Day 4: 07 Feb 2012 (Da Nok- Padang Besar- Kuala Perlis-KL)
Hari ni hari last cuti. Esok masing-masing dah keja. So, apa jadipun hari ni kena balik jugak la. Plan kita orang, lalu ikut Padang Besar, masuk Kuala Perlis dan makan laksa kuala yg famous tu.
Jam 9 pagi kita orang dah check-out dan move ke Padang Besar. Keluar ikut Padang Besar sebab situ tak ramai orang. Lagipun lebih dekat kalau nak ke Kuala Perlis. Kita orang singgah sekejap kat Kompleks Bebas Cukai untuk beli apa yg patut. Pastu refuel kat Petronas Padang Besar..
Dah siap isi minyak, kita orang move. Pak Tuan janji tunggu di depan IKM. On the way sempat singgah kat hentian depan Empangan Timah Tasoh untuk posing sekejap. Dari situ kita orang move ke Kuala Perlis. Pak Tuan yg head the convoy tapi dengan kereta la. Tak kisah. Yg penting sampai destinasi. Pak Tuan bawa kita orang melalui jalan belakang. Pemandangan sepanjang jalan memang cantik dan menyegarkan..
Sampai Kuala Perlis, tengok restoren laksa yg kita orang nak makan tu tutup. Dah dua kali aku sampai situ and restoren ni tutup. Last-last kita orang pegi ke restoren D’Adna. Restoren ni aku penah sampai masa Kembara 1Malaya dulu. Laksa kat sini pun sedap.
Dah kenyang, majoriti dua mangkuk jugak la, hehe, kita orang bergambar kejap dengan Pak Tuan sebelum bergerak balik ke KL. Terima kasih Pak Tuan sudi datang dan layan kita orang makan laksa kat Kuala Perlis.
On the way balik kita orang stop jap kat RnR Gurun untuk refresh dan sambung perjalanan. Sampai di exit Tol Sg Dua, jumpa dengan grup yg gi Samui. Stop jap sembang dengan dia orang. Pastu teruskan perjalanan ke RnR Juru untuk stop minum dan makan.
Selepas makan dan minum, kita orang move balik ke KL. Stop sekejap kat RnR Tapah untuk re-fuel dan teruskan perjalanan balik ke destinasi masing.
Walau perjalanan kali ni tak jauh dan tak seperti yg dirancangkan iaitu nak pegi Pak Bara 1 malam, tapi keseluruhannya kembara ni memang best. Best sebab kita pegi tempat-tempat yg menarik + good food, good places & good companion. Pendek kata memang enjoy. Terubat la kekecewaan masa datang sini tahun baru yg lalu. Apapun ucapan terima kasih pada bro Fazrul Shahril yg belanja kita orang makan cucur udang, t/kasih pada Pak Tuan yg sudi join kita orang makan laksa Kuala Perlis. Thanks juga pada bro Sukan & Angie for joining us dine at Restoren Kelantan yg slow kat HatYai.
T/kasih jugak kepada my entourage yg join my ride kali ni. These are the people who became part of this enjoyable ride.
Last but not least, thanks kepada penyumbang-penyumbang gambar iaitu Ultraman Mebius, Pak Tuan, Fazrul Shahril dan Sukan7. Terima kasih jugak kepada Suria Manja yg banyak menggambil gambar-gambar yg cantik sepanjang kembara ni. Terima kasih kepada semua yg join kembara kali ni. Hopefully kita akan ride lagi dalam kembara lain di masa akan datang…..On The Bike!!
That’s all for now..
No comments:
Post a Comment