Monday, May 23, 2011

RIDE & REFILL: SELERA RIMBA 22MEI2011

Salam 1 versys. Kali ni teman nak cerita pasal Ride & Refill (rnr) ke Sg Panjang. Selangor. Kenapa teman bagi nama ‘Ride & Refill’? Jawapannya mudah je. Sebab lepas ride mesti kena refill. Samada refill tekak yg dahaga, refill perut yg lapar atau refill tank minyak moto yg dah tentu kurang. Kenapa ke Sg Panjang, Selangor? Sebab kat sana ada satu restoren yg menyajikan hidangan-hidangan exotic. Hidangan yg susah nak cari kat tempat lain. Hidangan yg popular kat sini, daging landak, rusa, ayam hutan, udang galah, etc.

Sebenarnya dah lama teman teringin nak makan kat situ. Sejak tahun lalu 2010 lagi. Tapi tak berkesempatan. Cuma sempat lalu je depan restoren tu. Tu pun masa teman ikut konvoi MPDRMKKB ke Sabak Bernam. Lalu kat situ pun dalam hujan lebat. So, since teman pun takde program pada hari Ahad tu, teman invite la dalam VOG@FB dan dalam versys@proboards untuk rnr kat sana. Sapa yg nak join teman pun tak tau sebenarnya. Yg teman kenal yg penah ride sama masa kita orang ride ke Awana hari tu memang ada yg dah confirm nak ikut.

Ada jugak yg tanya, restoren ni ada permit ke. Teman pun sebenarnya tak sure jugak. Tapi rasa teman kalau restoren ni tak ada permit, sure dah lama masuk akhbar or masuk tv. Teman pun tak nak jugak tengah-tengah makan kena raid. Tak pasal-pasal masuk Buletin Utama or muka depan Harian Metro tengah pegang pinggan naik black maria. Tak sanggup teman jadi headline. So, bila check rupanya restoren ni ada permit dari Perhilitan.

bisnes kad pak hamka....tokey restoren

lesen oleh perhilitan...

Bangun pagi Ahad tu teman tengok cuaca mendung je. Risau jugak teman. Maklumlah semalam pun hujan. Teman ni memang tak suka ride dalam hujan. Ada 2 sebab sebenarnya. Yg pertama, teman tak suka nak stop tepi jalan untuk pakai baju hujan, dan yg kedua, teman memang takde baju hujan. Lagipun kalau sampai kat lokasi tu dah basah kuyup, tak selesa la pulak. Tapi walau apa jadipun, teman kena pegi juga ke tempat rv sebab dah janji. Takkan orang yg plan ride ni pulak yg tak datang. Mau kena sumpah teman nanti. Kalau teman tak datang, sure orang akan tuduh teman ni kaki kencing. Nanti bila-bila teman ajak ride, orang tak nak percaya pulak. So, pakai jaket, ride moto ke tempat rv. Sepanjang atas moto tu teman dok ulang tengok langit je. Sambil minta doa supaya tak hujan. Macam-macam doa jugak la teman baca. Cuma yg tak baca doa makan je..

langit yg gelap before keluar rumah..

Teman sampai kat rv lebih kurang jam 8.50 pg. Rv kali ni ada 3 tempat. Yg pertama stesen Mobil Jln Ipoh sebelah Tesco Extra Selayang. Rv yg kedua di stesen Caltex selepas simpang MRR2. Ni untuk grup yg datang guna MRR2 dan yg ketiga di Shell Rawang. Rv ni untuk grup Rawang dan kawasan yg sama waktu dengannya.

Bila teman sampai di stesen Mobil tu, teman tengok ada 2 grup superbike yg dah tunggu kat situ. 1 grup sports dengan fullsuit, yg kedua grup KTM dan scrambler. Terkejut jugak teman. Takkan depa pun nak ikut. Tapi teman tak kisah pun. Kalau nak join no hal. Tapi teman tengok takde pulak versys. Hish….biar betol ni. Takkan teman nak konvoi dengan grup sports ni. Mati teman nak follow. Lepas park moto, teman salam dan tanya brader yg dok kat situ. Dia cakap grup dia plan nak pegi Genting tapi dah cuaca mendung cam nak hujan, depa re-group balik untuk bincang destinasi baru. Lega la hati teman. So, teman beranggapan yg grup KTM & scrambler tu pun plan ke destinasi yg lain. Then ada 1 grup lagi yg sampai. Ni grup Goldwing. Yg bawak orang-orang lama je. Hmm…mana grup versys ni. Takkan teman sorang je kut. Rasa cam nak nangis dah ni….wuaaa..

