Sunday, February 12, 2012

KEMBARA AYUTTHAYA III 4-7 FEB 2012 – DAY 2

DAY 2: 5 FEB 2012 (HATYAI-SONGKHLA-HATYAI)

Pagi ni program pusing-pusing ke Songkhla. Dah kali ketiga aku pegi Songkhla ni. Dah boleh hafal setiap jalan kut. Hehe.. Keluar dari hotel, breakfast dulu.. then shoot to Songkhla.

breakfast dulu..

on the way...

Lepas breakfast kita orang move ke Songkhla. Kali ni aku ajak Md Faz pegi ke depan lagi. Ke jalan yg belum penah aku lalu. Hari tu lalu sampai Samila Beach je. Ni nak ke atas sikit. So, kita orang lalu ikut Laem Son Road sampai ke Bulatan Lang Phra Ram. Rupanya kat sinilah kepala naga yg aku cari selama ni. Hahaha….apa lagi stop posing, lepak-lepak, jalan-jalan & refresh. Cuaca memang panas masa ni..

rupanya kat sini kepala naga ni...

kat sini jumpa bro roslan yg keja di pejabat konsulat. dia yg banyak bagitau tempat-tempat yg menarik kat sini

Dari tempat kepala naga ni, kita orang move ke Samila Beach sebab masih ada yg belum penah sampai situ. On the way tu singgah ambik gambar jugak kat tempat-tempat yg menarik..

badan naga dibelakang..

Macam biasa, kat Samila Beach memang ramai orang. Yg berkelah pun ramai. Yg bersantai pun ramai. Of coz orang Malaysia pun ramai jugak. Masa kat sini jugak aku tengok ada sekumpulan orang yg volunteer membersih sampah-sampah kat pantai. Macam aktiviti sosial. Rasa aku student sebab tengok semua muda-muda je. Maybe VOG or mana-mana grup bikers boleh anjur aktiviti macam tu. Sambil ride ke pantai mana-mana dan buat aktiviti bersih pantai. Tentu orang akan lebih respek sikit dengan bikers cam kita ni.

aktiviti bersih pantai..

sempat jugak boy interfrem..

Kita orang kemudiannya pegi lunch kat restoren Amina Seafood yg terletak dekat-dekat dengan Samila Beach. Okay jugak makanan kat situ. Kita orang makan sampai licin la. Tak tau sebab sedap ke or sebab semua dah kelaparan…

makan time

ikan siakap stim

ketam goreng serbuk kari..

kerabu mangga dan telur belangkas

licin...

Perut dah kenyang, kita orang pun decided untuk balik ke hotel sebab petang nak ke Klonghae Floating Market pulak. Tapi kita orang balik ikut jalan lain. Ni pun sebab bro Roslan bagi idea. So, nak balik ikut feri dan lalu jambatan panjang tu. Dari tempat makan kat Thanon Ratchadamnoen, kita orang move ke Lang Phra Ram untuk naik feri di sana. Dari situ kita orang naik feri ke Ban Hua Khao di seberang. Tiket pun murah je. Cuma 3 baht lebih kurang 30 sen duit kita. Tapi memang pengalaman yg menarik naik feri kat sini. Sapa yg ada kesempatan tu, try la. Best..

bayar 30 sen...3baht la..

menunggu giliran untuk naik ke feri..

on the boat..

Di Ban Hua Khao kita orang sempat jugak posing sekejap sebelum move balik melalui jambatan panjang Tinsulanonda Bridge. Menarik jugak pemandangan atas jambatan ni. Kiri kanan ada sangkar ikan siakap. Sayang tak dapat nak stop atas jambatan untuk posing. Kita orang lalu Pulau Koyo dan terus balik ke hotel.

kat Ban Hua Khao

dari ban hua khao boleh nampak kepala naga ni...

atas Tinsulanonda Bridge

Sampai hotel, kita orang mandi, rest jap and kemudian pegi Klonghae Floating Market. Pegi kali ni naik tut-tut je. Klonghae macam tu jugak. Takde perubahan apa pun. Tapi pengunjung tetap ramai. Cam biasa, majoriti orang Malaysia la. Hahaha..

antara gerai yg menjadi tumpuan ialah gerai yg jual exotic delicacies ni..

yummy...

ada brani???

on the way balik dari klonghae

Balik dari Klonghae, kita orang singgah makan kat Restoren Kelantan kat belakang Odean tu. Tapi servis sini memang slow betul. Hampir 2 jam baru dapat makan. Dah ler kita orang semua tengah lapar. Nasib baik bro Sukan & Angie datang join. Boleh borak-borak dan gelak ketawa. Hilang jugak bosan tunggu makanan sampai. Not recommended makan kat sini kalau tengah lapar.

sukan & angie join us for dinner......2 hours baru dinner sampai..

Lepas dinner, join jap dengan bro Sukan & Angie tengok live band, then balik untuk rest. Memang 1 hari yg memenatkan. Cuaca yg amat panas memang memenatkan. Apa pun perjalanan hari ni memang best..

[pics courtesy of Ultraman Mebius, Sukan7 & me. Thanks to Suria Manja for being behind the camera with great captures]

2 comments:

  1. nice one bro...lain kali kalau ada chance nak join you sbb the places yang korang pergi mmg wa nak visit.... "on the bike!"..

    ReplyDelete
  2. Enjoyable read bro. Wish I arrived half an hour earlier on that day.

    ReplyDelete