Monday, May 30, 2011

CHARITY RIDE KE HULU LANGAT, MANGSA TANAH RUNTUH

Masa kita orang tts kat restoren NZ depan KLCC, bro antu ijau bagitau aku yg ayahnya ingin mengadakan majlis meraikan anak yatim dari maahad tahfiz yg terlibat dengan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat tempoh hari. Bro antu ijau cadangkan VOG join program tersebut sebagai charity ride. Aku cadang dia upload post ni kat fb tapi dia pulak minta aku tolong buatkan. Ok.. no hal lah. Untuk kebajikan kan. Apa mau kira.

TTS @ NZ KLCC

TTS @ NZ KLCC

26 Mei 2011 (Khamis) @ 0030 hrs

Kat rumah aku upload invitation untuk charity ride ni kat vog@fb, versysmalaysia @proboards dan kat forum superbikemalaysia. Harap-harap ramai yg respon nanti.

26 Mei 2011 (Khamis) @ 2030 hrs

Aku jumpa dengan bro antu ijau sebab dia nak bagi tentative program untuk charity ride tu. Selepas minum, makan and bincang, kita orang setuju dengan tentative program tersebut. Balik lepas minum aku terus upload program dan menu etc.

27 Mei 2011 (Jumaat) @ 0900 hrs

Aku call Insp. Arif dari Trafik Kajang minta bantuan out-rider untuk eskot kita orang ke lokasi majlis. Walaupun pada masa tu aku sendiri tak tau berapa ramai bikers yg akan datang. Kalau sikit, malu la. Hopefully esok boleh dapat more than 10 bikes. Aku jugak minta staf aku sorang untuk ikut eskot esok.

27 Mei 2011 @ 1100 hrs

Member aku call remind yg esok petang sampai malam re-union skuad 1/91, skuad 2/91 dan skuad 3/91 kat Pengkalan Polis Marin Putrajaya. Aduh..

28 Mei 2011 (Sabtu) @ 0900 hrs

Aku start moto dan pegi tengok lokasi rv dan route yg akan diikuti. On the way ke pekan Bt. 9, terjumpa 1 versys hitam. Plet no aku tak ingat ler pulak. Stop salam jap dengan dia di tepi jalan. Ajak dia join vog@fb dan jemput jugak dia join charity ride petang ni. Kalau tak silap nama dia Shahrin kut.

28 Mei 2011 (Sabtu) @ 1400 hrs

Tengok langit dah mendung. Petir dan kilat pun ada di beberapa tempat. Aduh..jangan la hujan. Risau aku. Harap-harap tak hujan. Kalau hujan rosak semua program..

28 Mei 2011 (Sabtu) @ 1500 hrs.

Member call bagitau jangan lupa re-u petang ni. Aku cakap Insyallah je. Lepas dia letak telefon, aku tak tau apa nak cakap. Tak tau yg mana satu yg aku nak pegi. Re-u or charity ride. Kalau aku pegi re-u, sure geng VOG akan kutuk aku sebab aku yg dok promo ride ni tapi time on, aku pulak yg takde. Kalau aku pegi charity ride, nanti squadmate aku cakap aku tak nak join depa pulak. Huh.. mana satu nak pegi ni. Dua-dua program pada masa yg sama.

28 Mei 2011 (Sabtu) @ 1630 hrs

Put on my gears and start my bike. Tengok-tengok satu skru kat ferring sebelah kanan dah takde. Aduh.. macam mana boleh takde. Sure longgar dan jatuh ni. Apa nak buat ni? Mau time aku bawa laju tertanggal ferring tu, naya aku. Hish..So, on the way ke rv, singgah kedai moto Ah Choon dekat sini. Nasib baik dia ada skru yg ori. Selepas pasang skru terus ke lokasi rv. Nasib la apa squadmate aku nak cakap. I’m going to this charity ride.

