Monday, October 3, 2011

VOG DI KEMPEN CEGAH JENAYAH DI TEMERLOH, PAHANG 1 OKT 2011

1 Okt 2011, VOG dijemput oleh seorang VOGian, yg juga seorang pegawai polis di IPD Temerloh untuk ikut bersama meraikan Kempen Cegah Jenayah di sana. Since Bro Fadzly ni sentiasa support CVOG bila ada function or event, kita orang pun rasa berbesar hati untuk sama-sama support bro kita ni. Ikut cakap Bro Fadzly, tugas kita orang adalah untuk eskot Ketua Polis Pahang dari plaza tol Temerloh ke tempat majlis kempen tersebut diadakan iaitu di Tunas Manja Hypermart. Dan diperlukan 20 biji V. Alhamdulillah VOG Kuantan pun sanggup datang membantu. So, setakat eskot tu perkara senang je tu. VOG memang dah expert bab-bab eskot dan dieskot ni. Hahaha…

Kita orang rv kat BHP selepas tol Gombak pada jam 11 pg. Yg sampai paling awal, Utoman. Siap datang breakfast dulu kat situ. Yg kedua Hasrin dan aku yg ketiga sampai. Then yg lain-lain pun sampai termasuk Bunge dgn ER6N pinknya.. tanpa disangka-sangka, bro Lobai pun ada, bro Hadi pun ada. Alhamdulillah. Bila semua dah ready, kita orang baca doa dan taklimat sikit sebelum move ke Temerloh.

ayie: keluar ni je terus leper sampai tol...jangan kasi chance..

yeaahhh

borak dulu...

memohon keberkatan dan keselamatan dari Illahi..

Kata orang malang tak berbau. Walau macam mana kita get ready pun, kalau benda nak jadi, jadi jugak. So, on the way pergi ni berlaku dua problem sikit. Yg pertama moto Smoke pancit kerana kena paku. Alhamdulillah sebab kali ni ada bro Lobai & bro Hadi to the rescue. Problem yg kedua, moto bro Ijau Adhza pulak yg pecah tayar. Terpaksa dia pusing balik ke KL dan tukar tayar baru.

hish....dia org ni, asyik nak snap pic je. aku nak wat keja pun susah...dah terpaksa posing dulu..

Jam 1.15 tghr kita orang sampai di tol Temerloh. Kita stop sekejap untuk re-group. Kat sini aku terjumpa dengan member lama masa sekolah menengah dulu. Sempat jugak borak-borak sekejap. Dari situ kita orang move untuk makan the famous ikan patin. Malang aku dengan bro Hadi tertinggal. Terpaksa pusing dua tiga kali jugak baru jumpa. Tu pun nasib baik bro Hadi tanya orang kat situ. Hehe…terbaek bro. Kalau aku sure aku tawaf satu pekan dulu. Tak jumpa jugak, balai la mana lagi.

susun moto kasi cantek dulu...

tunggu yg lain sampai..

Di tempat makan kita orang re-group dengan VOG Kuantan. Sambil makan tu sempat jugak borak-borak. Aku tak makan ikan patin, so makan yg lain je lah. Bro Fadzly support sikit untuk lunch ni. TQ bro.

mereka-mereka yg dah kekenyangan...

bersama VOG Kuantan..

fuh!! kenyang bangat..

izzar dgn bunge tengah gelakkan perut smoke ke?

lobai muka masam je....tak cukup makan ke bro...tak cukup nanti kita datang lagi...hihihi..

walawei...

bro fadzly tgh bg briefing...

mereka yg pura-pura dengar briefing....otak sebenarnya ke lain..

yg ni langsung tak dengar briefing....sibuk dandan rambut...

Lepas lunch, kita orang move ke plaza tol untuk tunggu KP sampai. Jam 2.30 ptg KP sampai. Borak-borak sekejap dan mendengar taklimat konvoi oleh bro Fadzly. Kemudian kita orang move ke tempat event. Perjalanan kita orang dieskot oleh polis trafik dari tol hingga ke destinasi. Bunge pun dah jadi VIP & dapat ride belakang KP. Hahaha….dia kan selebriti.

tunggu KP sampai..

