31 Ogos 2012: Hari ni Hari Kemerdekaan ke 55 tahun. Kalau proposal aku berjaya hari tu, hari ni dah tentu aku dah ada dalam perarakan Hari Merdeka. Maybe belum ada rezeki kut. Apa pun aku tetap bersyukur masih dapat menyambut kemerdekaan negara kali ke 55 tahun ini. Moga ibu pertiwi yg aku cintai ini akan kekal merdeka selamanya.
Perjalanan hari ini adalah sejauh 346 km iaitu dari Pantai Teluk Cempedak – Istana Abu Bakar, Pekan – Kuala Rompin – Mersing – Istana Bukit Serene, Johor Bahru – Hotel penginapan.
0900 hrs: Kita orang semua dah bersiap untuk bergerak. Sementara panaskan enjin moto aku terpandang simbol yg menarik di sebuah mpv yg parking berhampiran..
|
sementara tunggu enjin moto panas... |
|
menarik juga sticker kat kereta ni.... dilarang dot dot dot dlm kereta hehehe.. |
Dari hotel penginapan di Pantai Teluk Cempedak, kita orang terus move menghala ke Pekan, Pahang sebab destinasi seterusnya adalah Istana Abu Bakar. Semasa lalu di persimpangan menghala ke bandar nampak banyak kenderaan ATM sedang beratur untuk menyertai perbarisan Hari Merdeka Peringkat Negeri Pahang. Terbaek. Kalau aku kat KL konpom aku ada kat Dataran Merdeka ni. Merayakan Hari Kemerdekaan ke 55 tahun. Bila tengok semangat mereka-mereka yg sedang beratur dengan sabar untuk menyertai perbarisan ni, rasa bersemangat ler pulak. Aisey! Silap tak beli bendera lekat kat moto.
0955 hrs: Kita orang sampai di Sungai Pahang. Luas jugak sungai ni. Singgah sebentar atas jambatan ni untuk bergambar..
|
atas sungai pahang |
Dari Istana Abu Bakar, kita orang singgah sebentar depan Istana Mangga Tunggal sebelum meneruskan perjalanan. Istana ini merupakan tempat keputeraan Tuanku Sultan Pahang yg sekarang ini pada tahun 1930 yg lalu.
1600 hrs: Kita orang sampai di Istana Bukit Serene. Awal jugak kita orang sampai sini. Laju ke? Hehe.. Istana Bukit Serene ni terletak di Bukit Serene berhampiran dengan Jalan Straits View. Merupakan kediaman rasmi Almarhum Sultan Iskandar dahulu. Pintu gerbangnya dibina dari bongkah-bongkah batu yg menjadikannya unik seperti sebuah kota lama atau fort. Cantik.
|
Istana Bukit Serene |
Selesai sesi fotografi, kita orang pegi minum petang. Perut pun dah lapar jugak. AE bawak kita orang ke medan selera depan Balai Bomba Larkin. Makan kacang pool katanya. First time aku try makan kacang pool ni. Kacang pool ni dimakan dengan roti paun. Ok jugak. Sedap. Tak tau lerr kerana lapar ke atau memang sedap. Terima kasih AE belanja kita orang minum petang ni. Smoke pun datang lepak sekejap dengan kita orang since dia dah ada di JB. Lepas makan terus ke hotel penginapan untuk rest & refresh.
|
kacang pool + roti bakar + abc......sedap |
2100 hrs: Kita orang dinner kat Senibong. Makan ikan bakar je. Dari sini boleh nampak Singapore. Tak tau bila boleh sampai Singapore. Teringin jugak nak ride dalam Singapore. Masuk 2nd Link, pusing-pusing, balik ikut Tambak Johor. Next plan kot.
|
Singapore kat belakang tu... |
Balik dari makan malam, kita orang berjumpa dengan beberapa orang bikers dari JB yg datang ke hotel untuk berkenal-kenalan dengan kita orang. Seterusnya dia orang ajak ke karaoke untuk sesi bersantai & relax-relax. Walaupun agak kepenatan, kita orang pergi ler jugak bagi menghormati jemputan tuan rumah. Pergi pun sekejap je. Sempat ler jugak dia orang nyanyi 2-3 lagu. Baliknya terus rehat dan rest. Yg tido kat hotel malam ni pun cuma aku, IM dan AKA je. AE balik tido kat rumah sendiri. Maklumlah dah banyak hari tinggalkan orang rumah. Hehehe…
|
penuh perasaan ini...padahal nyanyi lagu 'burung kakaktua' je pun...huhuhu |
Hari ni kita orang dah completed 8 istana. Tinggal 2 istana lagi to go. Esok lah tu. Harap-harap semuanya okay.. Good nite for now...
No comments:
Post a Comment