Rupa-rupanya tempat ni memang jadi lokasi big bikes rv sebelum depa naik ke Genting or Awana. Sebab tu banyak big bikes kat sini. Lepas tunggu dalam 10 minit, yg lain pun sampai. Yg sampai di rv ni ialah bro kamenrider78, sukan7, faisal, jihad, skin23 dan bro azrin. Yg teman terkejut ialah bila bro bintang3 pun sampai. Sebab dia cakap tak dapat nak ikut sebab nak pegi Raub. Rupa-rupanya dia datang nak babai kita orang. Hehe…terharu teman dengan semangat esprit-de-corps dia. Cayalah bro bintang3.

kamenrider78 & mrs..

bro bintang3 pun datang untuk babai kita org..

ready to move to rv2 & rv3

Jam 9.40 pg, kita orang pun bergerak. Dalam dok ride teman boleh terlepas pulak stesen Caltex tempat rv2. Terlajak sikit. Apa pun sampai di rv3 kita orang bercantum dengan grup dari Rawang. Sebelum pergi teman call dulu ke IPD Sabak Bernam dan IPD Tg Malim. Nak dapatkan info kalau-kalau ada kawasan banjir sebab kata kawan teman ada satu laluan air yg selalu banjir kat Jln Sg Panjang tu. Alhamdulillah, maklumat dari kedua-dua IPD bagitau takde banjir yg berlteman dan laluan clear. Cuaca pun semakin cerah.

sampai rv3....cantum dgn grup dari rawang..

at rv3

at rv3

ready to move..

Sebelum move, teman tanya jugak kalau-kalau ada sapa-sapa yg penah pegi restoren tu atau penah makan kat situ, tapi semua cakap tak penah. Nampak gayanya teman la yg nak kena lead ni. Hmm… risau jugak teman sebab teman pun tak sure jalan tu. Ingat-ingat lupa. Nak bawak pulak 13 biji versys di belakang teman. Kalau sesat, mau kena luku teman ni..

Perjalanan kita orang melalui jalan lama dari Selayang lalu Rawang – Serendah – KKB – Kerling – Tg Malim – Felda Gedangsa – Sg Panjang. Memang menarik jalan yg kita orang lalu. Semua keadaan jalan ada. Naik bukit, turun bukit. Jalan elok, jalan tak elok. Jalan straight, jalan corner. Corner panjang, corner pendek, corner berpasir. Jalan berlubang, jalan beralun sampai ride pun dah macam ride kuda je. Sampai ada member yg sakit perut. Kenape sakit perut, tak dapat ler teman nak cerita. Sulit. Selain dari bentuk fizikal jalan, cabaran yg lain jugak datang dari kenderaan yg lalu kat situ. Yg paling bahaya adalah lori bawak buah kelapa sawit. Buahnya berterbangan. Nasib baik teman pakai helmet fullface. Kalau tak, mau tertelan 2-3 biji buah sawit tu.

lori sawit cam ni ler yg bagi teman susah...

Sepanjang perjalanan, kita orang lalui Felda Gedangsa dan 2-3 kampong tapi yg teman betul-betul ingat nama satu kampong ni…..Kampong Serigala. Macam mana kampong ni boleh dapat nama macam tu ye? Ada banyak serigala ke kat situ. Bahaya tu kalau ada banyak serigala kat situ. Tak boleh ler orang kampong situ nak bela ayam, itik, kambing. Mau kena baham dek serigala. Tapi teman rasa itu cerita lama kut. Haa…agak-agak dalam bahasa omputih, apa nama kampong ni ek? Wolves Village atau Village of The Wolves….Haaa baru cam dalam filem..

village of the wolves??

Selain dari Kampong Serigala tu, satu lagi perkara yg menarik perhatian teman adalah, satu signboard yg tertulis… Awas! Tapir Melintas. Nasib baik teman bawak konvoi 13 biji versys kat belakang teman. Kalau tak, mau teman stop ambik gambar kat signboard tu. Or tunggu kut-kut ada tapir yg melintas. Boleh ambik gambar tapir live. Selalu tengok kat zoo or kat tv je..

tapir pun lalu ikut sini...

Jam 1130hrs kita orang sampai ke destinasi. Lega teman. Sampai jugak. Kalau sesat tadi, memang teruk la teman kena. Tapi bila dah parking moto, tengok-tengok ada 8 bijik je. Mana lagi 6? Aduh ..rupanya 6 lagi dah tertinggal. Tertinggal kat mana, teman pun tak tau. Rasa teman takde pulak teman bawak laju. Paling laju pun 120 km/j je. So, kita orang terpaksa tunggu yg lain sampai. Bro Aidil pun terpaksa pegi cari yg tertinggal tu..akhirnya jumpa jugak. Tahniah & thanks bro..

