Plan nak pegi cuti-cuti Malaysia ni takde pun sebenarnya. Semua terjadi secara ad-hoc je. Ye lah, asyik naik moto je ke sini ke sana. Sekali sekala kena ler bawak famili jalan-jalan jugak. So selepas perbincangan tentang beberapa destinasi, akhirnya kita orang bersetuju untuk pegi ke Kuala Rompin makan udang galah. then kalau sempat lajak ke Pulau Tioman.
Lebih kurang jam 8 pagi kita orang move ke Kuala Rompin via hiway LEKAS. Sampai ke simpang pekan Seri Menanti, entah camne hati aku tergerak nak koner situ. Mungkin papantanda Istana Seri Menanti tu yg menarik perhatian aku kut. Aku fikir, since dah lalu situ, apa salahnya singgah melawat Istana Seri Menanti tu. Bukan selalu pun.
Sampai pekan Seri Menanti tengok sunyi je. Pekannya pun tak ler besar sangat. Tapi aman, tenteram, tak busy pun. Kereta pun tak banyak. Tak tau ler kalau-kalau sebab cuti sekolah yg buat pekan ni sunyi..
Sebelum masuk ke Istana Lama Seri Menanti, kita orang pusing-pusing kat luar dulu. Tengok macam-macam bangunan ada. Taman rekreasi pun ada. Yg menarik bentuk bangunan dan lain-lain banyak berlatarbelakangkan minangkabau. Mungkin sebab ini teras orang Negeri Sembilan dari zaman berzaman maka ianya dipancarkan melalui bangunan dan lain-lain ukiran.
Di seberang jalan depan dataran ini, ada taman rekreasi. Okay jugak. Agak bersih jugak taman ni.
Selepas pusing-pusing kat luar, kita orang pun masuk ke kawasan Istana Lama Seri Menanti. Sekarang ni istana ni dah dijadikan muzium diraja.
Melangkah masuk dalam kawasan istana ni, dapat disaksikan kawasan taman yg luas serta terdapat beberapa monumen-monumen yg ada kaitan dengan sejarah minangkabau dan pemerintahan diraja di Negeri Sembilan.
Selesai pusing-pusing di kawasan sekitar istana, kita orang masuk ke dalam Istana Lama Seri Menanti ni. Malangnya, dalam istana tak boleh nak ambil gambar. Kawasan larangan. Istana ni ada 3 tingkat termasuk loteng. Tingkat 1 ada balai mengadap, balai santap dan bilik untuk beradu. Ada jugak ruang yg menceritakan sejarah minangkabau, adat perpatih dan senarai undang luak, termasuk salasilah pemerintah N/Sembilan iaitu dari awal zaman Raja Melewar hinggalah ke Yang Dipertuan Besar sekarang iaitu Tuanku Muhriz.
Plan asal aku nak naik sampai tingkat atas tapi bila lalu kat ruangan santapan dan bilik beradu tu, tetiba je berdiri bulu roma aku, meremang je, so terus tukar plan. Turun bawah dan keluar dari istana tu. Risau jugak aku. Tapi sebelum masuk istana tu memang aku dah rasa and agak mesti istana ni ada ‘penunggu’ atau ‘penjaga’. Biasa la istana-istana lama ni. Selalu ada ‘penjaga’ untuk menjaga keselamatan orang dan barang di dalam istana tu.
Dari Seri Menanti, kita orang move ke Kuala Pilah. Singgah sebentar untuk light breakfast sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Rompin. Sampai Kuala Rompin, apa lagi, udang galah la. Hehe..
Perut dah kenyang, apa lagi, cari tempat nak tidur la. Hehe.. So, since aku dah buat reservation kat hotel Seri Malaysia Kuala Rompin, kita orang terus je ke hotel. Rehat sekejap dan petangnya kita orang ke jeti Tanjong Gemok untuk tengok feri ke Pulau Tioman. Ingatkan boleh ler buat day trip ke Tioman. Pegi pagi balik petang ke. Rupanya feri ke Tioman berlepas awal pagi dan last feri balik ke tanah besar adalah dalam jam 1 tengahari. Aiseyy… takder chance nak day trip ke Tioman untuk snorkeling ke. Maybe nantilah terus bercuti je di sana kalau ada rezeki.
Dari Terminal Penumpang Tanjong Gemok, kita orang singgah minum petang di medan selera berdekatan then balik ke hotel, Malamnya dinner di gerai depan jambatan Sg Mersing.
No comments:
Post a Comment