Tuesday, August 23, 2011

KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG RAMADAN 2011 & MAJLIS IFTAR ANAK YATIM BAITUL MAHABBAH 20 OGOS 2011

Salam. Kali ni den nak cito pasal pengalaman dan event den hari Sabtu 20 hb Ogos 2011 yg lalu. Event ni berlaku di Soromban dan di Rasah, Nogori Sembilan. So, tahulah kenapo den cakap ala-ala orang nogori ni. Tapi, sobonarnya den ni bukannyo orang nogori. So, kalau ado yg tersilap tu, jangan la marah pulak. Biaso la, buah compodak di luar pagar…..aaik… apo kono mongono den dengan buah compodak ni, den pun tak tau. Tapi kalau ado, den makan jo….buek goreng pun sodap tu..Hehehe.. Tapi nak cito semuo dalam loghat nogori ni, den raso tak sesuai la pulak. Bukan apo, takut ramai yg tak faham. Termasuk la den sendiri. Hahaha…

Untuk event ni pun sekali lagi den dijemput oleh Sis Deida Shahabuddin (Thanks sis sebab sudi jemput den dan kengkawan). Event ni pun anjuran bersama sehelaibaju.com. Den ni macam biasa la…bila orang dah jemput den, den pun jemput la geng VOG yg lain.Biar sama-sama dapat peluang ride untuk charity ni. Asalnya charity ride ni nak buat hari Ahad 21 Ogos 2011, tapi atas sebab yg tak dapat nak dielakkan, telah diubah ke hari Sabtu 20 Ogos 2011. Den war-war kan jugak kat wall VOG dan kat event invitation pun den dah ubah. Tapi kalau ada kengkawan yg tak dapat info pasal perubahan tarikh ni, den tak dapat nak kata apa lagi…Den minta maaf banyak-banyak yo….

Sabtu jam 2.00 ptg den tengok langit dah golap. Macam nak hujan je. Apa lagi cepat-cepat den pakai riding gear dan move ke rv. Harap-harap dapat sampai rv sebelum hujan. Tapi masuk je highway Cheras-Kajang, dah kono hujan. Lobat jugak tu. Nasib baik jaket den ada raincoat kat dalam. Okay la jugak. Cuma seluar je yg basah. Sampai di rv, Shell after Plaza Tol Sg Besi, den tengok Ijau dah ada. Dan ada a few SYM Bikers yg dok tunggu kat situ. Den pun tak tau ke mana destinasi dia orang ni. Nak tanya, den pun tak kenal. Bila Sis Deida sampai baru tau rupanya dia orang ni nak pegi program charity jugak tapi di Melaka. Hujan masih turun waktu kawan-kawan yg lain sampai. Sampai jam 3.00 ptg dah ada 6 versys dan 1 scooter. Hadi Hussein, Chor Aidil, Kae Akbar, Zuhri Iskandar, Ijau Adzha dan den sendiri. Scooter plk Sis Deida + Mai. Md Faz sms bagitau dia tunggu di RnR Seremban. Bila semua dah ready, kita orang pun gerak ke RnR Seremban. Cuaca pun tak berapa elok. Hujan di beberapa tempat. Tapi Alhamdulillah, tak ler lebat sangat.

Sampai RnR Seremban, kita orang rest sekejap. Lagipun masa tu hujan. Bila MF dah sampai, kita orang pun move. Follow Sis Deida sampai ke Wisma Penerangan. Bila dah sampai sana, baru den tau. Rupanya ada 2 event yg jalan serentak. Event pertama, Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011. So, kita orang kena konvoi sambil kibar Jalur Gemilang bersama-sama team Kembara Jabatan Penerangan Negeri. Selepas pasang Jalur Gemilang kat moto masing-masing, kita orang pun move diiringi polis trafik dari IPK N/Sembilan. Masa ni konvoi kita orang dah bertambah, moto je 7 versys dan 2 scoot. Campur van dan 4×4 Jabatan Penerangan, memang banyak la. So, kita pusing pekan Seremban..

