Saturday, December 31, 2011

VOG @ KL BIKE WEEK 23 DEC 2011

KL Bike Week (KLBW) 2011 diadakan pada 23-24 Dec 2011. Banyak geng motorbike yg pergi so VOG pun apa lagi, tak nak ketinggalan jugak la. Lagi pun ada member VOG i.e bro Mazlan Abd Manap buka booth kat situ, kita mesti bagi support. Since KLBW kali ni diadakan di Matic, KL, kita orang set rv point kat NZ KLCC je sebab dah dekat. Dalam jam 6 ptg kita orang move ke Matic. Sampai Matic kita orang park moto bagi cantik-cantik. Then baru merayau-rayau. Ramai jugak VOGians yg follow ke Matic, dekat-dekat 20 biji jugak la. Terbaek.

Den tengok, banyak gerai-gerai yg menjual aksesori moto tapi majoriti semua jual untuk moto easy rider je. Nape ek? Macam la bikers lain tak datang. Hanya a few gerai je yg jual bermacam produk yg sesuai utk moto-moto lain. Maybe silap strategi kut. Satu lagi, barangan agak mahal dari yg dijual di kedai lain. Kalau bikers yg datang dari jauh and tak tau harga sebenar, maybe dia beli tapi bagi bikers dari KL ni, majoriti dah tahu kedai mana yg jual aksesori dengan harga yg murah, so kurang la sikit sambutan.

VOGians macam biasa. Datang untuk sama-sama memeriahkan KLBW ni disamping memeriahkan diri sendiri. Hehe…gambar-gambar membuktikannya…

Selepas hampir 1 jam setengah kita orang merapu kat KLBW ni, kita orang pun move ke port biasa untuk minum-minum. Mana lagi kalau bukan NZ KLCC. Lepak-lepak, borak-borak dan kemudiannya balik.

Pics courtesy of Sukan7, Azuna Wahab & Wan Fazrul……terbaek guys..TQ.

Monday, December 26, 2011

VOG FRO 16DEC2011-18DEC2011 – FINAL CHAPTER

Hari ni hari ketiga Flood Relief Ops atau FRO. Jam 6.30 pagi den dah bangun. Cuaca tak payah nak cakap la, memang sejuk. Nak mandi pulak takde water heater. Aku kalau air sejuk yg tak tahan tu. Rasa cam tak sanggup nak mandi. Tapi kalau tak mandi nanti confirm aku sakit kepala. So, terpaksa tadah jugak badan aku dengan air sejuk. Fuh…sampai ke tulang sejuknya.

Lepas mandi lepak kat luar tengok laut. Memang ombak kuat betul. Suasana pun nampak menarik. Cam ombak rindu la pulak.. hahaha..

ombak rindu..

bro sukan sedang mencari ketenangan jiwa....

bro ni memang jiwa dah tenang....sbb tu pakai kain pelikat je...

bilik den kat homestay ni....betul-betul ngadap laut..

ombak @ 0645 hrs

Selepas check-out, kita orang move ke Pekan Marang untuk breakfast. Ingat nak pekena nasi dagang tapi takde la pulak. So, makan je nasi minyak. Orang kat pekan Marang ni pun pelik tengok versys datang banyak-banyak.

parking moto dulu..

breakfast time..

pasar bandar marang

tengah makan nampak iklan ni......anda jantan sejati???

Perut dah kenyang, kita orang pun sambung perjalanan. Ikut plan, perjalanan kita orang akan ke Tasik Kenyir,Hulu Terengganu. Malangnya leader dah bawak terus tanpa singgah Tasik Kenyir. Dah ler jalan tak berapa elok. Dengan hujan lagi. Bila PM bagitau leader, barulah kita orang patah balik untuk ke Tasik Kenyir. Tapi sebelum tu sempat lagi rest sekejap dan berposing.

perbincangan semula setelah terlajak jalan...

bila dah stop tu mula ler...

geng baju hujan Givi

geng jaket kuning...

Sampai TasikKenyir, kita orang stop kejap untuk rest and bergambar beramai-ramai, then pegi ke restoren berdekatan untuk minum-minum. Semua dah basah masa tu. Tapi tetap steady..

V at Tasik Kenyir

me at Tasik Kenyir..

the FRO Team...

the Team with the bikes..

rest & minum-minum dulu..

boathouse @ Tasik Kenyir..

Dari Tasik Kenyir, kita orang bergerak balik. Perjalanan balik yg dirancang adalah melalui Lebuhraya Timur-Barat ke Gerik -Kuala Kangsar-Hiway PLUS ke KL. On the way singgah Kg Raja untuk beli tangan untuk bawak balik. Apa lagi kalau bukan keropok lekor. Hihihi..

singgah beli keropok lekor..

keropok lekor pengkalan nyireh..

