Salam guys…kali ni nak cite pasal pengalaman den dengan FRO pulak. Apa tu FRO? Tentu ada yg tertanya-tanya. FRO ni sebenarnya bermaksud ‘Flood Relief Ops’ atau ‘Misi Bantuan Mangsa Banjir’. Cetusan idea ini datangnya dari bro Hadi Hussein. Tujuannya untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Untuk merealisasikan misi ini, bro Irman telah dilantik sebagai Project Manager (PM). Maka bermulalah misi untuk menjadikan projek ini satu realiti..
Sebulan Sebelum
PM dan yg lain sibuk mencari sponsor untuk projek ini. Bukan senang nak cari sponsor pun especially bila group kita orang ni group yg tak register. Alhamdulillah, berkat usaha PM, bro Hadi, bro Zuhri dan yg lain, dapat la jugak a few sponsorship. Plan asal nak dapatkan 100 famili pack untuk mangsa banjir tetapi hasil usaha bro Hadi, dapat jugak another 100 pack. Kali ni datang dari David Teo (MIG). Ok la. Dapat 200 famili pack.
Dua Minggu Sebelum
Kita merancang keperluan logistik untuk membawa barang. Yg diperlukan seramai 20 riders dan kenderaan untuk membawa famili pack tersebut. Hasil usaha bro Hadi, akhirnya, logistik untuk membawa barangan tersebut diserah kepada Rejimen 515 Askar Wataniah yg akan mengangkut barang-barang dermaan tersebut dengan lori 3 tan.
Aku pulak ditugaskan untuk mencari 20 rider untuk misi ni. Apa lagi up invitation dalam fb VOG tapi malangnya tak ada sapa pun yg reply. Last-last terpaksa emel dan pm sapa-sapa yg den kenal yg boleh bawak moto jauh-jauh. Yg menariknya bila dah cukup 20 rider, baru lah ramai yg pm nak join. Siap ada yg bagi arahan lagi suruh masukkan nama dia dalam list. Nasib baik masa tu mood aku tengah baik. Kalau tak, hehehe..
Beberapa Hari Sebelum
Semua perancangan telah berjalan dengan baik kecuali Mydin. Pihak Mydin tiba-tiba call bagitau dia orang tak boleh nak sponsor. Cuma boleh bagi diskaun je. Diskaun pulak sikit lak tu. Bagitau pulak last minit. Teruk betul. Nasib baik pihak sponsor yg lain semua okay.
15 dec 2011
Jam 2030 hrs, Kita orang semua berkumpul di NZ KLCC untuk sedikit briefing berhubung program esoknya. Tempat rv telah ditetapkan di RnR Awan Besar dan dari situ move ke Mydin USJ untuk pengambilan barang-barang dermaan dan press conference. Masa kat NZ jugak para riders diberikan barang-barang sponsor berupa t-shirt Givi, cap Givi, cap FRO, stiker dan lain-lain.
16 dec 2011
Jam 0900 hrs kita orang dah berkumpul di RnR Awan Besar. Sempat jugak breakfast dulu. Selepas breakfast, sedikit taklimat perjalanan dan begerak ke Mydin USJ untuk program penerimaan barang-barang donation. Perjalanan kita orang disertai oleh 3 trak 3 tan Rejimen 515 Askar Wataniah.
Sampai di Mydin USJ,, kita orang parking dan susun moto bagi cantik dulu. Seperti biasa disiplin VOG bila parking moto. Lepas parking sempat lagi berposing. Hehehe..
Selesai menyusun moto dan berposing kat luar, kita orang masuk ke dalam bangunan untuk program penyerahan barang-barang dan press conference. Antara yg menjadi sponsor bagi projek ini adalah Givi, Pharma Niaga, Eversafe, C&Y, Lea Kraft dan Metrowealth. Bagi memeriahkan acara, David Teo, bos Metrowealth membawa pelakon Lisa Suriani ke majlis ini. Apa lagi memang jadi tumpuan la.
Selesai press conference. kita orang makan dulu, then bergambar beramai-ramai dengan pihak sponsor di dalam bangunan Mydin dan jugak di luar. Apa lagi semua ambil kesempatan untuk bergambar dengan Lisa. Den pun dah lepas peluang jugak la. Hihihi..
Lebih kurang jam 1230 hrs, program ni pun selesai. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan baik. Cuma yg rasa sedihnye adalah pihak Mydin tak ambik serius program yg kita orang buat. Sambutan pun macam acuh tak acuh je. Last-last bila media pun ada, baru nak kelam kabut. CEO dia datang pun dengan muka masam je. Lepas habis program PRO dia siap minta maaf lagi kat PM FRO. Cakap ingat majlis ni majlis kecil-kecilan. Maybe lepas ni kita bekerjasama dengan company lain pulak kut. Banyak lagi yg ada.
Apapun tahniah jugak pada PM sebab majlis tu berjalan dengan baik. Function tersebut jugak ada dalam laman web MIG Online. Check it out at: http://metrowealthpictures.net/2011/12/19/lisa-penuh-gaya-di-majlis-flood-relief-ops/
Pics courtesy of Sukan7, Collin Toh, Izzar Mohammad, MIG Online.
No comments:
Post a Comment