Sepanjang perjalanan, konvoi ditemani oleh lagu Jalur Gemilang dan pengumuman yg menarik…”Tuan2 dan Puan2, konvoi ini disertai oleh Kelab Motosikal Versys Owners’ Group dari Kuala Lumpur……….” Hahaha….mau popular VOG kat Soromban ni. Konvoi jugak stop kat beberapa tempat untuk mengagih pamplet kempen kibarkan Jalur Gemilang. Yg bestnya, masa stop kat Terminal 2 Seremban, semua tak berani nak buka helmet. Malu. Sebab ramai orang dok tengok. Biasala VOG kan pemalu…Hahaha..

Solosai pusing pokan Soromban, kita orang pun move rumah anak yatim di Rasah. Perjalanan masih diiringi oleh polis trafik dan didendangkan dengan alunan lagu Jalur Gemilang. Sampai ada yg dah boleh hafal lagu ni… hahaha.. Jam lebih kurang kul 5.30 ptg, kita orang sampai di rumah Anak Yatim Baitul Mahabbah. Tengok kanopi banyak, uiks.. macam function besar-besaran je ni. Geng baju merah (sehelaibaju.com) pun dah ada. Sampai je, dia orang berborak dulu. Geng VOG pulak dah tak sabar-sabar nak mula tugas. Tugas apa lagi kalau bukan bawak anak-anak yatim ronda-ronda dengan moto. Tunggu punya tunggu, takde pun anak yatim yg datang.Mungkin malu atau takut kut. Last-last, kita orang jugak yg pegi panggil. Then macam biasa, bila dah ada yg datang, yg lain pun datang nak merasa naik moto. Alhamdulillah, VOG dapat jugak bawak anak-anak ni naik moto..

Selesai sesi membawa anak-anak ini ronda-ronda, kita orang pun susun moto bagi cantik dan berehat sambil menunggu masa untuk berbuka. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti oleh lagu Jalur Gemilang. Takde masalah pun nak nyanyi lagu Jalur Gemilang ni sebab semua dah praktis masa atas moto semasa pusing pekan Seremban awal petang tadi. Sambil menunggu waktu berbuka juga kita orang dihiburkan oleh persembahan nasyid yg dinyanyikan oleh anak-anak Baitul Mahabbah ini.

Berbuka puasa kali ni memang meriah. Macam-macam makanan yg ada> Dari karipap sardin yg sedap tu sampai lah ke bubur kacang durian, bersama nasi beriani dan lauk pauk nya. Tak rugi den datang jauh-jauh sebab dapat makan sampai konyang. Den tengok kengkawan yg lain pun sama…

Jam 9.45 malam, setelah selesai makan, perut pun dah kenyang, kita orang pun bergerak balik. Tu pun sempat singgah minum-minum dulu kat RnR Seremban sambil membincangkan beberapa projek kebajikan yg akan datang. Dari situ, kita orang bertolak balik ke rumah atau destinasi masing-masing. Alhamdulillah, semuanya telah selamat. Event yg dirancang telah berjalan dengan baik dan selamat, anak-anak yatim pun dapat naik moto dan semua selamat tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini, dan yg paling penting, bikers semua sampai balik ke rumah dengan selamat.

Apa pun, den nak ambik kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih pada Sis Deida yg sudi menjemput den dan VOG untuk turut sama mengikuti perjalanan dan pengalaman ini. Terima kasih jugak kepada Sis Myanderson Mai & Sis Leena Wong yg turut sama membantu. Terima kasih kepada anak-anak yatim Baitul Mahabbah yg sudi menerima kedatangan kami. Terima kasih kepada Geng Baju Merah (sehelaibaju.com) yg sudi menerima dan mengajak kami untuk bersama-sama charity ini. Dan terakhir sekali terima kasih kepada saudara-saudara VOG ku, Hadi Hussein, Chor Aidil, Ijau Adzha, Md Faz, Zuhri Iskandar & Kae Akbar yg sudi menemani den dan sama-sama menyertai charity ride kali ini. Moga kalian semua diberi keberkatan dan ganjaran oleh Allah swt.

anak-anak yatim

Sis Deida & Sis Leena......Sis Mai tak tau kat mana....

Geng Baju Merah (sehelaibaju.com)

Bro Zulastry Rahim dari sehelaibaju.com

VOG dr kiri chor aidil, zuhri iskandar, ijau adzha, hadi hussein, md faz, kae akbar & me..

” Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya)” Surah Ad-Dhuha:9

Gambar dari koleksi Zulastry Rahim, Hadi Hussein & me.

No comments:

Post a Comment