Thursday, May 19, 2011

WESAK DAY 2011 RIDE

Hari Wesak tahun 2011 ni jatuh pada hari Selasa. Nak bercuti ke mana-mana pun tak boleh sebab hari Isnin kerja. So, since teman pun tak ada program yg menarik, teman ajak ler kengkawan teman pergi makan makanan eksotik kat Restoran Selera Rimba kat Sg Panjang tu. Dah lama teman teringin nak makan kat situ. Mengidam tu tidak ler. Cuma bila kengkawan teman cerita pasal makan daging landak, kijang, rusa, udang galah, meleleh air liur la jugak teman ni. Hari tu masa teman konvoi ke Sabak Bernam,, lalu jugak depan restoren ni tapi teman tengok tutup je. Kalau buka, mau teman singgah. Tapi masa tu memang tak berkesempatan ler teman. Malangnya, last minit, kengkawan teman tak dapat nak join sebab depa ada kerja urgent. Selalu macam tu. Teman ni dah faham sangat dah. Biasa la tu. Teman dulu pun macam tu jugak. Tapi bila dah tukar kat tempat kerja sekarang, teman ada la banyak masa terluang. Penghujungnya, tinggal la teman yg takde kerja ni. So, apa nak buat?

Malam sebelumnya, bila teman buka facebook VOG teman tengok ada invitation untuk short ride ke Awana, Genting Highlands. Ride ni dicadang oleh Bro Aidil. Hmm…since teman pun dah free, dah takde program, teman rasa teman nak join je lah ride ni. Cuma satu je masalah teman. Teman tak kenal sapa-sapa pun yg nak ride esok. Persoalan yg bermain dalam fikiran teman, boleh ke teman join depa ni? Nak ke depa terima teman join. Faham-faham la, bukan ramai pun yg suka orang yg kerja macam teman ni. Ramai yg tak nak berkawan, walaupun sebenarnya, kalau banyak berkawan dengan orang yg kerja macam teman ni, banyak advantagenya. Orang je yg tak tahu. Emm…macam buat promosi la pulak..Hehehe.. Apa-apa pun berkat semangat kata-kata “tak kenal maka tak cinta”, teman akan pergi jugak. Tengoklah respon esok macam mana. Kalau depa rejek, lain kali tak payah join dah. Apa susah..

Jam 0745 teman dah keluar dari rumah. Bukan apa, nak isi minyak, then nak cari tempat RV lagi. RV ikut cakap Bro Aidil di Petronas Sg Tua. Kat mana Petronas Sg Tua ni, teman pun tak sure sebab teman dah jarang lalu jalan tu. Selalu teman short-cut ikut Taman Pinggiran Bt Caves je. Dari rumah teman lalu ikut Jalan Loke Yew hingga ke Jalan Kuching dan Jalan Ipoh. Teman pun dah lama tak lalu jalan ni. Tengok sini tengok sana, sedar-sedar teman dah sampai Pasar Borong Selayang. Tak pasal-pasal kena u-turn balik. Masa teman nak masuk simpang Sg Tua, ada jugak selisih dengan superbike 3-4 bijik. Hon dan angkat tangan je lah. Depa terus ke MRR2. Sampai Sg Tua, teman tengok ada Petronas sebelah kanan. Mula ler teman konfius. Tapi teman try pergi ke depan dulu. Kalau takde lagi stesen Petronas, teman pusing balik. Sampai kat depan teman tengok ada stesen Petronas. Mesti stesen ni tempat RV. So, isi minyak dulu. Lepas teman isi minyak, tengok ada 1V sampai dengan 1 Er6n. Sama-sama angkat tangan. So, confirm la RV kat sini. So, pusing dan bila ke depan, tengok dah ada lagi V yg sampai.



Bila teman tengok nama stesen ni, bukan stesen Sg Tua, tapi stesen BB Selayang Fasa 2A. Kalau ada yg guna GPS or search kat Google Maps, sure sampai tempat lain ni. Apa pun, teman park moto dulu dan bersalam-salam dan berkenal-kenalan dengan yg dah ada sementara menunggu yg lain sampai.






Jam 0930 hrs, bila semua sudah sampai kita orang pun bergerak. Ride kali ni terdiri dari 11 V, 1 Er6n & 1 R6. So 13 bikes semua sekali. Laluan pulak dari Sg Tua ni melalui Empangan Batu – Ulu Yam – Batang Kali – Awana. Plan ride santai je tapi teman tengok semua berdesup je. Masa on the way ke Awana tu lagi la teman gayat tengok. Tapi teman respek la kat geng2 otai ni…korner lipat ke, korner patah ke, selamber je depa pecut.. Teman tak berapa berani lagi nak lap. Sebab teman belum pun betul-betul konfiden dengan V ni. Baru je bawak moto ni..

Tak sampai 1 jam kita orang dah sampai Awana. Nak kata laju sangat tak jugak, slow pun tak jugak. Rasa teman, kira normal la tu. Semua sampai dengan selamat. Teman tak pernah sampai sini. Selalu teman lepak kat kedai mamak sebelah Htl Seri Malaysia kat Goh Tong Jaya tu pekena roti canai atau makan kari kepala ikan kat kedai yg tengah-tengah tu. Masa kita orang sampai dah ada a few superbike yg dah sampai dulu. Sampai je semua susun moto sebaris. Wah.. macam tau-tau je.. Cuma 2 moto otai je yg parking bawah bumbung… Sapa pun tak berani nak komen….hehe..






Kat kedai mamak kat Awana ni kita orang breakfast sambil borak-borak dan berkenal-kenalan. Teman tengok semua kepala best. Sporting.




Dah selesai breakfast, kita orang keluar dan bergambar kat luar sebagai kenang-kenangan






Selesai sesi fotografi, kita orang turun dari Awana via Karak Highway. Masa turun tu semua teman tengok berdesup desap. Geng otai tak payah cakap la. Semacam je layan korner. Masa teman follow kat Karak, teman tengok meter teman sampai 150km/j jugak la. Tapi ada lagi geng superbike yg potong teman. Lagi berdesup depa tu. Sampai kat Hentian Gombak kita orang stop minum sekejap sebelum bersurai. Tapi sempat jugak plan ride ke Krabi. Hehe.. Apa pun, teman enjoy ride ni. Teman rasa yg lain pun enjoy walaupun ride ni sekejap je. Semua riders sporting dan tau tanggungjawab masing-masing. Dan yg penting, semua sampai dengan selamat. Alhamdulillah..





Pada teman, bro-bro yg join ride kali ni best. Semua kepala okay. Thanks kepada Aidil yg invite bro2 untuk ride ni. Thanks jugak kepada yg jadi sweeper, yg jadi leader dan yg bagi tunjuk ajar. Hope to ride again with bro semua nanti… 

Wassalam..



No comments:

Post a Comment