28 Mei 2011 (Sabtu) @ 1650 hrs

Sampai di lokasi rv. Tengok yg ada bro aidil dan Amri, staf aku yg jadi salah sorang rider eskot petang ni. Mana yg lain? Aduh..jantung aku macam dah nak sakit ni. Beberapa minit lepas tu, out-rider pun sampai lagi 3 orang. All together ada 4 outrider. Alamak.. banyak la pulak. Aku minta sorang je. Harap-harap jangan rider pulak yg lebih banyak dari bikers. Slowly semua sampai termasuk bro sukan7 yg datang dengan mrs dia yg bawa alza. Bro sukan7 terpaksa bawa wife sebab wife dia tak percaya yg dia nak pegi charity ride. Hehehe…sori bro, gue gurau je. Actually wife bro sukan7 ikut sebab depa bawa gifts nak bagi kat anak-anak yatim yg jadi mangsa tanah runtuh tu. Thumbs up to you both.

berkumpul di rv dulu..

posing dulu di rv..

sedikit taklimat mcm mana nak main tom tom bak..

28 Mei 2011 (Sabtu) @ 1740 hrs

Kita orang bergerak ke destinasi. Destinasi yg pertama adalah pergi ke tempat kejadian tanah runtuh untuk melihat kawasan tersebut. Then proceed ke Pusat Latihan YADIM. Keseluruhan bikes yg ada masa kita orang nak move adalah 1 vulcan, 1 GTR dan 10 versys. Perjalanan kita orang dieskot oleh 4 biji outrider polis. Macam VIP gitu. Saja bagi depa peluang merasa riding dengan ada orang clear jalan and tak payah stop kat traffic light or mana-mana simpang pun.

28 Mei 2011 (Sabtu) @ 1800 hrs

Sampai di tempat kejadian tanah runtuh. Yg masih tinggal adalah bangunan utama rumah anak yatim tersebut. Mengikut cerita salah sorang riders yg bawa kita orang, semasa kejadian berlaku, anak-anak yatim tu berada di khemah di bawah lereng bukit tersebut untuk membuat rehearsal satu majlis yg akan diadakan di situ. Dan bila tanah tersebut runtuh, tanah itu menghentam khemah anak-anak yatim tadi, menimbus dan tanah tersebut menggelongsor membawa anak-anak tu hingga ke dinding bangunan rumah tersebut. Kalau anak-anak tersebut berada di dalam bangunan utama rumah tersebut, Insyallah depa boleh terselamat. Tapi apa pun, ini kuasa Yg Maha Esa. Kejadian yg tak pernah berlaku, akan berlaku dengan kehendakNya. Sebagai manusia biasa, kita terpaksa akur, terima dan redha. Hanya Allah yg tahu apa yg terbaik untuk kita.

rumah anak yatim tempat kejadian tanah runtuh..

masih di tempat kejadian..

28 Mei 2011 @ 1815 hrs

Kita orang sampai ke Pusat Latihan YADIM. Masa keluar dari tempat tanah runtuh, another 2 versys join the group. Menjadikan semuanya 14 bikes. A short briefing oleh penganjur En. Mohd Shah dari Titan Role Sdn Bhd/Petroprojek. En. Mohd Shah maklumkan bahawa cuma ada 3 anak yatim mangsa tanah runtuh yg masih ada di situ. Selebih 21 orang lagi telah dibawa pulang oleh waris masing-masing. Jadi bagi melaksanakan jugak program ini, pihak penganjur telah membawa pelajar-pelajar maahad tahfiz berdekatan untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Selepas short briefing, kita orang bermesra dengan anak-anak ini. Rupanya banyak jugak anak-anak yg berminat dengan big bikes ni. Bikers juga bawa anak-anak ini ride di jalan depan untuk bagi depa bersuka dan merasa pengalaman naik big bikes. Sampai ada yg tertanggal serban.. haha. Dan yg paling menarik perhatian aku, ada brader big bikes ni yg tak pernah bawa pillion. Yg tak konfiden nak bawa pillion, yg takut, tapi demi kerana anak-anak ini, sanggup kuatkan semangat untuk bawa jugak anak-anak ini ride. Nampak kegembiraan di mata anak-anak yg dapat merasa naik big bikes ni. Bravo bros..

