Hari ni Ahad, 13 Nov 2011. Sepatutnya semalam aku pegi Kembara Rentas Desa bersama VOG ke Teluk Intan-Lumut-Ipoh. Tapi atas sebab-sebab yg tak dapat nak dielakkan, terpaksa aku lepaskan peluang untuk ride bersama dia orang. So bangun tido pagi ni aku pikir nak pegi ride ke mana-mana. So, pikir punya pikir, aku decided untuk ride ke Morib-Bagan Lalang-Port Dickson. Mula-mula plan nak pegi solo je tapi since Utoman dengan Zuhri tak dapat ikut kembara semalam, dan depa ada bagitau kalau nak ride ke mana-mana, ajak, aku pun roger depa bagitau plan aku. Menariknya, depa pun setuju untuk follow. So rv kat Shell Plaza Tol Sg Besi at 0800hrs dan 0830hrs kita orang move. Laluan yg diikuti adalah Rv-Bangi- Jenderam-Dengkil-Banting-Morib-Bagan Lalang-Lukut-Port Dickson- Hiway PLUS-KL.
Dari tempat Rv, kita orang move ke Bangi dan lalu jalan Jenderam. Jalan Jenderam ni koner-koner sikit. So, boleh la layan sikit cuma jalannya kurang elok. Bila masuk Dengkil, ada pekan sehari. So, jalan agak sibuk dan sempit sikit sebab banyak kereta parking di tepi jalan. Sebelum sampai Banting, moto Utoman hadapi sedikit masalah. Nak masuk gear tak boleh katanya. So, stop tepi jalan and spray rantai and gear tu. Bila sampai Banting, cari kedai moto yg besar takde pulak. Yg ada semua kedai kecik je. Dah tu hari minggu pulak. Banyak kedai yg tutup. Stop kejap kat 1 kedai moto ni, malangnya tuan kedai ni pun tak mahir pasal moto besar tapi dia willing to help. Since dia pun tak tau nak buat macam mana, kita orang letak minyak kat pedal gear tu dan proceed ke Morib. Sampai Morib dah jam 1000hrs. So, snap a few pics and breakfast..
Dari Morib, kita orang move ke Bagan Lalang. Cuaca masih lagi cerah dan terang. Jalan pun okay.Cantik dan tak banyak kenderaan. Cuma kena berhati-hati dengan anjing dan lembu. Perjalanan melalui kawasan ladang kelapa sawit, kawasan paya bakau dan jugak melalui kawasan perkampungan. Ride kita orang pun santai je.
Sampai Pantai Bagan Lalang, stop kejap untuk ambik gambar lagi. Ramai jugak orang yg datang piknik kat sini. Yg datang camping pun ramai. Yg datang buat family day pun ada jugak.Pantai sini pun cantik.
Kita kemudiannya move ke Port Dickson. Dari Bagan Lalang ke PD, jalannya banyak yg koner-koner. Memang best kalau nak layan koner cuma jalannya ada tempat yg kurang elok. Sampai Lukut, kita orang decided untuk melawat tempat bersejarah Kota Lukut. Jalan nak ke Kota Lukut tu memang betul-betul mencabar. Off-road dengan batu-batu yg besar. Bawak moto rasa macam tayar takde angin. Tayar belakang asyik skid kiri kanan je. Aku pun dua kali jugak la moto nak tumbang. Tapi, Alhamdulillah, selamat jugak sampai ke atas. Takde apa pun sebenarnya kat Kota Lukut ni. Ada batu-batu peninggalan kota tu. Sayang keadaan situ tak terjaga. Kalau dijaga, dibersihkan kawasan tu, mungkin lebih ramai orang yg datang.
Sampai di PD kita orang stop kat Bt 4 untuk minum dan lunch. Cuaca dah kurang ceria sikit masa ni. Dah nak hujan. Selepas makan, kita orang move ke Pantai Telok Kemang. Masa ni hujan dah start turun walaupun tak lebat. Sampai di Pantai Telok Kemang, tengok ramai orang datang piknik dan jalan-jalan. Kita orang pun lepak-lepak minum jap.
On the way balik, kita orang pusing ke Tanjung Tuan. Ingat nak pegi tengok Rumah Api tu tapi malangnya, moto tak boleh naik sampai atas. Jumpa and minta pada guard yg jaga tempat tu, dia cakap tak dapat nak bagi sebab hari ni hari minggu dan ada ramai pengunjung kat situ. So, terpaksa ambik gambar dari pintu depan je.
Dari Tanjung Tuan, kita orang gerak ke Hiway Seremban-PD dan masuk Hiway PLUS menghala ke KL. Singgah sekejap di RnR Seremban Hala Utara. Ramai orang kat situ. Mungkin sebab hari minggu dan ramai yg nak balik ke KL. Kita orang minum dulu dan pekena cucur udang sambil borak-borak. Selepas tu move balik ke rumah masing-masing. Hiway agak jemm sebab kereta banyak. Zuhri exit Nilai menuju ke Puncak Alam, Utoman exit Kajang dan aku decided untuk exit Serdang. Takut exit Sg Besi nanti sangkut dengan jemm yg teruk pulak.
Perjalanan kali ni tak jauh tapi kita orang enjoy ride. Dan yg penting, semua selamat pergi dan selamat sampai rumah. Tiada kejadian yg tidak diingini berlaku. Moto Utoman pun dah okay selepas letak minyak kat gear di Banting tu. Alhamdulillah semua okay. Tunggu untuk ride yg lain pulak….
No comments:
Post a Comment