Tuesday, May 10, 2011

KL- BT CAVES – SG TUA – ULU YAM – BATANG KALI – KL

Hari minggu yg lalu, aku tak tau nak buat apa. Frust jugak sebab tak dapat ride dengan geng VOG pergi makan mee bandung di Muar hari Sabtu yg lalu. So, fikir punya fikir, aku buat keputusan untuk pergi ride jugak. So, put on my gear..

riding gear dah ready..

Dari rumah, aku masuk melalui MRR2 sampai ke Bt. Caves. Sampai Bt Caves, aku masuk melalui Taman Pinggiran Bt Caves hingga ke Empangan Batu. Ni laluan yg aku selalu guna masa aku balik keja dari KKB dulu. Tapi masa tu aku ulang alik dengan kereta la. Kali ni nak try lalu dengan motorbike pulak. Jalan nak turun dari kawasan tu, agak curam jugak. Gayat juga masa lalu kat situ. Aku rasa kalau jalan basah atau licin, boleh jatuh. Nasib baik masa aku lalu, jalan elok je..

dari atas jalan ni memang curam..kalau hujan bahaya ni..

Sampai kat Empangan Batu, aku stop kejap. Tengok orang memancing. Ramai jugak yg memancing. Tapi tak nampak pun yg dapat ikan. Mungkin depa seronok memancing je kut..

Empangan Batu..

Empangan Batu 2..

Dari situ aku teruskan perjalanan ke tempat rehat Empangan Batu yg terletak di tepi jalan. Stop sekejap sambil rehatkan mata melihat pemandangan tasik yg indah..

Jalan raya yg agak lengang..

Empangan Batu 03

@ Empangan Batu

Dari Empangan Batu, aku move ke Sg. Tua. Kat sini ada banyak Chalet, Resort dan Homestay. Kawasan ni pun salah satu kawasan rekreasi yg popular kat Selangor. Hujung minggu atau cuti sekolah, memang ramai yg datang piknik, mandi-mandi dan berehat bersama keluarga. Kat sini jugak ada satu korner yg berhantu kata orang. Ramai yg dah tergolek kat korner tu. Yg meninggal pun ada. Tapi aku tak sempat nak ambil gambar kat situ sebab takde tempat yg selamat untuk aku berhenti..

Taman Negeri Selangor..

Pintu Gerbang Tmn Negeri Selangor

Aku teruskan perjalanan dan singgah sekejap di air terjun di tepi jalan Sg Tua ni. Air terjun ni cukup popular sebab ramai yg datang mandi kat sini. Kadang-kadang ada yg singgah dan mandi di kawasan rimba rekreasi kat seberang jalan dari air terjun ni. Aku pernah jugak mandi kat sini dulu dengan famili. Sejuk. Best..

air terjun sg tua..

air terjun sg tua

air terjun sg tua

Cuaca pun dah semakin panas. Tekak pun dah dahaga, so aku sambung perjalanan aku ke Ulu Yam dan Batang Kali. Sampai Batang Kali, singgah minum. Dahaga punya pasal, aku minum air tembikai…fuh..lega tekak aku yg haus dek panas ni..

dah sampai pekan batang kali

wah....batang kali pun dah ada econsave

parking moto sebelah kedai..

rehat sekejap..

penghilang dahaga....

Selepas hilang dahaga dan peluh pun dah kering, aku sambung perjalanan. Kali ni aku lalu jalan lama ke KL. Lalu Serendah – Rawang – Jln Ipoh – KL. Plan asal ingat nak lunch kat Rawang je tapi bila sampai Rawang, ada satu CBX750 WDG 5316 yg jugak menghala jalan yg sama, aku pun terus follow dia. Konvoi secara tak langsung. Bila Bro CBX tu ambil simpang ke Kuantan kat Jalan Ipoh tu, aku terus hon, angkat tangan dan teruskan perjalanan aku ke KL. Lapar punya pasal, aku singgah Istana Budaya dan lunch kat situ. Makanan kat sini pun sedap dan harga pun berpatutan..

lunch @ kafe istana budaya

Lepas lunch terus balik rumah and rest. Alhamdulillah…sampai rumah dengan selamat. So, looking forward for my next ride…

No comments:

Post a Comment