Sunday, August 14, 2011

VOG BERSAMA BIKERS CARE & KUMPULAN SBBMSM CHARITY RIDE & BERBUKA PUASA @ POSHE

Kata orang air mata bisa menceritakan perasaan seseorang. Perasaan suka atau pun duka. Dan ada ketikanya linangan air mata lebih mampu untuk menggambarkan perasaan seseorang tanpa perlu meluahkannya dengan kata-kata. Kekadang itu, linangan air mata bisa menenangkan hati yg resah atau jiwa yg sedih tak kira orang itu lelaki mau pun perempuan. Apa pun, di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, biarlah air mata yg mengalir itu air mata kegembiraan dan bukannya air mata kesedihan.

Beberapa hari sebelumnya, aku terima jemputan dari Sis Deida untuk join charity ride ni…KONVOI “BIKERS CARE” SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA. Konvoi kali ini adalah charity ride ke rumah perlindungan kanak-kanak pesakit hiv. Event tu dirancang pada hari Ahad 14 Ogos 2011. Konsep event ini sangat mudah. Sorang bikers diminta membeli sehelai baju melayu atau baju kurung untuk diberikan kepada anak-anak malang ini. Jemputan ini aku panjangkan kepada kawan-kawan VOG dengan harapan ramai yg akan turut sama menyertai majlis kebajikan ini.

Ahad 14 Ogos 2011, jam 1430 hrs, aku dah siap. Dah tak sabar sebenarnya nak move ke Petronas Tesco Ampang. Malangnya, bila aku pakai je semua riding gears aku, hujan pulak turun. Lebat pulak tu. So, buka balik dan duduk kat balkoni tengok langit. Alhamdulillah, jam 1500 hrs, hujan dah stop. Apa lagi, aku pun put all my gears dan move. Masuk hiway Cheras-Kajang je hujan dah turun semula. Aduh, terpaksa ubah haluan ke stesen Petronas kat situ. Since minyak moto pun dah kurang aku isi dulu minyak kat sini. Selesai isi minyak MF bagitau yg dia dah ada di depan Stadium Bolasepak Cheras. Kat sana tak hujan katanya. So, aku pun apa lagi, redah jugak hujan kat situ untuk ke stadium.

Dekat nak sampai stadium,aku tengok ada ramai orang dan ada khemah. Wah! Dah ramai orang yg sampai, bisik hati aku. Bila aku sampai je, tengok MF dok lepak sorang-sorang kat situ. Rupanya yg ramai-ramai kat situ adalah warga Indon yg datang untuk pemutihan. So, hanya ada kami 2 je melayu di celah-celah ramainya orang Indon. Hmmm last-last aku ajak MF ke Petronas Tesco je. On the way, redah hujan lagi. Sampai di tempat rv tengok tak ramai pun yg ada. VOG yg dah sampai, Bro Hadi, Bro Mohd Norfadzly dan Bro Azrun. Campur aku dengan MF. Adalah 5 bijik V. Emmm…sedih jugak aku sebenarnya. Aku harapkan dapat la dalam 10 bijik. Baru best sikit. Tapi mungkin faktor cuaca yg menjadi penghalang. Sementara menunggu yg lain sampai, kita orang borak-borak dulu. Lagipun hujan masih turun.

azrun, MF, hadi & fadzly..

Jam 1645hrs kita orang move ke Stadium Bolasepak Cheras. Walau pun hujan, semua kelihatan bersemangat untuk pergi charity ride ini. Diredahi jugak hujan yg turun. Sampai di stadium, tengok group volunteers dari sehelaibaju.com dah menunggu dengan baju merahnya. Begitu jugak group 4×4 yg sedang menunggu kedatangan bikers. So, kita orang stop sekejap, sambil menunggu yg lain sampai, dan sedikit taklimat perjalanan oleh Sis Deida.

on the way to rv2

sampai je terus group foto....hehe

taklimat oleh sis deida

Selepas taklimat, kita orang pun move ke lokasi yg tidak jauh dari stadium berkenaan. Ramai jugak yg ikut konvoi ni yg terdiri dari moto-moto kapcai, skuter, vulcan, 5 Versys, 4×4 dan jugak kereta-kereta biasa. Malangnya konvoi ni tak dapat bantuan kawalan dari polis trafik. Terpaksa ler masing-masing jaga diri masing-masing sambil sedikit marshaling oleh Sis Deida. Alhamdulillah, semua kenderaan sampai ke destinasi dengan baik tanpa sebarang kejadian buruk berlaku.

