Monday, June 18, 2012

RIDE TO MUAR 16 JUN 2012


Ride kali ni pun ad-hoc plan jugak. Last minit baru bagitau.Nasib baik aku free. Takde program. So, on je lah. Lagipun dah dekat nak bulan puasa. Boleh beli perencah mee bandung Muar Adami yg famous tu.
Malam sebelum bertolak, dapat berita ayahanda Black aka Q, telah kembali ke rahmatullah dan jenazah telah dibawak balik ke Kuala Pilah untuk dikebumi disana. Al-Fatihah. Ayah dia mengidap kanser. Selepas sedikit perbincangan, kita orang decided untuk ziarah jenazah dulu then baru ke Muar.
So jam 0700 hrs, kita orang rv kat plaza tol Kajang Selatan dan move ke Kuala Pilah untuk breakfast dulu. Masa breakfast tu nampak geng-geng Endurance Ride lalu dengan lajunya. Dia orang tengah training endurance sebagai persiapan. Safe ride bro.
tunggu yg lain sampai..
sedikit perbincangan..
singgah petronas selepas LEKAS, tunggu lagi 2 orang
Selepas breakfast, kita orang terus ke rumah Black. Masa kita orang sampai, jenazah tengah dimandikan. Kita orang tunggu sehingga jenazah selesai dimandi, dikafan, disolatkan. Sempat jugak aku dengan yg lain tolong angkat jenazah ke dalam kereta jenazah. Bila mereka gerak ke kubur, kita orang sambung perjalanan ke Muar. Sebelum bergerak, kita orang berpisah dengan Hairulazim, RB Rosli, Morshidi dan Mohd Zaini. Mereka tidak ikut ke Muar sebab ada urusan lain.
sampai rumah black.. sempat lagi utoman posing
ustaz izzar tengah bagi tazkirah….hehe
Perjalanan ke Muar diteruskan dengan En. Kamal menjadi navigator sebab dia ada Garmin Zumo dan kita orang lalu ikut jalan kampung. Menarik jugak jalan yg kita orang lalu sebab dapat melihat suasana kampong yg menghijau. Cuma tak boleh laju la. Ada jugak jalan koner-koner yg sempat kita orang layan hehe.. Kita orang jugak terpaksa redah hujan yg lebat sebelum sampai Rembau. Tapi semangat tetap kuat untuk meneruskan perjalanan. Tapi yg untung Izzar sebab dia bawak kereta. Sampai Muar, stop sekejap untuk isi minyak dan keringkan stokin di stesen minyak Petronas.
rest sekejap
orang yg bawa kereta lak yg bergaya lebih…..hehe..
Dah okay, kita orang bergerak untuk lunch. Malangnya, kedua-dua kedai mee bandung yg kita nak pegi tutup pulak. So, terpaksa ke bandar Muar dan ke gerai makan kat taman rekreasi tu. Aku pun tak  ingat nama tempat ni. Sebab semua dah lapar, apa lagi order makan ler..
makan time..
makan punya pasal dah tak tengok kiri kanan..
masak asam pedas..
Dah kenyang, kita orang move ke pekan Muar untuk beli perencah mee bandung Muar Adami. Beli kat sini murah sikit. Boleh buat bekalan untuk buka puasa nanti. Perencah ni memang popular dan mee bandungnya pun sedap. Selepas beli perencah mee bandung, aku masuk kedai Kopi 434, plannya nak beli kopi dalam paket untuk dibawa balik. Masuk je terus tercium bau aroma kopi yg sedap dan menggiurkan. Apa lagi, terus buat keputusan untuk lepak dan pekena kopi dulu. Kat sini ada jual kopi musang yg famous tu. Tapi secawan rm20.00 la. Teringin jugak nak try tapi bila mengenangkan rm20 per cup. Emmm lain kalilah. So, last-last order kopi gajah je. Kopi gajah ni antara kopi top 3 yg ada dalam menu. Rasanya ok jugak cuma agak cair je.
tengok apalah agaknya tu..
kopi gajah
sempat pulak utoman ambik gambar dgn awek ni…sure ramai yg tak puas hati ni….hehehe..
Dari kedai Kopi 434, kita orang pegi ke rumah kawan AmLong. Kat mana, aku tak tau sebab aku follow je motor dia orang. Sampai kat rumah member ni, rupanya dia dah readykan durian beberapa guni. Apa lagi, durian time. Punya banyak makan durian sampai tak habis. Siap bawak balik lagi. Nasib baik Izzar bawa kereta. Boleh tumpangkan durian. Hahaha….nasib hang la Izzar. Apa pun terima kasih pada tuan rumah dan isteri yg sudi jemput kami makan durian kat rumah dia.
durian time..
Selesai makan durian, rest sekejap, kita orang pun berlepas balik ke KL. Alhamdulillah, semua sampai rumah dengan selamatnya. Thanks kepada semua. Moga dapat ride lagi dilain masa. Until then, safe ride semua.

No comments:

Post a Comment