01 Sept 2012: Hari ni hari keenam pengembaraan kami. Kalau ikut perancangan, hari ni adalah hari terakhir kembara ini . Dari sini kita orang akan gerak ke Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan – Istana Alam Shah, Klang, Selangor dan balik ke pangkuan keluarga masing-masing. Hari ni jugak ahli kumpulan kami berkurangan menjadi 3 orang kerana perjalanan AE berhenti di sini kerana beliau telah pun sampai ke destinasinya. Kita orang cuba jugak pujuk dia untuk bersama-sama meneruskan hari terakhir ini tetapi ternyata pujukan isterinya lebih kuat dari pujukan kita orang. Hehehe.. Sedih jugak sebab selama beberapa hari kita orang ride berempattiba-tiba hari ni tinggal bertiga. Apapun misi harus diselesaikan.
1000 hrs: Kita orang breakfast dulu di hotel. Makan banyak-banyak siap-siap. Hehe.. Lepas makan, check-out dan move ke hiway untuk isi minyak dan sambung perjalanan kita orang. AE datang ke hotel untuk lead kita orang ke hiway. Tenkiu bro..
|
breakfast dulu.. |
|
view dari hotel penginapan...boleh nampak singapore kat seberang
|
|
AE datang to say good bye....perjalanan dia berhenti disini... |
|
3 orang kami akan teruskan perjalanan ini... |
1245 hrs: Singgah isi minyak di hiway sebelum meneruskan perjalanan. Sempat jugak AKA bergambar dengan sebijik Harley yg ada kat situ. Bersalam jugak dengan tuan punya moto yg sedang minum. AKA cam nak tukar moto je…hehehe…
|
aikk dah nak tukar arah ke??? |
Dari sini kita orang meneruskan perjalanan ke Seri Menanti, Negeri Sembilan. Akan keluar melalui Exit Senawang dan terus menghala ke Seri Menanti melalui Ulu Jempol.
1530 hrs: Stop sekejap di jambatan sebelum simpang ke Bukit Putus. Dah banyak kali aku lalu kat jambatan ni tapi baru hari ni dapat singgah dan bergambar. Jambatan yg kedua tertinggi di Malaysia iaitu pada ketinggian 48M.
1550 hrs: Kita orang sampai di Seri Menanti. Terus ke depan istana untuk bergambar. Istana ni nampak simple je. Takder pun pos pengawal seperti di istana-istana yg lain. Yg ada hanya kamera cctv je. Pintu gerbang dan pagar pun nampak biasa je berbanding dengan pintu gerbang dan pagar istana yg lain. Apa pun gambar kena ambik.
|
Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. |
Seterusnya kita orang singgah sekejap depan Istana Seri Menanti yg lama. Just untuk bergambar je. Nak masuk tak sempat sebab masih ada lagi 1 istana yg perlu kita orang sampai. Destinasi terakhir. Cuaca masa ni punya ler panas. Dahaga tu tak payah nak cakap ler..
|
Istana lama Seri Menanti.....masuk dalam berdiri bulu roma oo.. |
Dari Istana Lama Seri Menanti, kita orang move ke destinasi terakhir iaitu Istana Alam Shah di Klang, Selangor. Perjalanan melalui hiway PLUS dan juga melalui Lebuhraya Persekutuan. Terpaksa lalu ikut laluan motosikal. Huhu..
1750 hrs: Akhirnya kita orang sampai ke destinasi terakhir iaitu Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Terima kasih kepada zumo AKA yg menjadi penunjuk jalan untuk ke sini. Istana ini pun cantik. Pintu gerbangnya pun besar dan nampak mewah.
|
Istana Alam Shah, Klang, Selangor |
|
bendera dinaikkan bererti KDYMM Tuanku ada di istana.. |
Selesai bergambar kat destinasi terakhir ini, kita orang move ke Bandar Baru Bangi untuk makan. Perut dah terlalu lapar. Maklumlah, last kita orang makan masa breakfast pagi tadi. Semangat nak selesaikan pengembaraan ni sampai tak terasa lapar. Bila dah complete misi ni, baru terasa lapar. So, makan dulu kat sebelum balik ke rumah..
|
singgah makan dulu sebelum balik.. |
Alhamdulillah, selepas 6 hari iaitu dari 27 Ogos – 01 Sept 2012, aku dah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia dan menjejaki 10 istana diraja. Sesuatu yg tak pernah aku jangka akan aku lakukan. Bermula dari Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak – Istana Anak Bukit, Kedah – Istana Arau, Perlis – Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan – Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu – Istana Aku Bakar, Pekan, Pahang – Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor – Istana Besar Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan dan berakhir di Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Sesungguhnya perjalanan sejauh 2127 km ini memang meletihkan tetapi tetap menggembirakan. Kejayaan melengkapi penjelajahan ke 10 istana diraja ini memang sesuatu yg manis untuk dikenang. Begitu juga pengalaman yg diperolehi sepanjang pengembaraan ini. Hujan, panas, menikmati makanan yg sedap, lalu di kawasan perkampungan, bergaduh, etc merupakan kenangan-kenangan yg indah yg akan terpahat dalam ingatan.
|
Istana Negara, Kuala Lumpur |
|
Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak |
|
Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah |
|
Istana Arau, Arau, Perlis |
|
Istana Negeri, Kota Bharu, Kelantan
|
|
Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu |
|
Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang |
|
Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor |
|
Istana Baru Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan |
|
Istana Alam Shah, Klang, Selangor |
Syukur juga kepada Allah kerana kami semua sampai ke rumah dengan selamat dan tiada sebarang perkara yg buruk yg berlaku sepanjang pengembaraan kami.
Kepada IM @ Izzar Mohammad, AKA @ Ahmad Kamal Anuar dan AE @ Ainuddin Ehsan, terima kasih kerana sudi menemani aku untuk mencari sedikit pengalaman menjelajah negara sendiri dan melihat istana raja yg masih ada di negara ini. Pengalaman bersama korang serta masa-masa yg kita lalui bersama akan disimpan sebagai kenangan yg manis. Kesilapan, kesalahan, kekhilafan, sekiranya ada, ampun dan maaf aku pohon dari kalian.
Kepada rakan-rakan lain, Billie, Falcon, Tn Othman, En Shuib, En Tahir, rakan bikers dari JB, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari pengalaman kami. Thank you guys.
|
antara momen menarik yg sempat dirakam
|
|
misi ke 10 istana Raja Melayu tercapai jua.. |
Akhirkata semoga aku diberi kekuatan dan peluang untuk misi menjelajah ke tempat yg lain di masa akan datang. Insyallah.