Lebih kurang 20 minit perjalanan, kita orang pun sampai di destinasi. Rumah perlindungan kanak-kanak pesakit hiv ini terletak di dalam sebuah kawasan perumahan. Apabila kita orang sampai kat depan rumah anak-anak istimewa ini, depa dah tunggu dan tak sabar-sabar nak naik moto. So, bikers pun terus ambil anak-anak ini naik dan pusing-pusing di sekitar kawasan taman perumahan ini.

Selesai round pertama bawa anak-anak ini pusing-pusing atas moto, kita orang pergi ke Mesjid Saidina Abu Bakar yg berdekatan untuk solat asar. Masa kita orang tengah memakai boot and other riding gears, ada 2 makcik ni datang tegur kita orang. Yg menariknya, salah satu soalan yg keluar daru mulut makcik tu adalah, “Moto ni ke yg pegi Kembara Bumi Suci tu?”. Kita orang semua terkedu. Dalam hati aku berkata, “Wah, makcik ni kenal jugak versys..”. Terasa bangga jugak dalam hati bila orang recognize moto kita. Terima kasih kepada team Kembara Bumi Suci. Kerana depa versys dikenali. Setelah borak-borak sekejap, kita orang balik semula ke rumah perlindungan tersebut.

tengok moto ni ler makcik tu tanya...."moto ni ke yg pegi kembara bumi suci tu?"

Balik ke rumah perlidungan, kita orang masuk ke round kedua bawa anak-anak ini pusing-pusing sebelum berhenti untuk persediaan berbuka puasa. Sambil-sambil itu, kita orang bergotong royong membawa barangan yg didermakan ke dalam manakala para ibu, kakak menyiapkan juadah untuk berbuka.

haa....jgn bawak semua.. berat tu...letak je atas kerusi roda tu..

kalau setakat kotak ni.,,takde hal lah...

cepat-cepat jgn kasi kalah..

hebat jugak pak mid ni....cayalah...tp 10kg je pak mid..

cepat sikit...dah jam bape ni...perut akak pun dah nyanyi lagu keroncong ni..

4 jejaka tampan pujaan malaya menunggu waktu berbuka..

dah...sesi naik moto dah selesai....lain kali pulak ye..

grup foto sebelum berbuka..

another group foto b4 berbuka..

Masuk waktu berbuka, kita orang berbuka bersama-sama…..Alhamdulillah..

ikut giliran..

kita buka dengan kurma dulu ye..

sorry ye....dah licin..

aku tak peduli....apa pun isi perut dulu....lapar beb..

begitu kusyuk mengadap makanan..

Selesai berbuka, perur semua dah kenyang, masa untuk bagi sumbangan pada anak-anak ini..

sapa nak duit raya, cepat beratur...

tak sabar nak ambik duit raya ni..

bila la nak sampai giliran aku ni??

ucapan terima kasih dari mak wan yg menjaga rumah dan penghuni ini..

Selesai acara penyampaian sumbangan kepada anak-anak istimewa ini dan ucapan terima kasih dari Mak Wan yg menjaga rumah ini dan anak-anaknya, bererti selesailah sudah program charity ride pada hari ini. Syukur ke hadrat Illahi kerana program ini telah berjalan dengan baik. Tiada apa yg lebih menggembirakan dari melihat anak-anak ini gembira dan lupa pada kesakitan dan kesengsaraan walaupun hanya untuk seketika, Seperti yg telah ku kata awal tadi. Ada ketikanya hanya linangan air mata yg bisa menceritakan segalanya….

Apapun, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama-sama meraikan anak-anak ini. Terima kasih kepada Sis Deida yg sudi menjemput aku. Dan aku juga melihat kepuasan dan kegembiraan di mata semua yg hadir pada hari itu. Puas dan gembira kerana bisa memberi kasih sayang dan sedikit kegembiraan kepada anak-anak yg tidak berdosa ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan akan disokong oleh semua. Insyallah.

Tahniah & terima kasih kepada volunteers sehelaibaju.com, 4×4 wheelers, semua bikers & adik2 MNC, dan semua yg hadir, tidak lupa juga kepada saudara-saudaraVOGku .. Hadi Hussein, Mohd Norfadzly, Mohd Azrun, Mohd Faisal dan adikku Chaya Juhan yg sudi bersama-sama. Semoga Allah memberi keredhaan dan keberkatan kepada kita semua. Amin..

Gambar-gambar dari koleksi DSG Serigala, Naga Timur, Hinata Hyuuga, Piah Dungun Ank Cikngoh dan me.

No comments:

Post a Comment