Friday, June 21, 2013

RIDE TO PHUKET DAY 1 - 22 DEC 2012


Phuket merupakan salah satu destinasi yg aku teringin nak pegi sejak dari dulu lagi. Tak tau kenapa. Mungkin sebab Phuket selalu digambarkan sebagai destinasi pelancongan yg menarik kut. Dan terkenal di seluruh dunia. Pernah di bom, pernah di landa tsunami, dan juga menjadi tempat waris ke tujuh Mahsuri menetap. Walau bagaimanapun perancangan asal aku bukannya nak ke Phuket. Aku hanya sekadar merancang untuk ride ke Koh Lanta. Kata orang Koh Lanta, pulau dan pantainya indah. Tu yang aku teringin nak pegi tu. Bila aku cadangkan kat geng POB, Naser pulak cadang ke Krabi. Katanya Krabi pun best. Pulau dan pantai pun cantik. So, dari Koh Lanta dah lajak ke Krabi. Then, Azizul pulak cadang ke Phuket. Katanya, Krabi ke Phuket dah tak jauh. Why not lajak terus je ke Phuket. Happening sikit. Setelah berbincang, akhirnya semua setuju untuk ke Phuket. Tarikhnya 22-26 Disember 2012. So, mula ler mengisi dokumen-dokumen berkaitan untuk keluar negara. Ni yang susah bila kerja dengan gomen ni. Banyak sangat peraturan yg perlu diikuti. Akhirnya semua siap dan ready untuk move..
Jam 0500 hrs aku dah bangun tido dan packing sedikit lagi barang yg tak sempat aku pack semalam. Masukkan suma dalam box dan semak checklist aku. Make sure semua barang penting dah dibawa. Jam 0530 hrs move dari rumah dan rv dengan Azhar di depan Maktab PDRM Cheras. Dari situ kita orang move ke Restoren Jejantas Sg Buloh untuk rv dengan Azizul dan Naser. Singgah sebentar di Shell Plaza Tol Jln Duta untuk refuel. Di sinilah bermulanya segala kekalutan pagi tu. Tempat minyak aku tak boleh buka. Nak pusing kunci dah tak boleh. Maybe dah karat kat dalam kut sebab rasa aku dah dekat sebulan lebih aku tak buka tank dan isi minyak. Cuba cari WD40 tapi takde la pulak. Kat stesen dah habis pulak. So, aku decided untuk cari kat kedai yg terdekat. Yg dekat pun kat Kota Damansara. So, aku dengan Azhar pun move ke sana. Tiap stesen minyak yg aku stop semua takde WD40. Aduhh… Last sekali sampai kat 7-11 Kota Damansara. Nasib baik ada. So beli dan spray. Tapi try jugak tak boleh.
Since aku masih tak dapat nak buka tank minyak. Aku suruh Naser & Azizul gerak ke Ipoh dulu. Nanti aku akan follow dari belakang. Call Lobai untuk dapatkan nasihat macam mana nak buat. Dia cakap kena try sampai boleh sebab takder jalan lain. Ada jugak yg bagi cadangan untuk buka penutup tank tu. Aku dengan Azhar pun cuba buka tapi tak boleh nak buat apa jugak. At last lebih kurang jam 0830 hrs Jebat datang for the rescue. Selepas dia try and try akhirnya berjaya jugak buka. Alhamdulillah. Aku dah hampir putus asa. Alternatif yg ada kat fikiran aku masa tu adalah tunggu Chear Motor buka dan bawak ke sana je. So, moral of the story, pada kengkawan yg jarang bawak moto tu, selalu-selalulah buka tank minyak. Or spray lubang kunci tank minyak tu dengan minyak singer atau dgn WD40. Kalau pegi servis motor tu, suruh mekanik check sekali tank minyak tu. Suruh spray angin & minyak dalam key hole tu. Akhirnya jam 0915 hrs baru aku dan Azhar dapat move. Terus ke RnR Sg Perak untuk rv dengan yg lain. Sampai RnR Sg Perak isi minyak, rv dengan yg menunggu dan terus gerak.  Yang join ride 10 orang semuanya… aku, Azizul, Naser, Ida, Murad, Pak Din, Azhar,Sams Seven, Jerry & Ayu. Keadaan jalan agak sibuk. Banyak kenderaan. Maybe sebab nak Krismas kot. Semua nak balik kampung. Lagi pun cuti sekolah.

depa dah tunggu di RnR Sg Perak





Jam 1500 hrs sampai di Changloon. Singgah di untuk tukar duit, ambik insurance dan isi borang immigresen Thai. Tapi since semua dah kebuluran, kita orang lunch dulu kat sini. Plan nak makan tomyam pun terbengkalai huhu..





Selesai makan, kita orang move ke Padang Besar. Tengok trafik dah banyak gerak ke BKH, takut nanti buang masa lama kat CIQ situ, so kita orang decided utk masuk border via CIQ Padang Besar. Di sini kita orang berpisah dgn Ayu yg meneruskan perjalanan balik kampong dia. Sampai CIQ Padang Besar, tak ramai orang pun. So, settle urusan imigresen dan kastam and move to Hat Yai. Malam ni tido kat Hat Yai dulu.

sampai CIQ Padang Besar



Dari CIQ Padang Besar, kita orang gerak ke Sadao dan terus ke Hat Yai. Sampai di persimpangan Thanon Sripoovanart – Nipathutit 2, kita orang terpisah dengan Murad dan Pak Din. Sepatutnya belok kanan tapi dia orang dah jalan terus. Aduhh… Kita orang terus ke hotel untuk check-in dulu sebab dah lewat. Then aku keluar semula utk cari dia orang, tapi tak jumpa jugak. Harap-harap dia orang tak sesat dan akan berjumpa samada malam atau esoknya. So, sekarang ni tinggal 7 orang je… aku, Azizul, Naser, Ida, Jerry, Sams & Azhar.
Lepas mandi and re-fresh, kita orang pusing-pusing pekan Hat Yai dan dinner kat restoren Hameed depan Lee Plaza tu. Apa lagi tomyam la. Hehe.. Lepas makan jalan-jalan sekejap sebelum balik rehat.

lobi hotel penginapan

dinner kat sini


apa lagi tomyam ler...

lepas makan ronda-ronda 


Perjalanan hari ni 547km.

1 comment:

  1. Mana lebih jauh, sama ada Sadao ke Hatyai atau Padang Besar ke HatYai? Dia akan lalu ikut jalan yang sama kan?

    ReplyDelete