Friday, June 21, 2013

RIDE TO PHUKET DAY 4 - 25 DEC 2012

Hari ni hari ke 4 dan hari Krismas. Program hari ni ialah bergerak balik ke KL. Boleh ke tak, tak tahulah. Aku masih lagi cuti so tak kisah la sangat. Tapi ada jugak yg dah kerja esok. Lepas check-out, kita orang lalu ikut jalan pantai. Singgah sekejap kat Sarasin Bridge untuk posing. View dari Sarasin Bridge ni memang cantik. Air laut pun nampak biru je. Memang marbeles..
getting ready to move..
singgah sarasin bridge
sarasin bridge
view from the bridge
me on the bridge
on the bridge
another pic from the bridge
the pack
another group photo…
Dari Sarasin Bridge kita orang teruskan perjalanan. Singgah sebentar untuk breakfast kat sebuah petrol stesen di jalan Phetkasem di wilayah Takua Thung. Breakfast pun kopi dengan roti je sebab itu je yang boleh makan kat situ. Huhu..
singgah breakfast dulu
breakfast time… kopi and roti je..
peace yo…
Selesai breakfast, kita orang sambung perjalanan ke Krabi. Singgah kat Pantai Ao Nang untuk beli souvenier and lunch..
sampai ao nang..
gerai jual souvenier
beli je apa yg berkenan..
at ao nang..
pantai ao nang..
ao nang..
me at ao nang beach..
POB
Selepas lepak-lepak tepi pantai, kita orang singgah makan kat restoren Chaba Thai ni. Makanan ok. Sedap.
lunch time..
sempat jugaj ambik pic dgn skuter ni…hihi..
Dari tempat makan, kita orang sambung perjalanan balik. Tapi singgah sebentar di tepi patung mud-crab untuk bergambar.
ada jugak peminat..
semua sibuk nak posing…. huhu…
kuala ke? tak pasti den..
kat sini pun ada patung burung helang…. tapi kecik je lah berbanding kat Langkawi..
bergambar bersama pelancong dari thailand yg turut singgah bergambar kat sini…
Dari situ kita orang meneruskan perjalanan balik dan singgah sekejap di beberapa tempat untuk bergambar dan rest..
singgah sekejap kat pekan Trang..
sebab nak ambik gambar ni…. hihi…
bulatan kat pekan Trang..
singgah rest and refresh..
rehat sekejap…
selepas Trang kita orang berdepan dgn cuaca yg kurang baik…. hujan. tapi perjalanan tetap diteruskan..
Lebih kurang jam 2100 hrs kita orang sampai di Ban Dannok. Aku, Azhar dan Naser ambil keputusan untuk bermalam di sini memandangkan kita orang masih bercuti. Yang lain meneruskan perjalanan pulang selepas dinner.
sampai Dannok
dinner dulu sebelum balik..
Esoknya aku, Naser & Azhar check-out dari Thailand dan balik ke rumah masing..
time to check-out..
menunggu untuk cop paspot..
Alhamdulillah, semua telah sampai ke rumah dengan selamatnya. Walaupun perjalanan ini jauh dan meletihkan, tetapi keterujaan dan kegembiraan itu mengatasi keletihan. Banyak pengalaman menarik yg aku temui sepanjang pengembaraan kali ini. Keseluruhannya perjalanan aku kali ini adalah lebih kurang sejauh 1950 km. Insyallah moga bertemu lagi di lain kembara.

No comments:

Post a Comment