Date: 26-28 November 2011
Route: Home – Bukit Kayu Hitam – Hat Yai – Samila Beach, Songkhla – Hat Yai – Padang Besar – Home
Distance: 1208 km
Perjalanan aku kali ni tak dirancang. Last minit plan. Actually, kalau ikut plan asal, aku nak ikut ZAA dan MII ke Phuket, Thailand. Tapi disebabkan depa move ke sana hari Jumaat pagi and aku masih keja, tak dapat la aku nak ikut. So, bincang dgn MF dan Utoman, kita orang decided untuk ke Songkhla. Malangnya last minit Utoman pulak tak dapat ikut. So, tinggal aku dengan MF je. Bila tinggal dua orang ni, mula ler aku 50-50 tapi MF cakap, proceed. So, kita orang pun proceed dengan plan ke sana.
Kita orang rv di Shell Tol Jalan Duta jam 0300 pagi dan move jam 0400. Nasib baik la cuaca okay. Tak pulak hujan. Aku ni memang jenis tak suka ride malam-malam. Tapi sebab nak sampai awal kat border, terpaksa ler move awal pagi. On the way tu lapar la pulak. Maklum la aku tak dinner pun malam tadi. Singgah NZ jap then balik packing-packing, jam 0300 hrs dah keluar rumah. Ingat nak makan kat RnR Tapah tapi tengok ramai pulak orang. So, next stop RnR Simpang Pulai, tapi kedai makan semua dah tutup. Last-last makan kat RnR Gunung Semanggol je.
Perjalanan kita orang dari KL, so far okay sehinggalah sampai ke Alor Setar. Hujan turun mulai dari Alor Setar sampailah ke Changloon. Di Stesen Petronas Changloon, Falcon Lee, Mie Motor dan Tuan Saifuzie dah tunggu walaupun dalam cuaca hujan. Cayalah bro. Gue respek sama lu orang. Kita orang stop sekejap untuk beli insuran, tukar duit dan isi borang imigresen Thai and then move ke Bukit Kayu Hitam. Di BKH, kita orang breakfast sambil borak-borak tunggu hujan stop.
Bila hujan dah berkurangan, kita orang pun move ke CIQ. Pak Tuan, Falcon dan Mie balik ke lokasi masing-masing. TQ geng, sudi tunggu dan sambut kami walaupun dalam hujan. Korang memang terbaek. Sampai di CIQ, tengok punya ler ramai orang yg nak masuk ke Thailand. Aduh! Harus lama nak kena beratur ni..
Dah settle semua, kita orang singgah lunch kat Dannok. Kali ni MF bawa aku makan asam pedas ikan puyu. Memang pedas pun tapi memang sedap. Keluar air mata jugak ler makan pedas-pedas ni…
Selepas makan, aku singgah beli no prepaid Thai kat Dannok untuk kegunaan komunikasi kat sana, dan kita orang terus shoot ke Hatyai. Bawa moto pun terpaksa berhati-hati sebab jalan masih licin sebab baru lepas hujan. Sampai sana tengok Hatyai dipenuhi pelancong dari Malaysia. Mungkin sebab cuti sekolah kut. Hotel pun dah penuh. Pusing punya pusing last-last dapat hotel kat Thanon Nipatuthit 3 (Jalan Nipatuthit 3). Okay jugak sebab dekat dengan shopping complex Odean. Selepas check-in dan refresh, kita orang keluar pusing-pusing..
Selepas pusing-pusing, kita orang pegi dinner kat salah satu restoren Muslim kat sini. Kat mana restoren ni aku pun tak tau. Kita orang pegi pun naik tut-tut. Tapi restoren ni memang tumpuan orang Malaysia yg datang melancong kat sini. Baik yg datang dgn famili, datang sendiri atau yg datang dengan bas rombongan.
Kita orang order tomyam seafood, kerabu mangga dan paprik seafood. Memang sedap dan terbaek. Lain dari tomyam yg makan kat sini. Kerabu mangga pun lain rasanya. Lebih sedap. Bertambah jugak la kita orang makan.
Makan sudah, kenyang sudah, kita orang kembali ke Odean. Kat kawasan sekitar Odean Shopping Complex ni, ada jual macam-macam kat kaki lima jalan. Macam kat Petaling Street jugak la. Tapi majoriti yg dijual kat sini adalah t-shirt, beg, kasut, souvenir dan lain-lain lagi. Satu lagi benda spesial yg MF tunjuk kat aku kat sini adalah teh tarik ais. Sempat jugak aku tengok barder tu buat teh tarik tu. Tapi aku tak beli pun sebab aku ni kurang minat minum teh tarik especially kalau teh tarik tu manis sangat.
Masa berjalan kaki balik ke hotel, aku ternampak 2 biji V dengan laju membelah trafik. Aku bagitau MF nampak macam moto MII tapi MF cakap mungkin grup lain. Tapi aku cakap aku kenal topbox Cococase dgn Trekker tu. Malamnya baru dapat sms dari MII bagitau yg depa dah ada di HatYai. Cantek! Esok depa pun nak follow ke Songkhla. So, set time untuk rv esok and tido.
No comments:
Post a Comment