Hari ni hari ke 4 dan hari Krismas. Program hari ni ialah bergerak balik ke KL. Boleh ke tak, tak tahulah. Aku masih lagi cuti so tak kisah la sangat. Tapi ada jugak yg dah kerja esok. Lepas check-out, kita orang lalu ikut jalan pantai. Singgah sekejap kat Sarasin Bridge untuk posing. View dari Sarasin Bridge ni memang cantik. Air laut pun nampak biru je. Memang marbeles..
Dari Sarasin Bridge kita orang teruskan perjalanan. Singgah sebentar untuk breakfast kat sebuah petrol stesen di jalan Phetkasem di wilayah Takua Thung. Breakfast pun kopi dengan roti je sebab itu je yang boleh makan kat situ. Huhu..
Selesai breakfast, kita orang sambung perjalanan ke Krabi. Singgah kat Pantai Ao Nang untuk beli souvenier and lunch..
Selepas lepak-lepak tepi pantai, kita orang singgah makan kat restoren Chaba Thai ni. Makanan ok. Sedap.
Dari tempat makan, kita orang sambung perjalanan balik. Tapi singgah sebentar di tepi patung mud-crab untuk bergambar.
bulatan kat Pekan Trang |
Lebih kurang jam 2100 hrs kita orang sampai di Ban Dannok. Aku, Azhar dan Naser ambil keputusan untuk bermalam di sini memandangkan kita orang masih bercuti. Yang lain meneruskan perjalanan pulang selepas dinner.
Alhamdulillah, semua telah sampai ke rumah dengan selamatnya. Walaupun perjalanan ini jauh dan meletihkan, tetapi keterujaan dan kegembiraan itu mengatasi keletihan. Banyak pengalaman menarik yg aku temui sepanjang pengembaraan kali ini. Keseluruhannya perjalanan aku kali ini adalah lebih kurang sejauh 1950 km. Insyallah moga bertemu lagi di lain kembara.