briefing oleh penganjur..

ramai anak-anak yg berminat dgn moto rimau ni..

vroom vroom….besar esok nak jadi ustaz yg bawa moto ni…hihi..

anak-anak dibawa ride oleh bikers

laju la sikit bro...

dapat jugak aku naik R1..

seronok naik versys..

ada yg dapat naik moto polis....best..

anak-anakyg tak sabar sabar nak naik big bikes...

en izham...boss titan role/petroprojek came with his son & daughter on big bikes

28 Mei 2011 @ 1915 hrs

Kita orang solat Maghrib bersama di surau pusat tersebut dan selepas solat ada sesi briefing sedikit oleh pihak pengurusan Titan Role/Petroprojek. Bikers diminta untuk serve anak-anak ini bila depa nak makan di samping beramah mesra dengan anak-anak ini. Menu makan malam adalah nasi arab + kambing grill + sayur & air barbican. Ni 1st time aku rasa air barbican ni. Aku pun tak tau macam mana nak terangkan apa air birbican ni. Sebab semalam tak dapat nak baca label kat botol tu. Cuma air ni soft drink berkarbonat macam F&N, dan ada beberapa perisa. Aku pun tak tau perisa apa yg aku minum. Rasanya, boleh tahan jugak la. (Hari Ahad baru dapat tau yg Barbican ni JAKIM cakap tak boleh minum sebab kandungan alcohol melebihi hak yg dibenarkan oleh syarak. Apa nak buat. Dah tak tahu kan..)

ucapan oleh penganjur selepas solat maghrib..

kambing grill....fuh! meleleh air liur...

nasi arab + kambing grill...

hidang siap-siap

Sementara menunggu anak-anak ni turun dari surau, kita orang tolong sediakan makan untuk dia orang. Bila anak-anak ni dah turun untuk makan, kita orang serve, bagi nasi, bagi air, ada yg tambahkan nasi, another group bagi kain pelikat dan duit sumbangan. Selepas semua anak-anak ini makan, giliran bikers pulak makan. Semua makan tanpa tengok kiri kanan. Mesti sebab semua tengah kelaparan ni. Aku tau la sebab aku pun memang tengah lapar giler. Tapi bikers semua sanggup tahan lapar untuk bagi anak-anak ni peluang makan dulu. Well done bros..

bikers sedang siapkan makanan utk anak-anak..

bikers layan anak-anak ni makan.. sambil bagi sumbangan..

anak2 selesai makan...giliran bikers pulak..

aidil makan sambil melayan anak2 ni..

Selepas makan, kita orang berborak-borak sekejap. Sambil borak-borak tu aku dok tengok semua yg ada kat sini. Dan pandangan aku tertumpu kepada dua individu yg nampak seperti berada di satu tempat yg janggal. An indian guy and a chinese lady in the middle of kids who wears jubah and serban. An awkward scenario. Honestly, the 1st thing that came into my mind when I arrived and saw those kids with serban and jubah was, whether bro sukan7 & his wife can join the crowd, whether the kids will accept their presence …. and I’m so happy to see that both of them blended in well. Dan anak-anak ini pun dapat menerima kehadiran kedua-dua insan yg berlainan bangsa dan agama ini. Praise to God, I didn’t see any rejection in their eyes. Indeed, charity did goes beyond everything. And these are the prove..

anak2 happy dengan bro sukan7..

anak2 pun enjoy riding dgn bro sukan7

mrs sukan7 melayan anak yg nak ambil makanan..