KP ucap terima kasih pada VOG join program ni..

Sampai di Tunas Manja, kita orang parking moto betul-betul kat depan dan tunggu upacara rasmi selesai before boleh hi-tea. VOG tetap VOG. Memang kaki bergambar and memang kaki havoc. Tan Sri Lee Lam Thye dok berucap atas stage, VOG dok kecoh bergambar kat bawah. Dan yg penting, dapat minum Ali Cafe free. Entah berapa gelas aku telan aku pun tak tau.

parking dulu elok-elok.....

apa lagi posing time laa...

posing...

ayie tengah tunjuk bengkong barunya....dah mcm WWF la pulak...

Sementara menunggu ucapan etc selesai, kita orang lepak dalam shopping kompleks dulu. Rest and minum-minum. Bila selesai ucapan kita orang pun masuk untuk hi-tea bersama-sama yg lain. Masa tengah minum KP datang bagitau yg dia akan ke KL. Kalau nak ikut pun boleh. Malangnya KP bawa ST1300, kita orang bawak 650 je…makan asap la jawapnya. Lagi pun ramai nak isi minyak. So, kita tak jadi follow KP balik KL. Kalau tak, sure ada outrider lagi. Haha..

buat kecoh dalam ni pulak.....adoii..

Lepas hi-tea, program kita orang adalah bergambar bersama KP. Tapi dia ada press conference pulak. So lepak-lepak and tunggu dulu sambil usha-usha budak-budak PLKN.

KP PC kita orang posing....hahaha

lobai cakap silap aku bergambar dgn budak-budak ni...

pheeewiit

bergambar dengan KP & Pengerusi Cegah Jenayah Temerloh & KPD Temerloh..

Selesai bergambar dengan KP, dia pun terus shoot ke KL. Kita orang isi minyak dulu kat Shell berdekatan. Perjalanan kita orang dari Tunas Manja ke tol pun dieskot oleh polis trafik. TQ bro fadzly for the arrangement.

Dari tol Temerloh, kita orang move balik ke KL. On the way balik, moto bro Ajib lak ada problem skit. Skru ferring pulak tercabut. Kali ni bro Hadi menjadi penyelamat. Masa kita orang stop tunggu bro Hadi proses moto Ajib, ada budak-budak sekolah datang nak bergambar dengan Bunge. Dikerumuninya Bunge sampai dah tak nampak. Hahaha..

Bunge dengan peminat-peminat cilik..

Dekat nak sampai Genting Sempah, moto bro Ijau lak jatuh rantai. Seperti biasa bro Lobailah penyelamatnya. Sampai Genting Sempah, kita orang rest dan minum sebelum balik ke destinasi masing-masing.

minum dulu sebelum balik..

semua happy sebab segalanya selamat...

best..

aaaikk tiba-tiba master manual kugen dran pun ada???

wa tak kira....lu mesti bayar ganti rugi!!!

Alhamdulillah. Semua riders pergi dan sampai rumah dengan selamat. Ride yg best. Dapat ride, dapat makan, dapat jumpa kawan dan yg paling best ….dapat masuk paper tu. Cayalah…hahaha…….

akhbar sinar harian edisi pantai timur..

Anyway, t/kasih pada bro Fadzly yg jemput dan arrange everything. T/kasih pada bro Lobai & bro Hadi yg menjadi penyelamat dan technical crew. T/kasih jugak kepada Bunge, satu-satunya rider pompuan yg join ride ni dan akhir sekali, t/kasih pada semua yg sudi ride ke Temerloh ni. Moga kita berjumpa lagi di ride yg akan datang. Safe ride. VOG Terbaek…Wassalam,.

p/s: kepada yg nak download gambar, bolehlah ke sini… http://kudin2.fotopages.com/?entry=2346278&back=http://kudin2.fotopages.com/

No comments:

Post a Comment