Saturday, February 11, 2012

KEMBARA AYUTTHAYA III 4-7 FEB 2012 - DAY 1

Salam…Kembara Ayutthaya dengar sedap sikit dari plan asal aku nak letak nama Kembara Bumi Dosa III. Hehehe.. Lagipun negara Gajah Putih ni dulu penah punya kerajaan yg kuat dan hebat iaitu Kerajaan Ayutthaya. So, kali ni saja aku guna nama tu. III sebab ni kali ketiga aku bawa orang pegi tempat yg sama.

Plan asal yg nak join ride ni adalah aku, Jack, Fiq, Amri dan Anuar Dasa. Tapi malangnya atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan, last minit ramai yg tak jadi. So yg pegi kali ni.. aku, Anuar Dasa, Md Faz, Utoman, Boy, Azuna dan Suria. Semua sekali 6 biji moto dan 7 orang.

Day 1: 4 Feb 2012 (KL-Bertam-Pdg Besar-HatYai)

Rv di stesen Shell selepas plaza tol Jalan Duta jam 0400 pg. Jam 0515 pg kita orang move. Ride pun santai je. Stop isi minyak kat RnR Sg Perak dan stop breakfast kat RnR Gunung Semanggol.

Lepas breakfast, kita orang continue perjalanan. Bila lepas je plaza Tol Sg Dua, ada orang tahan moto aku. Aku kat depan sekali. Mula-mula ingat sapa, rupanya bro Fazrul Shahril. Dia tunggu kita orang sampai base on update kat fb. Hehe. Fazrul ajak kita orang pekena cucur udang di Bertam. Kata dia cucur udang tu sedap. So, kita orang pun follow. Makan punya pasal, no hal.. hehehe…T/kasih bro Fazrul belanja kita orang cucur udang Shahul Hamid. Terima kasih daun keladi….nanti belanja ler lagi…huhu…

cucur udang........sedap..

berpisah dgn bro fazrul kat sini dan kita orang teruskan perjalanan..

On the way tengok jalan jemm. Rupanya ada lori yg terbalik. Nasib baik lori kecik je. Kalau lori besar, sure kita orang tersangkut kat situ..

lori yg terbalik..

Kita orang kemudian stop kat Petronas Changloon untuk isi minyak dan jugak untuk tukar duit kat money changer yg berdekatan situ. Masa kat Petronas ni jumpa bro Nik Saifudean. Dia pun ikut nak masuk Thai jugak ikut member yg nak cuba jalan Wang Kelian ke HatYai. Tapi dia bawak 4×4 la. Kenderaan sokongan.

sempat lagi posing dgn ktm

tunggu tukar duit

bro nik saifudean dan rombongannya..

Dah settle, kita orang move ke Padang Besar sebab nak enter ikut checkpoint sana. Kalau masuk ikut checkpoint BKH, sure kena beratur lama. Silap-silap 2-3 jam kat situ je. On the way tu, sempat singgah posing kat round-a-bout Chuping. The hottest spot in Malaysia. Masa kat sini, ada yg siap test tayar moto lagi. Hahaha..

photoshoot untuk majalah mangga...

we are here.....yeayy..

sempat lagi anuar dasa asah tayar..

boy pun ikut jugak..

md faz pun join walau masih trauma.....huhu...

aku & zuna je yg tak asah tayar..

Lunch kat pekan Padang Besar. Masa lunch kat kedai ni, makcik kedai tanya aku, penah ke aku dok sini dulu. Rupa-rupanya dia masih ingat kat aku. Aku pun ingat cuma saja dok senyap-senyap. Dulu dia penah nak rekomen anak dara dia kat aku. Ada 2 orang. Lani dah kahwin dan beranak pinak dah kut. Hahaha….pas lunch terus ke checkpoint.

lunch time..

at the border...

Sampai kat HatYai, terus check-in kat hotel. Nasib baik dah book awal. Kalau tak sure takde bilik. Semua dah fully booked. Since semua dah keletihan, so acara sendiri je. Aku, MdFaz dan Anuar sempat jugak merayau-rayau kat shopping complex kat situ. Cari kasut. Lupa bawak. Hehe..

Malamnya, pegi makan kat restoren Muslim yg selalu kita orang pegi makan tu. Tapi orang ramai dan order pun lambat sampai. Since dah lapar dan takde port lain nak pegi termasuk makan kat sini sedap, kita orang tunggu gak la. Yg menariknya, tak sangka-sangka jumpa pulak abang besar Mazlan aka Bintang3 kat sini. Dalam senyap-senyap sampai sini rupanya. Hehe.. Pegi naik van, balik dengan tut-tut la apa lagi…

abg besar mazlan pun ada kat hatyai...hehehe

bila makanan dah sampai baru semua muka ceria...

atas tut-tut..

Balik dari makan, pusing-pusing belakang Odean jap sambil cuci-cuci mata.

Pas pusing-pusing, kita orang balik tido. Penat dan kenyang. Tunggu untuk program esok pulak…

No comments:

Post a Comment