Dan yg paling aku rerspek, kat Mrs Sukan7 (Sorry bro, gue lupa nak tanya nama your wife. Gue ni kalau wife orang memang tak gemor nak tanye nama, kalau anak dara ke janda ke, itu cerita lain…hihi) ni. Dia tolong gril daging kambing, dia tolong hidang makanan, dia tolong ambil itu ambil ini. Banyak yg dia buat. Pendek kata she really did a lot of things for those kids. Tak ramai orang yg sanggup buat macam tu. Dan, dia juga jadi tukang ambil gambar. Bro sukan7, you really knows how to drilled your wife so that she won’t follow you in your next ride..hehe. Just joking bro…no hard feeling okay. Apa pun, gue really respect and salute both of you. Thank you very very much for joining our ride and thank you for your kind contributions.

mrs sukan7 grill the lambs....with handbag still attached to her shoulder....bravo

mrs sukan7 helping them preparing the food..

28 Mei 2011 @ 2200 hrs

Semua dah kenyang. Makanan pun habis. Ingat sempat la nak go satu round lagi. Tapi takde rezeki. Since anak-anak ni pun dah nak balik, kita orang pun tunggu di depan pintu pagar dan bersalam-salaman dengan anak-anak tu semua. I can see happiness in their eyes bila melambai-lambai kita orang dari atas bas yg meluncur pergi. Kita orang then bersalam dengan pihak penganjur dan move balik. Perjalanan balik kita orang pun masih dieskot oleh outrider polis. Bak kata bro Bintang3, r”Aku rasa macam ikut ride Kembara Mahkota Johor pulak”. Sekali sekala ada orang eskot apa salahnya. Bagi pengalaman baru kepada yg belum penah dieskot dan jadi VIP atas jalan. Bak kata Mrs sukan7..”Today memang jalanraya bapak i punya”.. haha..

anak-anak yg happy..

anak-anak bersalaman dengan bikers before balik..

babai abang-abang semua.....terima kasih ..

ucapan t/kasih dr ygmenganjur.....tapi tak berapa nak dengor le..

bikers bersalaman sebelum move balik..

getting ready to go home..

nak balik pun sama...escorted by the police trafik..

bon voyage..

28 Mei 2011 @ 2300 hrs

Sampai rumah, took a nice hot shower and started to type this new experience before it leaves my mind. Letih tapi menggembirakan. I really felt satisfied and happy. Aku rasa semua bikers yg ikut ride ni mempunyai perasaan yg sama. Puas hati dan gembira kerana kita dapat menggembirakan orang lain. It’s easy to make others cry, but it’s very difficult to make others smile. But we did it. We make those kids smile, we make them feel happy and we did make their serban flew away while riding the bikes.

And these are those who makes all this possible…

bro antu ijau..

bro bintang3

bro azamudin

bro zul

bro faisal

bro azim

bro kamenrider78

bro jihad

bro muizz & wife...sori pic dia dgn wife takde..

bro aidil

bro ujang yg datang bersama anaknya.....anaknya dok tepi tengok je..

bro mus yg datang dgn mrs dia...tq to both of u..

bro helmy aka lavittes

bro sukan7 & mrs..

abang-abang polis....yg eskot kita orang pegi dan balik...tq very much..

among the crew of titan role / petroprojek..

finally...me...the ad hoc co-organizer...

Memorable moments..

dengar promo dari bos titan role..

antara bikes yg ada...

adik besar esok nak jadi polis trafik...nak bawa moto macam ni...

nasib baik abang polis tolong.....tak payah masuk gear reverse..

hero malaya....terbaek..

dapat juga merasa naik moto besar.......nak kena balik cerita kt orang kampong ni...

mula2 gue ingat dia ni orang arab...rupanya orang kl..

antara yg datang memeriahkan event ni.....tq guys..

Kepada semua bikers yg turut serta dalam charity ride ni, million thanks to you guys. You guys really rocks! Kepada Mrs Sukan7, thank you so much for everything. Kepada Bro Mus & wife (Vulcan), dan Bro Ujang + son (GTR), thank you for joining us. Kepada pihak penganjur Titan Role / Petroprojek, thank you for inviting us. Dan kepada semua VOG….thank you, bravo & well done guys..

No comments:

Post a Comment