Hari ni hari ke 3 pengembaraan kami. Plan hari ni nak pegi island hopping & snorkelling. Bila booking package rupanya tengahari baru ada trip. So, pagi ni kita orang plan pusing-pusing Phuket dulu. Sewa motor kapcai je..
Sambil pusing-pusing, kita orang singgah breakfast kat salah satu restoren muslim kat sini. Kat Phuket banyak restoren muslim. So, makan tu takde masalah.
Selepas makan aku ajak depa pi Hard Rock Cafe Phuket. Kut-kut ada souvenir yang boleh beli. T-shirt ke..
On the way balik, kita orang lalu Pa Tong Beach yang famous tu. Memang ramai orang. Bangla Street, waktu siang agak tak semeriah waktu malam.
moto-moto untuk sewa sepanjang Pa Tong Beach |
Bangla Street waktu siang |
naik van untuk pi island hopping |
Sampai hotel, kita orang rest and keluar pulak untuk dinner. Dinner macam biasalah…. seafood. Tapi kali ni ada lobster… hehehe…. thank you to our bendahari sis ida yg bagi kebenaran untuk makan lobster malam ni.. lagipun lobster kat sini murah.
Selepas makan macam biasa, jalan kaki pusing-pusing kawasan sekitar dan balik naik tut-tut..
Lebih kurang jam 0100 hrs, semua dah kembali ke bilik masing-masing. Letih. Time to sleep. Esok perjalanan jauh untuk balik ke Malaysia.
No comments:
Post a Comment