam belanja kita orang minum petang. Moga dimurahkan rezeki.

singgah minum petang di bdr muadzam shah..

refuel di petronas bdr muadzam shah sebelum bertolak balik..
 Kita seterusnya bertolak balik ke KL. Singgah sebentar untuk minum dan rest di Kuala Pilah sebelum meneruskan perjalanan untuk balik ke KL.
Alhamdulillah, semua selamat sampai ke rumah masing-masing dengan perasaan puas dapat menikmati hidangan udang galah yg lazat. Insyallah ada rezeki, kita pergi lagi.

1 comment:

  1. Nice blog...

    Koleksi makan best kat Pahang versi saya...

    http://penang-halal-food.blogspot.com/search/label/Pahang

    ReplyDelete