Kata orang malang tak berbau. Kata orang ajal maut di tangan Tuhan. Betul ke? Pada teman, memang teman setuju sangat-sangat. Sebab apa yg berlaku pada teman memang malang yg tak berbau. Dan of coz, ajal maut memang di tangan Tuhan.
Semalam masa teman dok susun-susun album lama, terjumpa gambar lama. Gambar masa teman down di langgar lori pada tahun 1992 yg lalu. Kenangan pahit semasa teman bekerja di Melaka Bandaraya Bersejarah. Yg membawa sejarah hitam pada teman.
Hari tu hari ke 3 puasa tahun 1992. Hari pertama dan hari ke 2 puasa, time lunch teman keluar ronda-ronda ke shopping kompleks dengan bro Mansor (dah arwah dah bro Mansor ni. Al-Fatihah). Tapi hari tu bro Mansor takde kerana hadir bicara. So, since takde teman nak ronda-ronda, teman pikir lebih baik teman balik rumah dan rest. Apa lagi start RXZ teman dan ride balik ke rumah di Taman Desa Baharu. Mungkin sudah takdir yg Maha Esa, bila sampai di Persimpangan Peringgit, lampu trafik menjadi merah. Teman pun stop motor. Malangnya ada sebuah lori yg cuba nak cilok trafik light tu. Mungkin perhatian driver lori tu tertumpu pada jalan di seberang sehingga tak nampak teman yg sedang stop di situ. Perkara terakhir yg teman dengar adalah jeritan “Hoi!!” dan terus teman dilanggar dari belakang. Takde apa yg teman mampu buat lagi. Yg teman ingat masa tu, teman pejam mata, teman mengucap, teman selawat dan teman redha dan merelakan ajal menjemput teman. Sehinggalah teman merasakan segalanya telah stop. Bila teman buka mata, teman tengok, teman dah berada di bawah kepala lori sebelah tayar kiri. Moto teman disebelah tayar kanan. Nasib baik moto teman pun sangkut di bawah tayar lori tu. So, lori tu tak dapat nak naik atas badan teman. Tapi teman kena seret jauh jugak la….dalam 10 meter. Kalau moto teman takde, sure lori tu dah naik atas teman. Sure badan teman dah hancur berkecai diseret dek lori tu. Nauzubillah..tak dapat teman nak bayangkan.
Bila semua dah stop, teman buka mata dan tengok teman ada di bawah kepala lori. Teman pusing kepala dan teman tengok tangan kiri teman penuh dengan darah. Teman pun buka helmet fullface teman. Nasib baik teman pakai helmet fullface. Kalau tak, sure muka teman dah hancur kena seret atas jalan. Sebab teman tengok helmet teman ada kesan calar yg banyak.
Driver dan kelindan lori turun dalam keadaan yg panik dan tak tau apa nak buat. Nasib baik teman tak pengsan, dan masih lagi boleh berfikir. Teman jerit pada driver lori tu suruh tahan kereta dan bawak ke hospital. Alhamdulillah, ada kereta yg stop untuk bantu bawak teman ke Hospital Besar Melaka yg tak jauh dari situ.
Sampai hospital, terus ke bahagian emergency. Bila doktor dah gunting semua baju dan seluar teman, baru teman tahu yg tangan kiri teman telah patah dan hancur. Masa tu ada doktor yg cakap, tangan teman terpaksa di potong. Astaga! hancur hati teman. Tak dapat teman nak bayangkan. Bila doktor pakar sampai, teman merayu kepada doktor tersebut supaya jangan potong tangan teman. Dan macam biasa, jawapan yg standard dari doktor, “Bersabarlah. Kita akan usaha sebaik yg boleh”. Argghh..
Selepas sign borang consent untuk pembedahan, jam 3.00 petang, teman dibawak masuk ke bilik operation. Jam 11.00 malam baru keluar dari bilik operation. Perkara pertama yg teman tengok bila teman buka mata, adalah tangan teman. Alhamdulillah, tangan teman masih ada. Masa nak angkat teman ke katil dari stretcher, teman rasa sakit yg amat sangat kat pinggang. So, terus doktor x-ray malam tu jugak. Tengok-tengok tulang pinggul teman patah dan dislocate. Esoknya masuk operation lagi.
Keseluruhannya teman tinggal di hospital selama 8 bulan, dan teman terpaksa menjalani operation sebanyak 6 kali termasuk bone grafting, skin grafting dan lain-lain lagi. Bayangkan terpaksa makan, minum, mandi, buang air semuanya di atas katil. Langsung tidak boleh bangun selama 8 bulan. Nasib baik adik teman sanggup menjaga teman selama 4 bulan semasa dia cuti semester. Juga misi-misi dan atendan hospital Melaka yg sudi menjaga dan membantu teman. Jutaan terima kasih dari teman. Budi jasa anda semua hanya Allah yg mampu membalasnya.
Keluar dari hospital, teman terpaksa belajar berjalan semula. Dengan tongkat dan kemudiannya tanpa tongkat. Arwah ayah teman juga bawak teman berubat secara tradisional dan berurut dengan beberapa orang bomoh patah. Alhamdulillah, akhirnya teman dapat jugak berjalan semula.
Apa yg berlaku menyedarkan teman bahawa, kita riders terdedah dengan risiko yg tinggi. Samada kesilapan kita sendiri, ataupun kesilapan orang lain, yg sakitnya adalah kita. So, kepada kengkawan semua, berhati-hatilah…semoga Allah melindungi setiap perjalanan kita. Amin..
Your story hampir buat den menitiskan air mata bro...hope kiter leh lepak same nnti..
ReplyDelete