Kita orang singgah sebentar di Pantai Kuala Kluang untuk bergambar dan melihat kecantikan pantai kat situ..

at pantai bukit kluang..

hai....makan aiskrim je ke bang...

Kita orang kemudiannya singgah minum petang di Pantai Demong. Okay jugak suasana dan pemandangan di sini. Makanan pun sedap. Maybe sebab lapar kut. Hihi..

Kita orang kemudiannya move ke Machang-Jeli dan masuk Lebuhraya Timur-Barat. Memandangkan kita orang dah agak lewat, so terpaksa ler speed sikit. Tapi tengok ada yg speed banyak 140 jugak la lalu jalan kampong, sampai ada satu ketika kucing pun sampai melompat kerana terkejut. Hahaha…Nasib baik takde kejadian yg diingini berlaku sepanjang kita orang lalu jalan kampong tu.

Lebih kurang jam 6 ptg kita orang masuk Lebuhraya Timur-Barat. Suasana masa tu baru lepas hujan. Jalan masih basah dan kabus pun tebal sampai ada ketika dah nampak jalan. Masa ni semua orang bawa slow je. Lagipun bahaya kalau bawak laju-laju. Sampai di puncak, kita stop untuk refresh, rehat dan minum-minum sekejap.

Jam 7 malam kita orang move turun ke Gerik. Maybe ni salah satu mistake yg kita orang buat. Bergerak waktu maghrib. Selepas turun dari puncak, cuaca dah agak okay. Tiada lagi hujan. Jalan pun dah kering. So, apa lagi, kaki-kaki leper mula ler membuka throttle. Memang best layan korner kat jalan ni. Cuma satu je yg tak bestnya. Keadaan dah semakin gelap. Memang merbahaya. Tapi bila dah atas moto tu, lupa pada keadaan dan bahaya yg mungkin timbul.

Kegelapan dan keadaan yg gelap tu akhirnya mengundang malang kepada salah sorang ahli konvoi kita orang. Walau bagaimana pun, syukur ke hadrat Illahi kerana kecederaannya tidak serius dan moto pun tidak parah. Moto dan ridernya masih lagi dapat menunggang hingga ke Gerik. Di Gerik kita orang singgah minum sekejap. Nak cool down keadaan yg berlaku.

minum dulu di Gerik


Selepas minum, kita orang move ke Kuala Kangsar dan masuk Hiway PLUS dari situ. Perjalanan diteruskan melalui Hiway PLUS ke KL. Singgah sebentar di RnR Ulu Bernam untuk rest sekejap and re-fuel. Kat sini sini pun merupakan pit-stop terakhir untuk kita orang. Selepas tu semua balik ke destinasi masing. Dan, Alhamdulillah, semua sampai ke rumah masing-masing dengan selamat.


Secara keseluruhannya, FRO 1.0, telah berjaya dilaksanakan dengan terbaek. Tahniah & terima kasih kepada Project Manager Bro Mohd Irman Ismail yg telah bertungkus lumus, memberikan sepenuh komitmen, masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan misi ini. Tahniah & terima kasih juga kepada Bro Hadi Hussein dan Bro Hairulazim Mahmud yg menjadi mentor serta turut sama membantu PM kita. Terima kasih kepada Bro Norfadzly yg sponsor baseball cap FRO putih. Terima kasih kepada semua rider yg join misi kemanusiaan ini. You guys terbaek. Proud to ride with you guys. Terima kasih juga kepada pihak sponsor kita ie Metrowealth, Givi, Pharma Niaga, Eversafe, C&Y, Lea Kraft Ind. Sdn Bhd. Terima kasih juga kepada Bro Sukan7, Bro Collin Toh, Bro Izzar Muhammad, Bro Ultraman Mebius, Bro Hadi Hussein for all your lovely pics. Terima kasih kepada Ray Radio Era yg membuat liputan live semasa FRO on the way ke Kuantan. Terima kasih kepada 2 brader kita dari Bernama yg turut menyertai ride kita dan membuat coverage FRO ini. Terima kasih jugak kepada VOGians lain yg turut memeriahkan majlis penyerahan barang pada 16dec2011 di Mydin USJ dan juga kepada VOGians ie Bro Mohd Fuad Mohd dan Bro Wan Fazrul yg turut sama hadir semasa flag-off pada 17dec2011 di Kem 515 Askar Wataniah. Akhir sekali,terima kasih kepada Lisa Surihani sbb sudi ambik gambo dengan den…..hahaha…jangan jeles. Apa pun korang memang terbaek. VOG Terbaekkk!!!….VOG Perggh!!!

Den sudahi cite kali ini dengan kenangan-kenangan yg dirakam sepanjang pengembaraan ini..

our route 1177 km