20 Ogos 2011 / 20 Ramadan 1432 H
Balik dari Kempen Jalur Gemilang & Charity Ride bersama Jab. Penerangan N/Sembilan dan sehelaibaju.com (story nya ada kat previous posting), kita orang singgah di RnR Seremban untuk rest dan minum-minum. Masa minum-minum kat sinilah tercetus idea dan perancangan untuk mengadakan charity ride terus ke rumah orang susah dan bagi sumbangan kepada depa.
A few days later, bro zuhri dah up invitation untuk charity ride ini. Cuma satu je problem yg ada. Kita takder fund. So, mana nak cari? Last-last kita plan untuk minta donation or sumbangan dari warga VOG yg berjumlah 300+ tu. Harap-harap ramai yg akan bagi sumbangan ikhlas untuk kerja amal ini. Tarikh untuk charity ride ni pun dah ditetapkan pada 27 Ogos 2011 dan bro aidil akan memilih keluarga daif untuk diberi sumbangan. Alhamdulillah, berkat sokongan semua, termasuk kempen yg berterusan oleh bro MF, sebanyak RM2400+ telah berjaya dikumpul.
27 Ogos 2011 / 27 Ramadan 1432H
Planning rv di Caltex USJ jam 4.30 ptg. Aku ni tak berapa familiar area USJ ni. So, terpaksa tanya Mr Googlemap, malangnya tak jumpa jugak tempat nak rv tu. Last-last, bro aidil bagi petua ke situ. Thank you bro. Lebih kurang jam 4.00 ptg aku dah sampai di rv. Masa tu dah 4 biji versys yg dah sampai i.e. bro chor aidil, bro zuhri, bro azra & ultraman mebius. So, parking, borak-borak dan tunggu yg lain sampai…
Jam 4.30 kita oarng move. Ikut bro hadi, arenim tunggu kat exit plaza tol usj. So, move ke sana dulu.
Since tunggu punya tunggu arenim tak sampai jugak, kita orang terpaksa move sebab dah janji dengan imam kampong tersebut. Bro zuhri diberi tugasan untuk cari dan bawak arenim ke lokasi. Yang lain move ke destinasi. Sampai di jalan masuk ke kampong tersebut, kita orang stop sekejap untuk tunggu yg lain. Masa kat sini, konvoi bertambah dengan kehadiran bro syahmie ramlie & bro mohd zahidi.
Semasa tengah menunggu kat sini, pak imam pun sampai. Nasib baik, kebetulan kita nak move, bro zuhri pun sampai dengan arenim. So kita orang proceed ke rumah yg pertama..
Rumah kedua terletak di tepi jalan. Untuk rumah ni, sumbangan diberikan oleh abang besar mazlan B3. Nasib baik kita orang datang dengan pak imam dan ketua kampong sekali. Kalau tak, sure tuan rumah ni tak buka pintu. Silap-silap dia telefon polis or kejar dengan penyapu. Hehehe….
Rumah ketiga, giliran aku la pulak untuk bagi sumbangan. Since dah bulan puasa & kena keluar zakat fitrah, dan yg pilih keluarga-keluarga ni pun pak imam, aku anggap mereka-mereka ini kategori yg boleh terima zakat la. So aku langsung bagi zakat fitrah kat akak ni.
Seterusnya kita orang pegi ke rumah yg keempat dan terakhir. Kat rumah ni, bro hadi yg menyampaikan sumbangan. Bro muiz jugak ambik kesempatan untuk bagi zakat fitrah kepada abang ni. Alhamdulillah..
Selesai semua, kita orang singgah solat asar di mesjid berdekatan…
Jam 5.30 petang, kita orang move ke Summit hotel USJ untuk berbuka. Program berbuka ni ditaja oleh bro zuhri dan bro aidil. Terima kasih daun keladi bro….nanti boleh buat lagi….hihi.. Sementara menunggu waktu berbuka, kita orang lepak-lepak di lobi hotel dulu..
Dah dekat waktu berbuka, kita orang naik ke cafe. Wah! meja kita orang dekat dengan tempat minuman. Cantek. Boleh minum banyak sebab memang dahaga sangat-sangat. Dan macam biasa, VOG tak sah kalau tak riuh rendah dan gelak ketawa. Nak buka puasa pun jenuh bergelak ketawa. VOG best bro…
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Selepas semua dah suka hati sebab perut dah kenyang, orang lain pun dah takder kat cafe tu, kita orang pun bergerak untuk balik ke destinasi masing-masing..
Alhamdulillah…semua perancangan dan program berjalan dengan lancar. Cuaca pun terang dan cantek. Alhamdulillah jugak, suma bikers selamat pergi dan selamat sampai ke rumah tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini.
Insyallah, jika diizin Illahi, mungkin kita dapat mengulangi amal ini di ramadan yg akan datang. Kepada semua yg telah memberi sumbangan, terima kasih bebanyak. Hanya Tuhan yg bisa membalas budi baik kalian semua. Jua terima kasih yg teramat sangat kepada bikers yg hadir, yg menjadikan program ini satu kenyataan…
mazlan abdul manaf aka bintang3;
hadi hussein;
chor aidil;
zuhri iskandar;
muhammad muiz hambal;
syahmie ramlie;
mohd zahidi zaini;
azra;
khairul azman;
halim aka ultraman mebius;
arenim [yamaha fz150 - tima kasih byk2 sudi join ride kita org];
es ramlee aka smoke [datang lewat sbb masalah teknikal. sempat dtg berbuka je.....t/kasih jgk]
lastly…..me saif abbas.
Dikesempatan ini jua, aku ingin menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf jika ada kekhilafan atau kesalahan, bahasa mau pun bicara, perbuatan atau perkataan, sengaja atau tidak….Akhirkata Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin..