Tuesday, December 13, 2011

VOG CHARITY RIDE 10 DEC 2011

Salam guys….dah lama rasanya den tak tulis blog ni. Tak tahu kenapa tiba-tiba den jadi malas pulak nak update blog. Betol la orang cakap. Kalau nak bukak blog ni mesti ada komitmen. Mesti selalu kena update. Kalau tak, berkuburlah alamatnya blog ni.. Apapun, den masih setia dengan blog den. Hopefully blog ni tak berkubur…Insyallah.

Kali ni den nak citer pasal VOG Charity Ride pada 10 dec 2011 yg lalu. Selalu charity ride ni kita buat masa bulan Ramadhan. Tapi bila mengenangkan bila buka sekolah, keluarga miskin perlu banyak belanja untuk persekolahan anak-anak, kita orang mengambil keputusan untuk buat satu charity ride. Project Manager (PM) untuk merancang dan mencari dana ini telah diberikan kepada sis Azuna Wahab. Promo telah diadakan dalam wall fb versys owners’ group bagi mendapat derma. Selain dari dari itu, satu lelongan amal juga telah diadakan dan Alhamdulillah, ramai yg datang membeli barang sambil menderma. Tidak kurang jugak yg menjual barangan peribadi dan hasilnya dimasuk ke tabung amal ini (t/kasih Bunge @ Hinata Hyuuga). Juga kepada semua penderma. Hasilnya kita berjaya mengumpul lebih kurang RM6300.00. 1 portion dari kutipan diberikan kepada NVOG untuk derma di sana, 1 portion kepada Melaka dan 1 portion kepada Rawang. Sumbangan yg akan disampaikan pada 10dec2011 adalah sebanyak 5 tempat.

Jam 8.00 pagi 10 dec 2011, kita orang rv di Velodrome Cheras. Ada yg sempat breakfast. Ada yg breakfast kat rumah. So, lebih kurang jam 9.00 pagi kita orang move ke destinasi yg pertama. Destinasi pertama adalah POSHE (Positive Shelter Home). Rumah ni menempatkan anak yg mengidap HIV positif dan terbuang dari famili masing-masing. Segala perbelanjaan di rumah ini hanya bergantung kepada dana sumbangan semata-mata. Moga sumbangan kita dapat membantu anak-anak ini.

V at Velodrome Cheras

bergambar dulu sebelum bergerak ke destinasi

sampai di Poshe dan susun moto elok-elok

sis Azuna menyampaikan sumbangan kepada Mak Wan, penjaga rumah Poshe

tanda penghargaan & terima kasih

bergambar beramai-ramai dgn Mak Wan & anak-anak Poshe

Dari Poshe, kita orang bergerak ke Sg Long. Kali ini untuk menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal di sana. Ibu tunggal ini tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa menyara anak-anak dengan mengharap bantuan dari orang ramai dan JKM. Kita orang rv di Mesjid Sg Long sebelum bergerak ke rumah ibu tunggal tersebut. Perjalanan kita dibawa oleh En Mazlan, AJK Mesjid Sg Long. Malangnya since kedatangan kita ini tak dimaklum kepada ibu tunggal tersebut, bila kita sampai, beliau tiada di rumah. Mungkin keluar mencari rezeki. Justru sumbangan tersebut diserahkan kepada En. Mazlan untuk disampaikan kepada penerima.

rv dulu di mesjid sg long

relax sekejap

sempat lagi posing depan mesjid

sampai flat sg long

flat sg long

sumbangan disampaikan kepada En Mazlan bg pihak penerima..

bergambar di flat sg long

Destinasi seterusnya adalah rumah ibu tunggal anak 15 di Keramat. Kesian.Camne seorang ibu tunggal berusaha untuk membesarkan 15 orang anak tanpa suami dan tanpa pekerjaan. Tentu sukar..

sampai rumah

sis Azuna menyampaikan sumbangan

bergambar selepas bagi donation

baiknya akak ini, disediakan cucur udang untuk menjamu kita orang..

dan bro B3 pun makan dgn lahapnya...entah berapa banyak yg dia makan...

Seterusnya kita orang bergerak ke Pusat Jagaan Anak Yatim dan Saudara Baru An-Najjah untuk menyampaikan sumbangan di sini pulak.

Pusat Jagaan Anak Yatim/ Saudara Baru An-Najjah

moto mesti parking ikut disiplin VOG..

ucapan terima kasih dari penjaga an-najjah

seperti biasa, selepas bagi donation, kita orang bergambar beramai-ramai..

Dari An-Najjah, kita orang bergerak ke Rumah Anak Yatim Al-Nasuha di Batu Caves. Rumah Anak Yatim Al-Nasuha ini antara rumah anak yatim yg agak popular. Siap ada fb sendiri. Jugak banyak mendapat bantuan dari pertubuhan-pertubuhan maupun orang perseorangan. Seperti biasa, sumbangan disampaikan oleh sis Azuna Wahab kepada penjaga rumah tersebut.

Al-Nasuha

sampai al-nasuha

sumbangan disampaikan kepada penjaga al-nasuha

bergambar beramai-ramai.......zaaaassss...

Al-Nasuha merupakan destinasi terakhir charity ride kita orang. So, dah selesai, kita orang move ke Seri Gombak untuk lunch. Masa lunch ni kita orang ambil kesempatan untuk berkenal-kenalan especially dengan ahli-ahli VOG yg baru join ride hari ini. Alhamdulillah, semua memberi kerjasama yg baik.

lunch & sesi beramas mesra....hihihi

Selesai makan, semua balik ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Terima kasih pada semua VOGians yg turut serta.

Sekian dulu untuk kali ini. Moga bertemu lagi di lain event. Lastly antara detik-detik menarik sepanjang VOG Charity Ride ini…


Pics Courtesy of Ultraman Mebius n me.

No comments:

Post a Comment