8 bijik je yg sampai dulu...

tunggu yg lain sampai....sempat lagi posing...hehe..

akhirnya kesemua sampai..

Bila korum dah cukup, kita orang pun order. Since dah datang jauh-jauh, mesti ler kena makan makanan exotic. Kalau tak, rugi la beb… So, kita orang order ayam hutan goreng berempah, sambal tumis udang galah, daging rusa masak kicap, rendang landak, masak lemak cili api ikan baung dan ulam-ulaman. Minum pulak, banyak jugak la…ada yg order teh o ais, teh o ais limau, air limau nipis etc.. air limau nipis pun ada 2 jug, air kosong pun ada 1 jug. Nasi tambah pun banyak. Keseluruhan kita orang ada 5 hidang. 16 orang semua. Menariknya, semua lauk licin. Nasi pun bertambah. Dan yg bestnya, ongkosnya Cuma seorang rm30 je. Makan kenyang. Free flow air & nasi. Masa makan teman tengok semua tak angkat kepala. Hehe..

time to order...

kami nak semua yg exotic...

ayam hutan goreng berempah

sambal tumis udang galah

daging rusa masak kicap

rendang landak

ulam-ulaman

inilah hidangan kita org....masak lemak cili api ikan baung sampai lewat...tak sempat nak ambik gambar..

bila makanan sampai, kameraman yg paling busy..

dah ready, baca doa makan dulu...

makan time....dah tak tengok kiri kanan...

meh makan.....sedap tu....

licin bro....senang kerja tukang cuci pinggan..

kekenyangan...

gendang gendut tali kecapi...kenyang perut suka hati...

lepas makan....bayar time..

Lepas makan, kita orang bergambar beramai-ramai. Ambik juga gambar dengan tokey kedai iaitu Pak Hamka. Pak Hamka ni memang sporting la. Dia punya hospitality pun bagus. No wonder orang yg datang ke restoren ni akan repeat balik. Masa kita orang nak balik, dia dan wife dia siap tunggu depan kedai untuk lambai kita orang.

susun moto dulu...

kiri: faisal, skin23, anuar, jihad..

kiri: kayrun, azrin, sukan7, teman..

semua yg datang + moto + pak hamka...

dengan pak hamka..

kiri: antu ijau, kamenrider78, m.jizad, farid, hafis

semua yg datang dgn pak hamka

Perjalanan balik, kita orang melalui jalan yg sama jugak. Tapi kali ni teman bawak tak laju la. Ada 2 sebab sebenarnya. Yg pertama sebab takut ada lagi yg tertinggal, yg kedua sebab semua perut dah kenyang. Takut kalau laju-laju, lalu jalan yg beralun, mau ada makanan yg terkeluar balik.

bersiap untuk balik

On the way balik, kita orang masuk highway bila sampai Tg Malim. Masuk hiway je, semua pecut. Teman tengok meter teman, sampai 160 jugak la. Tapi ada yg lagi laju dari teman. Kita orang stop sekejap di Hentian Rawang sebab grup Rawang akan pisah disini. Selepas bersalaman, kita orang terus ke restoren Jejantas Sg Buloh untuk stop minum sekejap. Selepas minum, kita orang pun balik ke destinasi masing-masing.

berpisah dgn grup rawang..

berpisah at hentian rawang..

minum dulu di res jejantas sg buloh..

happy dgn ride kali ni...

big bikes parking kat depan takde org nak marah...

Bagi teman, ride kali ni memang ride yg memorable dan best. Sebab kita orang sampai ke destinasi, misi untuk makan makanan exotic jugak tercapai, dan yg paling utama, semua pergi dan sampai balik dengan selamat dan tiada insiden yg tidak diingini berlaku.

inilah laluan kita orang...

Kepada yg join RnR kali ni, thank you guys for joining our ride. Riding and spending time with you guys while having exotic food….priceless. Moga kita akan RnR lagi nanti..

pics courtesy of sukan7

pics courtesy of kamenrider78 & wife..

narration by saif abbas @ kudin2

1 comment:

  1. Jalanan berombak, dah terasa seperti lalu di daerah tanah gambut di Simpang Renggam. Dah dua kali lalu dengan kereta, belum pernah dengan motor lagi. Tapi rasanya kalau malam, agak gusar jugak melalui jalan nie...Nice ride bro.

    ReplyDelete