Sampai hotel kita orang rest sekejap. Maklum la kena hujan dan berpanas. Cuaca pun agak panas masa di Songkhla. Dalam jam 6 petang kita orang turun. Memandangkan kali ni dah tak naik moto, attire pun dah bertukar. Semua pakai seluar pendek kecuali aku je yg pakai jeans. Hmmm memang camtu ke dress code bila pegi Thailand? Hahaha…Jam 6 petang kita orang dah turun dan tunggu Ali datang dengan tuktuk nya. Kali ni perjalanan kita orang naik tuktuk la pulak. Lagi pun kita orang nak rest sambil menikmati pemandangan jalanraya di HatYai ni. Walau pun sebenarnya lebih banyak berborak atas tuktuk dari melihat pemandangan. Pemandangan yg kita orang lihat pun pemandangan tertentu je. Hehehe…
Kali ni kita orang nak ke KlongHae Floating Market atau Pasar Terapong KlongHae. Pasar ni terletak lebih kurang 5.5km dari hotel kita orang stay. Kalau ikut Mr Googlemap, ambik masa 17min je dari hotel kita orang tapi rasa aku dok atas tuktuk tu dalam 30min jugak la. Mungkin tuktuk tu ikut jalan lain kut sebab banyak jalan yg agak sibuk.
Bila sampai di KlongHae, tengok memang ramai orang. Bas rombongan pun banyak. Jalan tak payah cakap la. Jemm je. Tuktuk kita orang masuk ke stesen tuktuk yg terletak di dalam Wat lama kat sebelah jalan menuju ke pasar tu..
KlongHae Floating Market ni terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama, kat jalan mula-mula masuk. Yg ni macam suasana pasar malam kat tempat kita. Gerai di kiri kanan jalan. Macam-macam yg dijual. Dari t-shirt, beg, makanan etc. Yg paling aku suka tengok makanan pelik yg ada jual kat satu gerai ni. Gerai ni jual ulat, lipas, belalang dan entah apa lagi insects yg digoreng. Mula-mula aku teringin jugak nak try makan. Just nak rasa tapi MII dan ZAA tak galakkan. Last-last tak jadi aku nak beli. So, tengok je la.
Bahagian kedua pasar ni, adalah gerai-gerai yg dibina khas. Lebih tersusun. Barang yg dijual sama je dengan tempat lain. Tempat makan pun ada tempat duduk. Tapi yg betul-betul jadi tumpuan kat sini adalah bahagian ketiga. Bahagian ketiga ni yg dinamakan floating market. Sebabnya, semua peniaga dan barangan yg dijual berada di atas sampan. Dan sampan tersebut rapat ke daratan untuk urusan jual beli. Cara ni merupakan cara biasa jualan barang di Thailand di kawasan-kawasan sungai. Dipraktikkan sejak zaman dulu dan dihidupkan kembali di KlongHae ni. Kebanyakkan barangan yg dijual melalui cara ni adalah barangan makanan dan sayur-sayuran.
Kat floating market ni aku beli ABC je. Tapi balik KL dah kena food poisoning pulak. Maybe sebab Thailand baru lepas banjir kut and terdedah kepada macam-macam penyakit. Hmmm….3 ari jugak la aku muntah-muntah dan diarrhea.. nak makan pun takut..
Balik dari KlongHae, kita orang rest sekejap, mandi dan turun semula untuk dinner. Kali ni naik tuktuk Ali jugak. Tempat makan pun tempat makan yg semalam aku and MF pegi. Menu malam ni…Udang masak asam jawa, ikan siakap stim limau, kangkong goreng belacan, somtam dan sizzling seafood. Fuh! Memang sedap dan terbaek la.
Lepas makan kita orang pusing lagi jalan sebelah Odean tu. Actually aku ada benda nak beli. Tengok masa aku jalan-jalan semalam. Nak beli semalam tapi tak jadi tapi malam ni aku beli jugak. Hehe…tak mahal pun. 3 cuma 200bhat.
Balik dari Odean, kita orang lepak-lepak, borak dan sempat jugak main kad sambil gelak-gelak sampai jam 2 pagi. Lepas tu semua adjourn ke bilik masing-masing untuk tido. Esok nak balik KL.
26 Nov 2011. Jam 10 pagi aku bangun dan call yg lain. Bila semua dah bangun dan siap, kita orang check-out dan gerak balik. Tapi sebelum tu singgah beli aksesori moto sikit dan jugak buat nombor plet Thai. Breakfast kat tempat semalam dan lepas tu gerak balik. Perjalanan kali ni adalah dari HatYai-Sadao-Padang Besar. Exit Padang Besar sebab kita orang dah janji nak singgah rumah Pak Tuan kat Beseri. Cuaca pun elok sepanjang perjalanan.
Sampai di Padang Besar, kita orang singgah sebentar di Kompleks Bebas Cukai untuk beli a few things. Then proceed ke rumah Pak Tuan. Tapi sempat singgah sekejap kat Empangan Timah Tasoh untuk foto. Rumah Pak Tuan pun dekat je dgn empangan ni. Kat rumah Pak Tuan, MF dan MII pasang ciggy. Aku pulak pasang bottle holder. Actually ZAA yg tolong pasangkan. Hehe TQVM ZAA. Kalau harap aku pasang, entah bila boleh siap. TQ jugak kepada Pak Tuan yg menerima kehadiran kami. Jugak kepada orangrumah Pak Tuan yg siap buat air dan kuih muih. Terima kasih daun keladi, nanti kami datang lagi….hihihi…
Dari rumah Pak Tuan, kita orang bergerak balik. Sampai di Kangar, dah hujan. Begitu jugak bila sampai Alor Setar, hujan lebat sangat. Sepanjang perjalanan memang asyik hujan je. Boot dengan glove ni tak payah cakap la. Dah basah lencun. Kita orang singgah di RnR Juru untuk rest dan makan. Then sambung perjalanan. Perjalanan pun tak boleh laju sebab jalan licin dan banyak kenderaan atas jalan. Semua warga kota nak balik ke kota sebab cuti dah habis. Kita orang singgah RnR Sg Perak untuk re-fueling before proceed to RnR Ulu Bernam. Di RnR Ulu Bernam, kita orang singgah untuk refreshing dan minum sekejap. Masa kat sini, we were join-in by Bro Jefri yg naik African Twin. So, lepas minum-minum dan semua dah refresh, kita orang move balik ke KL. Kenderaan masih banyak atas jalan. So, terpaksa hati-hati.
Alhamdulillah, aku selamat sampai rumah pada jam 0100 pagi walaupun tersesat masuk simpang masa kat SILK Hiway. Alhamdulillah jugak yg lain pun sampai rumah dengan selamat. T/kasih pada MF, ZAA dan MII for the ride and for the time spend. T/kasih jugak pada Pak Tuan & famili kerana sudi terima kami singgah ke rumah. T/kasih jugak pada Falcon Lee, Mie Motor & Pak Tuan yg sudi tunggu kami di Changloon walau pun dalam hujan. U guys terbaek..