Saturday, September 15, 2012

KEMBARA ISTANA DIRAJA 2012, DAY 4 (30 OGOS 2012)


30 Ogos 2012: Hari keempat. Setakat ni kita orang dah jelajah sejauh 1011 km. Dah cover 5 istana diraja. Lagi 5 istana to go. Alhamdulillah, riders dan motobike masih dalam keadaan sihat. Ikut plan, perjalanan hari ni adalah dari Kota Bharu ke Pekan, Pahang, tapi setelah berdiskusi, kita orang decided untuk pitstop di Kuantan je.
0820 hrs: Kita orang breakfast dulu since dah ada complimentary. Menariknya tak der orang lain pun yg breakfast sama pagi tu. Kita orang je. Maybe guest lain belum bangun tido kut. Menu pun simple je tapi sedap jugak. Dua pinggan jugak la. Hehehe..

takde orang pun breakfast....huhuhu...


kita orang je yang breakfast....ok lah tu janji kenyang...


bilik penginapan kat sini..

our rooms..




0930 hrs: Kita orang check-out dari resort untuk sambung perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Istana Maziah – Kuantan. Tapi stop sekejap kat Pantai Cahaya Bulan untuk sesi bergambar. Pantai Cahaya Bulan ni dulunya dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi. Tetapi telah ditukar namanya kerana didapati tak sesuai. Dalam bahasa yg mudah selalu orang sebut “PCB” je…






Dari PCB, kita orang gerak ke Kuala Terengganu. Laluan kali ni laluan pantai termasuk jugak laluan short-cut ikut kawasan perkampungan.Menarik jugak.
1115 hrs: Kita orang sampai ke Kuala Besut. Stop untuk rest sekejap. Selalunya kalau orang nak ke Pulau Perhentian, akan naik bot dari jeti kat sini. Aku penah sampai sini semasa Kembara 1Malaya Ver.1 dulu.

jalan tengah repair....kena guna jalan lain ler pulak..
sampai Kuala Besut








IM dan bendera memang tidak dapat dipisahkan..

kat sini aku, IM, Md Faz & Otomen lepak setahun yg lalu semasa Kembara 1Malaya...

sempat lagi pejam mata....

1230 hrs: Singgah sebentar kat Institut Teknologi Petronas. Kolej AE dulu. Saja dia ambik gambar kat sini untuk mengimbau kenangan lalu. Kita orang pun tumpang sekaki ler jugak.
AE mengimbau kenangan lalu...huhu..





Dari sini kita orang teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Kali ni AE jadi leader. Laju jugak dia rembat. Hahaha… Laluan pun banyak lalu jalan pantai dan lalu kawasan perkampungan. Cantik sikit view.
1315 hrs: Kita orang sampai di Kuala Terengganu dan terus ke Istana Maziah untuk sesi fotografi. Istana Maziah ni terletak di tengah pusat bandar dan di kawasan yg menjadi tumpuan orang ramai. Masa kita orang sampai, cuaca memang tengah betul-betul panas. Dahaga betul..

Istana Maziah










1435 hrs: Semua dah kelaparan, so kita orang singgah di Medan Selera Pantai Batu Buruk untuk lunch dulu. Makan nasi campur je.




handphone jugak yg penting...hahaha....


Antara monumen yg menarik kat area sini...








1600 hrs: Singgah isi minyak di stesen petronas kat area Dungun. Tetiba datang Bro Saiful. Rupanya dia tengah lepak kat kedai minum bila nampak kita orang lalu. Terus dia kejar. Dan dapat jumpa kita orang kat stesen minyak ni. Rupanya dia nak balik KL Dari sini kita orang ride sama-sama hingga Kuantan.


cara nak test angin tayar cukup atau tak....hihihi..

1710 hrs: Kita orang singgah Kedai Kopi Hai Peng, Kemaman yg famous tu. Tu pun semua basah kuyup sebab kena hujan lebat masa on the way ke sini. Stop sekejap untuk rest dan minum kopi kasi panas badan sikit.

kedai kopi hai peng, kemaman...



roti bakar & kopi

kopi o..

2000 hrs: Kita orang sampai di Pantai Teluk Cempedak. Memang plan nak tido kat tepi pantai. Malas nak dok kat area town. Saiful pulak meneruskan perjalanan dia balik ke KL. Kita orang berpisah di LPT. Lepas check-in, mandi dan refresh, kita orang turun cari makan di sekitar Pantai Teluk Cempedak (PTC). Ramai jugak orang kat PTC  malam ni. Maybe sebab esok cuti merdeka kut. Kita orang singgah kat satu restoren tomyam kat sini. Tengok orang agak ramai. Maybe sedap kut atau pun orang dah tak tau nak pegi makan kat mana lagi. Tapi pelik jugak restoren ni. Tak tau la kita orang nak marah ke nak gelak. Lain yg kita orang order,lain yg sampai. IM order nasi goreng Vietnam, di baginya nasi goreng Cina. Aku order nasi goreng tomyam, dibaginya nasi goreng Vietnam. Berbulu je IM. Hehe… tapi yg paling pelik dan lucu ialah bila AE order kangkong goreng belacan. Dibawanya kangkong yg dipotong pendek dengan sambal belacan. Macam makan ulam pulak. Hahaha…. rugi tak ambik gambar. Lagi satu yg aku belajar kat restoren ni adalah ‘Udong goreng tepung’. Apa benda tu, kena ler pegi order kat restoren tu. Hehe..

nasi goreng vietnam.....ada ke kat vietnam nasi goreng ni? huhuhu...

IM muka tak puas hati sebab lain yg order, lain yg dapat..

0001 hrs: Genap 55 tahun Malaysia merdeka. Kita orang celebrate merdeka dalam bilik hotel je. Sebab dah keletihan. Kat pantai TC ada jugak bunga api tapi kita orang dah malas nak pegi. Apa pun selamat Merdeka Malaysiaku. Moga kekal merdeka selamanya. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Perjalanan hari ni keseluruhannya adalah 415 km. Ok la tu. aku dengan IM pernah ride lebih jauh masa Kembara 1 dulu. So, malam rest dan esok sambung our journey..

No comments:

Post a Comment