FRO or Flood Relief Ops masuk hari kedua (17 dec 2011). Jam 5.30 pagi kita orang dah berkumpul di Kem 515 Askar Wataniah untuk flag-off dan gerak bersama dengan lori yg membawa barangan dermaan. Nasib baik kat sana ada disediakan sarapan. Lepas sarapan, kita orang terpaksa masuk padang kawat pulak. Tak pasal-pasal kita orang jadi Platun Seni. Rasa cam seniman ler pulak aku ni. Hahaha…
Jam 6.30 pagi, kita orang flag-off dan gerak ke stesen BHP selepas tol Gombak untuk isi minyak dan jugak untuk rv dengan kengkawan yg lewat dan tak dapat flag-off bersama di Kem 515.
Dari BHP Gombak, kita orang move ke pit-stop yg seterusnya iaitu di RnR Temerloh. On the way ke sana, stop sekejap kat exit tol Karak untuk head count to make sure semua sampai dengan selamat. Masa stop kat sini, Ray sempat hello Radio Era untuk live reporting pergerakan FRO. Terbaek ar Ray. VOG on -air tu. Hehehe..
Sampai RnR Temerloh, kita orang stop untuk minum and refresh sekejap. Alhamdulillah, minum pagi ini ditaja oleh PM kita. Terbaek arr bro…
Kita orang move ke exit Gambang sebab lead vehicle dari Balai Polis Kuantan akan tunggu di situ untuk bawa kita orang ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang di mana sumbangan tersebut akan diserahkan. Lepas saja RnR Temerloh, kita orang terpaksa meredah hujan yg agak lebat. Tapi semangat peserta FRO tetap kental. Perjalanan tetap diteruskan.
Sampai exit Gambang, lead vehicle dah pun tunggu. Malangnya, kumpulan logistik, iaitu team 515 Askar Wataniah telah terlajak dan keluar ikut exit Kuantan. So, kita orang terpaksa ke exit Kuantan untuk rv ke dengan grup tersebut. Sekali lagi terpaksa meredah hujan lebat tapi team FRO tetap maju. Terbaek..
Di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang, kita orang susun moto seperti biasa dan seterusnya menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi JKM Pahang dalam satu majlis yg sederhana. Walaupun sederhana, coverage RTM dan surat khabar, tetap ada. Hihihi..
Dari Pejabat JKM Negeri, kita orang move ke Kuala Kemaman untuk sampaikan sumbangan ke sana pulak. Sumbangan ni untuk penduduk kampung yg menjadi mangsa ribut dan mangsa ombak besar beberapa minggu yg lalu. Perjalanan kita orang dari Kuantan masih dengan lead vehicle dari IPD Kuantan dan eskot dari IPD Kemaman akan di sempadan Kuantan-Kemaman.
Sampai di Kuala Kemaman, kita orang terus ke Pondok Polis Kuala Kemaman di mana majlis tersebut diadakan. Bila sampai dah ramai yg menunggu. Penduduk kampong dan jugak Timbalan KPD Kemaman. Sumbangan disampaikan kepada beberapa orang mangsa ombak besar dan mangsa banjir dan selebihnya akan diagihkan oleh Pengerusi JKKK kawasan tersebut. Lepas makan, kita orang menikmati hidangan yg telah disediakan. Ada bihun goreng, sata ikan, karipap, popiah goreng. Semuanya sedap-sedap belaka. Sedap atau semua tengah lapar? Tapi memang sedap sebenarnya.
Setelah selesai penyerahan sumbangan kepada penduduk setempat, kita orang bergerak ke bandar Kemaman dan stop sekejap untuk menikmati kopi Kemaman yg popular kat sini. Den pekena kopi Vietnam. Dah tak dapt pegi Vietnam, minum kat sini pun jadilah.
Selesai minum, kita orang berpecah kepada 2 grup. Satu grup akan balik ke KL sebab masing-masing mempunyai urusan masing-masing dan satu grup lagi akan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu untuk kembara dan balik ke KL melalui Lebuhraya Timur-Barat. Den ikut grup yg kedua. Ni kali kedua moto den kembara ke Pantai Timur.
Dari Kemaman kita orang meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Singgah di tepi pantai untuk rest, bergambar dan menikmati pemandangan yg cantik. Angin pun agak kuat petang tu dengan ombak yg kuat jugak.
Plan asal nak bermalam kat Kuala Terengganu tapi akhirnya ubah planning. Kita orang tido kat homestay kat area Marang je. Homestay ni betol-betol tepi laut. Dengan angin yg kuat, dengar bunyi ombak yg kuat. Nak pejam mata pun rasa suspen je. Mana tau, silap-silap sedar pagi esok dah atas air. Hihihi.. Dinner pun kita orang makan kat kedai makan sebelah homestay tu je. Maklumlah semua dah kepenatan. Lepas makan semua balik dan tido..
Pics courtesy of Sukan7, Hadi Hussein, Ultraman Mebius, Izzar Mohammad, Md Faz.
No comments:
Post a Comment