27 Nov 2011. Day 2 in HatYai. Ikut plan, hari ni kita orang nak pegi ke Songkhla. Of coz nak ambik gambar kat the famous monument kat situ. Apa lagi kalau bukan kat patung mermaid tu. Hahaha…
Dah bangun and siap, aku call MII ajak pegi breakfast dan langsung ke Songkhla. Rv kat depan hotel yg depa stay malam tu. So, aku dan MF pun ke hotel dia orang. Rupanya depa stay depan sikit dari hotel kita orang. Dari hotel dia orang, kita orang pegi breakfast. On the way, singgah kedai moto sebab ZAA nak beli handle bar tapi since hari tu hari Ahad, kedai tutup. Sampai kat restoren, kita orang makan heavy breakfast terus.
Ikut plan asal MII dan ZAA nak move ke Dannok selepas pegi Songkhla tapi hasil pujukan aku dgn MF, dia orang pun ubah fikiran dan setuju untuk stay 1 malam lagi di HatYai. Cantek. Selesai breakfast, kita orang balik hotel yg aku and MF stay untuk check-in ZAA dan MII.
Dari hotel kita orang ke Songkhla, namely Samila Beach. Jauh perjalanan lebih kurang 40km. Jalan pun okay. Cantik. Cuma perjalanan kita orang tergendala sikit sebab hujan masa perjalanan pergi dan jugak sebab visor aku tiba-tiba tertanggal. Tak tau sebab apa.
Sampai di Songkhla, our first stop is Tang Kuan Hill Lift Station. Kat atas bukit ni ada Old Pagoda dan lighthouse. Kata orang dari atas bukit ni boleh nampak the whole Songkhla. Tapi kita orang tak naik pun. Bergambar kat bawah je. Hihihi..
Dari sini kita orang move ke Laem Son Road. Ada monument kat situ tapi tak tau apa nama tempat tu sebab semua tulis dalam bahasa Thai. Aku pulak tak sempat nak belajar tulisan Thai. Sempat belajar cakap je. Tu pun dah lama tak cakap, banyak vocab dah lupa. Naan mai pood thai, lerm yerk yerk kata orang Thai. Kat sini yg aku ingat ada badan naga. Tapi sebelum tu kita orang berposing dekat-dekat situ dulu.
Selesai posing, kita orang move ke Samila Beach yg tak jauh dari situ. Sampai kat sana, jumpa a few bikers dari Malaysia. Salah sorangnya bawak V jugak. Aku penah jumpa brader ni kat Mok Motors Wangsa Maju masa servis kat situ. Tapi terlupa pulak nama dia.
Kat Samila Beach, kita orang lepak-lepak, minum, bersantai dan tengok-tengok orang. Memang ramai pun orang kat situ. Yg menariknya majoriti orang Malaysia. Aduh! Tak rasa macam dok kat Thailand pun. Nasib baik yg menjual tu semua cakap Thai. Kalau depa pun cakap melayu, dah tak rasa macam kat Thailand.
Pantai Samila ni memang cantik. Bersih dan pemandangannya memang menawan. Tapi aku tengok takde pulak orang yg mandi manda kat sini. Mungkin sebab ombak dan gelora kuat kut. Apa pun, aku dapat jugak bergambar dgn patung Golden Mermaid yg jadi landmark kat situ..
Setelah hilang penat dan puas bersantai di Samila Beach, kita orang move ke Chalathat Road. Jalan ni pun jalan tepi pantai jugak. Kat sini ada patung besar orang membaca buku. Tujuan patung ni dibina adalah untuk menggalakkan dan menanam semangat membaca buku kepada masyarakat setempat. Kita orang sempat jugak berehat-berehat di sini sekejap…
Lebih kurang jam 4.30 petang, kita orang bertolak balik ke HatYai sebab nak sambung perjalanan ke Floating Market pulak. Tapi kali ni naik tuk-tuk la pulak..
No comments:
Post a Comment