Wednesday, February 29, 2012

CHARITY RIDE KE DARUL MUSTAFA, MERU, KLANG, 26 FEB 2012

It’s charity ride again. Last charity ride yg aku ikut rasanya masa hujung tahun lalu bila bagi sumbangan kepada orang susah dan 3 rumah perlindungan. 2 rumah anak yatim dan 1 POSHE. Kalau tak silap bulan Disember kut.

Actually plan asal charity ni adalah semasa KRD II ke Melaka itu hari tapi since niat penjaga rumah anak yatim yg kita orang nak pegi macam diragui je, so duit tu kita orang kiv dulu. Since baru-baru ni berita kebakaran Maahad Tahfiz Darul Mustafa ni masuk paper, dan setelah mendapat persetujuan semua, kita decided untuk salur bantuan dan derma ni ke situ. PM projek yg telah dilantik ialah bro Zuhri.

Jam 0815 hs aku dah sampai kat rv, Shell selepas plaza tol Jln Duta Hala Utara. Masa aku sampai, sapa pun takde. Ragu-ragu jugak aku. Betul ke rv kat sini. Last ramai gak yg sampai. So, sementara menunggu yg lain sampai kita orang posing dulu. Sempat jugak posing dengan pelakon Zaidi Omar yg singgah isi minyak kat situ. Hehehe..

at shell...

bersama zaidi omar.... mantap lagi body dia...

Jam 0915 hs kita orang gerak ke rv no 2 iaitu di tol Setia Alam. Kat sana dah tunggu a few bikers lagi. Stop jap untuk borak-borak. Then proceed ke destinasi. Perjalanan kali ni diketuai oleh Sis Yan Joe. Hehe 1st time tengok VOG bawak moto slow. Kalau selalu, berdesup je…

sampai rv 2..

kira duit dulu...

Sampai di tapak Maahad Tahfiz yg terbakar tu, kita orang parking moto dulu. Pastu borak-borak sekejap tanya khabar dengan pihak penjaga dan pemegang amanah maahad ni. Ikut cakap penjaga ni, semalam pun dah ada grup bikers yg datang bagi sumbangan. Selepas sesi bergambar, kita orang bagi sumbangan kepada pihak penjaga maahad ni. Sumbangan dari VOG disampaikan oleh bro Fuad. Birthday boy hari tu. Project Manager kita bro Zuhri pun bagi sumbangan peribadi barangan PharmaNiaga. Lepas tu posing lagi…cam biasa la..

sampai destinasi..

parking moto bagi cantik dulu..

bangunan maahad yg terbakar..

pandangan dari sudut lain..

borak-borak dengan penjaga maahad

bergambar bersama pihak penjaga maahad..

bro fuad menyampaikan sumbangan dari VOG...

bro zuhri sampaikan sumbangan barangan pharmaniaga......abaikan orang yg tengah interprem tu....

VOG @ tapak maahad tahfiz darul mustafa..

Selepas bergambar, kita orang dijemput untuk makan dan minum. Rupanya pihak tuan rumah menyediakan breakfast. Tapi ramai yg kurang nak makan.Maybe sebab semua dah kenyang kut. Atau maybe semua penat riding dan tak lalu nak makan.

hidangan yg disediakan..

antara sebab tak makan.....busy dengan henfon masing-masing..huhu

Selesai di tapak maahad, kita orang isi minyak kejap kat Petronas berdekatan. Kalau ikut plan asal aku, lepas program ni nak lajak ke Kuala Selangor – Sabak Bernam – Teluk Intan. Tapi berdasarkan maklumat yg tak tau boleh dipercayai atau tak, K/Selangor dan sekitarnya tengah hujan. So, since semua tak rela nak mandi hujan, kita orang pegi minum kat kedai makan kat Meru dulu.

bincang dulu mana nak pegi..

makan time...

Last-last, bincang punya bincang, kita orang decided untuk pegi pekena coconut shake. Tapi bukan kat Pantai Klebang ye. Kat Shah Alam je. Tak ramai pun yg folo. Yg lain balik sebab dah ada program masing-masing. Hanya 6 bikes je yg proceed ke sini..

Dah kenyang dengan coconut shake, semua balik ke destinasi masing-masing. Terima kasih pada bro Morshidi Mostapa yg belanja kita orang coconut shake. Aku, Boy & Sue pulak sambung perjalanan ke rumah lobai aka lobaikers. Since dah ada sana, servis la moto aku sekali. Yang ada kat sana sis Zuna & Utoman. Then Izzar pun sampai.

Dari rumah lobai, kita orang drop by rumah bro Skin. Walaupun hujan agak lebat, kita orang pegi jugak. Ziarah dia yg masih belum okay selepas down kat Klawang beberapa minggu yg lalu. Tengok kaki dia masih bengkak lagi. Bila kami sampai, orang rumah dia siap masakan macam-macam jugak. Kenyang jugak lah walaupun aku, boy dan sue tak lunch tadi. Teima kasih Skin. Terima kasih jugak pada wife Skin. Terima kasih daun keladi, lain kali jemput lagi.. Tak jadi nak buat mini tts kat res Aliff kat situ.

lobai tengah marah utoman sbb bawak slow....yg lain tengah kecut perut tu...tu yg diam je..

mini tts kat rumah skin.....bila nak buat lagi....hehe moga cepat sembuh bro..

Lebih kurang before maghrib aku bergerak balik. Hujan pulak tu. Tapi redah je la. Terus terang, ride aku hari ni tak berapa menarik. Ada dua sebab. Yg pertama sebab tak dapat nak sambung ride ke Kuala Selangor – Sabak Bernam – Telok Intan sebagaimana yg aku plan. Yg kedua, sebab ada perkara yg menggugat dan melemahkan keikhlasan aku bila sampai ke tapak maahad tu. Apa sebabnya, tak payah la aku citer kat sini.Biar dalam hati je. Biar Allah je yg tahu.

Apapun, terima kasih kepada semua riders yg ikut sama join charity ride hari ni. terima kasih juga pada VOGians yg sentiasa prihatin dan menderma untuk program ni. Terima kasih jugak pada sis Yan Joe dan suami Wak Mior yg sudi lead dan join kita orang. Insyallah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi dan ride bersama lagi….until then, let’s on the bike!!

[pics dari kamera aku, bro Morshidi Mostapa, bro Mohd Subhi Omar & bro Fadzlie Hassan. TQ guys]